Thursday, March 31, 2011

cik sue tukar "Description" blog

Assalamualaikum dan salam sayang ketat-ketat untuk teman semua.....wahhhh rase lama jugak tak update n3 ni ehehe.ok la merujuk kepada tajuk n3 cik sue pada kali ini ingin cik sue memaklumkan ,mulai saat dan ketika ini blog cik sue ni di tukar kepada blog peribadi cik sue.Topik tidak seratus peratus kepada alam jahitan jer.Boleh kongsi apa-apa pun petua ke ,nasihat ke tips2 ker what ever la katakan...tetapi jangan adakan ruangan untuk mengutuk blog lain atau orang lain yer..Cik sue buat perubahan ni kerana cik sue ada menerima komen dari seorang teman.Beliau mengatakan bahawa blog cik sue ni macam blog syok sendiri..uhuhuhuhhuh cedih i tau..macam berilmu sangat je dalam dunia jahitan..dia tanyer cik sue adakah cik sue ni layak nak buat blog macam ni..yer laaa ada sijil dari mana-mana ker yang boleh cik sue buktikan yang cik sue ni tenaga pengajar jahitan...uhuhuhuhuh cedih lagi.Sebelum cik sue nak jawab tu semua...cuba korang tengok dulu descrpition cik sue kat atas blog ni..kan cik sue dah bagitau...uuhuhuhuhh kalau nak berkongsi ilmu jahitan cik sue mengalu-alukan kalian...cik sue tak cakap pun cik sue ni terer bebeno nk jadi cikgu jahit ke apa ke..ok lahhh cik sue tak nak membina kolum pergaduhan di sini jadi elok la cik sue tidak mempublishkan komen teman kita yang sorang tu.Cik sue sentiasa mengalu-alukan kalian semua ok..bukan cik sue tak mahu terima teguran kawan kita malah cik sue berterima kasih kepada beliau...tapi cik sue tak dapat nak memenuhi citarasa orang..jadi cik sue tukar kepada blog bebas topik yer...adil?...ermmm tak lagi?...ehehhehe tak dapat den nak nolong ohohohohoh...












Saturday, March 26, 2011

Salam Sabtu

Assalamualaikum....salam sayang semua...sudah beberapa hari cik sue tak menjengah blog cik sue ni...sibuknyerrr huhuhuhuh..nak buat entry pun cik sue sampai tak berkesempatan.Rezeki cik sue tengah mencurah-curah ni,jadinya cik sue sibuk la banyaknyer...baju duk ada sebakul lagi.Bile la nak clear tuh..sape-sape nak tolong angkat key board ehehehehehe..gurau la.Dalam duk jahit tu,hati cik sue ada di blog ni...rindu sangat nak berceloteh ermm...tak mengapa lah nanti cik sue celoteh non stop sampai korang da tak sanggup nak baca yerkk...Cik sue mengantuk ni..mata cik panda tu lagi lawo dari mata cik sue tau...oleh kerana itu cik sue berhenti menjahit dan pergi makan dan jap lagi nak lelap sekejap..bagi power kat mata.Ok lah semua cik sue minta maaf untuk kali ke berapa ntah...kerana tak dapat membuat n3 untuk jahitan buat sementara waktu ni...nanti-nanti yer..(janji lagi huhuhuhuh )..ok tata korang semua...

Tuesday, March 22, 2011

Botol Susu bebas "BPA"

Assalamualaikumm....N3 kali ni cik sue mahu kongsi sekali lagi email yang cik sue rasa infonya amatlah penting untuk kita para ibu-ibu khususnya tahu dan harus mengambil tahu mengenai "Botol Susu" anak kita ...yang bujang-bujang tu ambil lah juga tahu yer..karang,one day u all pun akan ada anak juga kan ehehehehe..Bila situasi cik sue dah tenang sikit,kite kembali berkongsi ilmu jahitan yer ehehehehehe...cik sue punyer baju tengah banyak ni ekekekeke...tapi n3 tetap kene update...nanti jadi gua pulak blog cik sue ni karang..

Sama-samalah kita berkongsi..
 

Salam dears,
Rasanya ramai dah tahu yang botol susu bayi yang ada BPA akan diharamkan penjualannya berkuatkuasa 12 Mac 2012 kan? Mama nak kongsikan beberapa soalan lazim berkaitan pengharaman botol susu bayi BPA, infor ni Mama ambik dari laman web rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri. Moga ia dapat membantu kita untuk lebih peka tentang BPA ni.


1. APAKAH ITU POLIKARBONAT?
Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi.

2. APA ITU BISPHENOL A (BPA)?
BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

3. BAGAIMANA MENGENALI BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Botol susu bayi polikarbonat ini boleh dikenalpasti melalui kod identifikasi plastik yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

1. Nombor 7 Pla_7.jpg
2. Nombor 7 dan PCPla_7PC.jpg
3. Nombor 7 dan ‘other’ Pla_7ot.jpg

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau ‘Bebas BPA’.

4. APAKAH KESAN BPA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA?
BPA diketahui boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon yang menyebabkan gangguan sistem fungsi tubuh.

5. BAGAIMANAKAH BAYI BOLEH TERDEDAH DENGAN BPA MELALUI BOTOL SUSU POLIKARBONAT?
BPA boleh berpindah daripada botol susu polikarbonat ke dalam susu bayi seperti berikut:

* Permukaan dalam botol susu bayi yang calar atau rosak.
* Air panas dimasukkan terus ke dalam botol susu bayi

6. APAKAH LANGKAH PROAKTIF KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA DALAM MENANGANI ISU INI?

* KKM mengambil keputusan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA berkuatkuasa 1 Mac 2012.

* KKM memberikan tempoh masa satu (1) tahun kepada pihak industri untuk menghabiskan botol susu bayi polikarbonat yang sedia ada di pasaran tempatan.

* KKM dengan kerjasama agensi seperti Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah dan Kementerian Penerangan akan membuat hebahan secara meluas kepada kumpulan sasar serta mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan berkaitan perkara ini.

7. MENGAPA KKM MASIH MEMBENARKAN PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT SEHINGGA SATU (1) TAHUN WALAUPUN KESANNYA KE ATAS KESIHATAN MANUSIA TELAH DIKETAHUI?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

KKM memberikan masa perubahan (transition period) secara berperingkat kepada semua pihak untuk ‘phasing out’ botol susu polikarbonat yang mengandungi BPA. Tindakan ini adalah selari dengan tindakan negara-negara lain yang telah mengharamkan BPA.

8. KENAPAKAH PENGHARAMAN INI DIKENAKAN KE ATAS BOTOL SUSU BAYI SAHAJA?
Tindakan ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi.

9. APAKAH LANGKAH BERJAGA-JAGA SEKIRANYA PENGGUNA MASIH MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Pengguna disarankan mengikut langkah berjaga-jaga seperti berikut :

1. Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi polikarbonat dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.
2. Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.
3. Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.
4. Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan.
5. Namun begitu, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada botol susu bayi yang bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing.

10. APAKAH CARA TERBAIK UNTUK PENGGUNA SEKIRANYA MENGGUNAKAN AIR PANAS UNTUK MENYEDIAKAN BANCUHAN SUSU DALAM BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Bancuhan susu boleh disediakan terlebih dahulu di dalam bekas lain yang bersih dan selamat. Sebagai contoh, bagi bancuhan susu sebanyak 150ml, masukkan lebih kurang 100ml air panas ke dalam bekas lain yang bersih dan selamat dan tambahkan susu mengikut sukatan. Bila bancuhan susu menjadi suam, masukkan ke dalam botol susu bayi polikarbonat dan tambahkan air suam sehingga menjadi 150ml.

11. APAKAH ALTERNATIF BOTOL SUSU BAYI YANG TERDAPAT DI PASARAN?
Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran seperti yang diperbuat daripada polypropylene (PP), polyethersulfone (PES), polyamides (PA) kaca dan lain-lain.

12. APAKAH NEGARA-NEGARA YANG TELAH MELARANG PENJUALAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Negara-negara yang telah mengambil langkah awal mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand dan negeri New York di Amerika Syarikat. Perkembangan terkini adalah pengumuman pengharaman botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA oleh pihak Kesatuan Eropah.

13. APAKAH TINDAKAN YANG PERLU DIBUAT OLEH PENGGUNA SELEPAS 1 MAC 2012?
Walaupun tarikh penguatkuasaan ke atas pengharaman botol susu bayi polikarbonat di pasaran adalah pada 1 Mac 2012, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA.

14. ADAKAH PUTING SUSU BAYI MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Puting susu bayi biasanya diperbuat daripada bahan seperti silikon dan getah yang tidak mengandungi BPA.

15. BAGAIMANA KEADAAN PENGGUNA YANG PERNAH ATAU TELAH LAMA MENGGUNAKAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT?
Tindakan pengharaman penjualan botol susu bayi polikarbonat ini diambil sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi BPA adalah selamat terutamanya untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi seperti bayi. Tindakan pengharaman ini juga diambil adalah berdasarkan penemuan dan perkembangan terkini.

Walau bagaimanapun, pengguna yang masih menggunakan botol susu bayi polikarbonat di rumah perlu memeriksa keadaan botol susu tersebut dan sekiranya tiada calar atau rosak, ianya masih boleh digunakan mengikut panduan KKM. Jika ada calar atau rosak, pengguna perlu menukar botol susu bayi polikarbonat tersebut kepada botol susu yang bebas BPA bagi mengurangkan pendedahan terhadap BPA.

16. ADAKAH PERKAKASAN DAN BEKAS MAKANAN / MINUMAN BAYI SEPERTI PINGGAN, SUDU DAN CAWAN PLASTIK JUGA MENGANDUNGI BPA?
Tidak. Perkakasan dan bekas makanan / minuman bayi biasanya diperbuat daripada bahan yang tidak mengandungi BPA seperti silikon, polypropylene, dan stainless steel.

17. ADAKAH BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT MENGANDUNGI MELAMIN YANG BOLEH BERPINDAH KE DALAM SUSU?
Tidak. Botol susu bayi polikarbonat tidak mengandungi melamin.

18. APAKAH CONTOH BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA POLIKARBONAT YANG MENGANDUNGI BPA SELAIN DARIPADA BOTOL SUSU BAYI?
Bekas makanan atau minuman yang biasanya diperbuat daripada polikarbonat adalah seperti botol menyimpan air (tumbler) dan bekas air guna semula.

19. KENAPA KKM TIDAK MENGHARAMKAN BEKAS MAKANAN ATAU MINUMAN LAIN YANG DIPERBUAT DARIPADA BAHAN PLASTIK POLIKARBONAT? APAKAH TINDAKAN KKM SETERUSNYA?
Berdasarkan kepada pengetahuan masa kini dan bukti saintifik dari negara maju lain, tiada kesan terhadap kesihatan. Sehubungan itu tiada keperluan untuk mengambil sebarang tindakan pengharaman ke atas bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat selain daripada botol susu bayi buat masa ini.

Semua bekas makanan atau minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat perlu mematuhi Malaysian Standard MS 2234:2009 – Plastic Materials and Articles Intended to Come into Contact with Food, di mana specific migration limit (SML) bagi BPA adalah pada paras 0.6 mg/kg (sama seperti negara EU).

KKM akan terus memantau produk-produk bekas makanan dan minuman lain yang diperbuat daripada polikarbonat di pasaran tempatan serta mengikuti perkembangan saintifik antarabangsa dari masa ke semasa berkaitan isu BPA ini.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Sunday, March 20, 2011

Salam atau a’kum, solat atau sembahyang?

Assalamualaikum...Hai salam sayang semua apa khabar.Semoga semuanya sihat-sihat belaka yer...Hari ni cik sue tak nak celoteh banyak...baru balik dari kapar dan melaka petang tadi..ada majlis pertunangan adik..N3 kali ni cik sue sekadar nak berkongsi email yang cik sue dapat daripada teman cik sue.Rasanya menarik juga kalau dapat berkongsi dengan kawan-kawan kat sini...jadi cik sue copy paste la yer...

(Tiada kata secantik bahasa untuk ku puji adinda , tiada gambar secantik lukisan untuk ku tunjuk perasaan, tapi ada jugak beberapa patah perkataan untuk ku luahkan perasaan kepada korang yang aku kesian-woha.)

Ketika Mesir di landa hura hara tempoh hari, aku sempat berbalas email dengan awek awek yang membaca blog keretamayat di sempadan Universiti Azhar, sajer nak tahu perkembangan semasa berdasarkan pengalaman secara live, dan Alhamdulillah, semua pelajar dan rakyat Malaysia, selamat pulang ke tanah air naik kapal terbang secara percuma, jika ada yang tak selamat, terpaksalah aku jemput mereka naik keretamayat…

Dalam sibuk berborak isu semasa yang berat serta serius dengan pelajar Mesir yang bakal menjadi ustazah, tiba tiba aku telah ditegur akan isu yang remeh temeh..

“Cik Hamka, jangan guna lafaz a’kum, perkataan 'akum' adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi kepada orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG'. Dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'. Jangan terperangkap dalam konspirasi yahudi untuk hina ugama kita.

We, we, we.., wait a minute, kejap!, ni sape punya email forward bodoh mana yang korang dah percaya ni? Aku type guna salam, bukan akum. Hujah aku kebengangan..

“Salam pun tak boleh, salam bermaksud: selamat tinggal, kena type penuh, bla bla bla..”
Kejap dik, kejap.., ni yang aku hangin satu badan ni, sedang shok kita bincang isu jihad, kerajaan islam, cukai jizyah, harta ghanimah dan hamba tawanan perempuan, tiba tiba korang mencelah dengan topic bodoh sebegini?!

Apa niat korang bangkit isu remeh temeh sebegini? Nak tunjuk pandai?, rasa diri lebih afdal dari orang lain.., rasa orang lain hina sebab tak jadi macam korang?

Oi, bakal ustazah, dalam dunia penulisan, orang tulis short word bukan maksud nak hina ugama, mereka malas nak tulis panjang sebab nak cepat dan jimat ruang, atau memang pemalas, langsung tak salah, kalau salahpun, bab menyusahkan orang tua yang tak paham singkatan ayat, aku gelar orang yang tulis singkat sehingga menyusahkan orang nak membaca sebagai “perasan unik”.., tak de kena mengena dengan menghina ugama..

Bab AKUM yang sama makna 'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT', aku peduli apa?

Aku ulangi, Aku peduli apa!, Bahasa Ibrani? Ada aku kesah? Habis tu kau tak tahu ke maksud “email forward” dalam bahasa Yunani hulu Kuala Berang, : maksudnya, orang yang percaya pada semua email forward adalah bodoh dan senang di perbodohkan!

“Ooo., jadi cik Hamka mengaku pemalas, ya, saya tengok cik Hamka selalu kutuk orang yang tulis short word, tapi cik Hamka sendiri tulis short word untuk selawat atas Nabi, S.A.W, puji sahabat, R.A, puji Allah, SWT, jangan jadi pemalas cik hamka, saya tengok ramai blogger lain bila selawat tulis penuh, Sallalallahualaiwasalam, bila tulis nama sahabat, Radiallahuanhu, tentu mereka lebih baik dari cik Hamka.”

Aku pemalas? , ya, aku mengaku, aku memang pemalas, sebab tu aku letak disclaimer kat tepi blog ni,baca:

Copy/paste

(((Short Word. -Blog ini seperti juga buku ugama yang lain, ada ringkasan tulisan seperti SAW untuk Selawat atas Nabi, RA, untuk RadhiAllahuanhu dan lain-lain.)))
Baik, untuk pengetahuan korang yang perasan pandai, dunia penulisan dengan dunia nyata adalah berbeza, nak komen tulisan orang kena faham adab menulis dulu, cuba korang baca berita, jika orang tu pangkat datuk, berapa kali wartawan akan ulang nama datok, setiap baris? Tak de maknanya, cukup barisan pertama, buat rugi ruang surat khabr jer jika nak tulis nama penuh dalam setiap ayat, cuba check nama Sultan yang panjang, berapa kali wartawan dalam dunia penulisan akan ulang nama panjang tu dalam karangan, sekali jer, iiatu pada ayat yang pertama, cuba check, wartawan tu pemalas atau korang yang tak paham adab menulis?

Dalam dunia nyata, aku jumpa orang aku cakap, Assalamulakum, aku tak cakap, akum, atau salam, tapi dalam tulisan aku memang tulis salam, 99 peratus pembaca faham, hanya 1% orang slow tapi berlagak alim macam kau jer yang memang tak paham, begitu jugak selawat atas Nabi, dalam dunia nyata, aku selawatlah penuh, bukan, ESS, AAA, DAWIYU (SAW).., alahai bodohnya layan kau aku rasa..

“Tapi ustaz saya cakap, bahasa tak boleh main-main, S.A.W boleh membawa maksud lain, A.S, juga ada maksud lain, sebagai contoh, sembahyang dan solat, kita selalu keliru, pada hakikatnya, istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat unsur "Syirik." Sembahyang di ambil daripada perkataan "Sembah" dan "Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh penganut Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai "menyembah berhala yang bernama Hyang." Jadi kita patut guna bahasa arab, iaitu solat, barulah akidah kita selamat, jadi, Saudara Hamka patut sebarkan perkara ini agar orang islam guna perkataan solat, selamatkan akidah mereka, jangan guna lagi perkataan sembah-yang.”
Apa kejadah pulak aku nak kena kaji asal usul semua bahasa, dan selamatkan akidah? Dulu masa aku kecik, bila dengar ustaz cerita kisah Nabi Nuh, A.S (nota untuk orang slow: baca: Alahisallam, bukan Amerika Syarikat) dan bila ustaz guna ayat BURITAN kapal, aku sebagai anak jati terengganung rasa terganggu, sebab dalam loghat terengganu, BURIT bermaksud pantat, atau KEMALUAN PEREMPUAN.., lepas tu ustaz tu cerita pulak kisah KOPEK buah, sudah.., KOPEK dalam bahasa terengganu bermaksud BUAH DADA, tapi aku hormat bahasa Malaysia, tak perlu aku suruh ustaz tu tukar ayat lain, sebab ustaz tu bermaksud KOPEK sebagai KUPAS.., aku paham, habis cerita

So, bila kau solat, kau sebut sembahyang, itu bahasa MELAYU, Allah MAHA Mengetahui apa yang ada dalam hati kau, bahawa kau nak sembah ALLAH, bukan sembah “yang”. Allah paham semua bahasa termasuk bahasa melayu, Allah Maha bijak, kau tu yang bodoh.., benda remeh macam ni pun nak highlight, nasib baik 99% tak percaya termasuk aku dan hanya 1% termakan dakyah email forward termasuk kau yang sanggup percaya benda hampeh sebegini, buang masa betul..

Lepas ni jika ada orang dalam IC nama MOHD, tak payah suruh mereka pergi tukar IC nama penuh MUHAMMAD kerana, mengikut email forward yang korang baca dan terus percaya, MOHD dalam bahasa asal Uganda bermaksud The Dog With Big Mouth. Apa kecadadah?! Mana ada orang baca MOHD, dengan sebuh “mmooohd”, semua akan baca Muhammad, tak payah pening pening...

Ada jugak yang cakap kat aku, tak boleh sebut hello, sebab hello bermaksud “hell low” iaitu neraka rendah.. kalau kita mengucapkan hello pada kawan kita, bererti kita mendoakannya supaya masuk neraka yang paling rendah.. ini adalah jarum sulit orang-orang kafir untuk menyesatkan umat islam.., (Aku gelak sambil menangis baca email ni)

Apa punya bodoh dan prajudis pemikiran korang akupun tak tahu, ni mesti banyak tengok video arrivals, siang malam sehingga habis 50 episod dan tengok lagi ulang-ulang sampai tak boleh nak bezakan mana satu dunia matrix dan mana satu dunia nyata..

Ada banyak lagilah benda merepek ni yang orang slow macam korang sanggup percaya seperti nama masjid tu asal dari nama jentik jentik, (“Mosque” berasal daripada “mosquito” ) ha ha ha!! Tak boleh guna agama, kena guna ugama.., kerana agama dalam bahasa ibunda Zimbbawe bermaksud.., dah dah dah..! Hampeh belaka!

Aku dah bosan, Sudahlah, nampaknya, keadaan di Mesir dah stabil, aku nak pergi layan peminat peminat perempuan yang baca blog keretamayat yang berada di Libya pulak, nak tahu apa cerita mereka, Harap mereka semua selamat, kalau tak, terpaksalah keretamayat tunggu jenazah mereka.. oh..

Sama sama kita doa keselamatan atas mereka

Sekian.

Saturday, March 19, 2011

Ngerii...dengan mesin jahit

Assalamualaikumm...Salam sayang semua.N3 kali ni cik sue nak tunjuk satu gambar mesin jahit industri jenama Singer.Mungkin kepada sesiapa yang kali pertama nak mengenali dunia jahitan ni mesti ngeri tengok rupa mesin jahit ni...tentu-tentunya niat nak berkecimpung dalam dunia jahit menjahit jadi terbantut ehehehe...
Jangan takut..tidak lah sesusah mane nak menggunakan mesin jahit ni.Macam kita tengok rupa orang juga..yang cantik tak semestinyer baik ehehehe...ok la untuk memperkenalkan pelbagai jenis mesin jahit yang lain lagi,cik sue tak dapat nak upload kesemuanya di n3 cik sue ni....berat..ketat..padat..ahahaha.Sila la klik disini->


                                http://www.anekamesinjahit.com

Semoga dengan panduan yang di berikan di laman ini akan menambah minatkan diri kawan-kawan pada mesin jahit dan dunia jahitan...tatatatta







Friday, March 18, 2011

Kerosakan Mesin Jahit Yang Biasa Berlaku

Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai teman-teman sehobian ku..Hai...tak lupa juga salam satu Malaysia buat semua.Kali ni cik sue nak cerita pasal kerosakkan yang biasa terjadi kepada mesin jahit.Dulu-dulu cik sue pun tak tahu nak handle masalah-masalah ni..asyik nak pergi hantar kedai jeee...rosak sikit anto kedai..rosak sikit anto kedai..apek kat kedai tu pun jemu tengok muka cik sue ahahaha.Pernah sekali tu,di awal pembabitan cik sue dalam dunia jahitan...Cik sue selalu sangat hantar mesin cik sue di kedai menjual dan pembaiki mesin yang terletak dekat dengan kota masai...jauh jugak la kalau dari umah cik sue yang lama tuu...sekali hantar service mau kene rm50..ermmm tapi kerana minat sangat cik sue tutup mata je laa rm50 tu ahahahaha...satu hari cik sue pergi la amek mesin yang dah siap di service tu...patah balik ke rumah semula.Sampai umah tengok benang tak lekat..wahhhhh marah betul cik sue.Telefon kedai,tauke suruh bawa ke kedai mau tengok..sampai kedai , tokey bukak mesin....aiyyaaaa!!! lu munya benang putuih ,lekat lu tala belsih looo...sambil tunjuk pada cik sue...Ehehehehe cik sue tersenyum malu...nasib baik tokey tak caj lagi ahahahaha....hanya terlekat benang yang tak sampai satu inci tu cik sue terus angkut balik kedai ahahahha...ok la kawan-kawan cik sue sekarang dah matang dalam dunia kelebek-kelebek mesin jahit.Ok di sini cik sue kongsikan bersama kawan-kawan semua yer...





    Benang putus 
    - Masuk benang di bahagian yang salah.  
    - Benang agak ketat.  
    - Benang di gelendong ketat.

    Jahitan berkedut 
    - Benang atas atau bawah ketat.    
    - Gigi mesin terlalu tinggi.
    - Benang atas dan bawah terlalu longgar.

    Jahitan longgar 
    - Skrew di bahagian gelendong longgar.   
    - Skrew di bahagian imbangan benang longgar


    Jahitan melompat  
    - Jarum tumpul.  
    - Bahagian lekuk di mata jarum haus.  
    - Bahagian lekuk di lubang jarum menghala kanan.  
    - Benang tidak sesuai dengan jarum.
    - Bahagian lekuk di mata- Jarum tumpul. 
    - Kedudukan jarum tidak naik sepenuhnya.


    Wednesday, March 16, 2011

    Kesan Tsunami

    Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam satu malaysia teman-teman ku....Hari ni cik sue nak borak pasal cuaca.Cuaca di megah ria untuk beberapa hari ni asyik hujan dan ribut kuat aje...cuaca dah tak menentu kan?..ermmm cik sue pasti di kawasan lain pun mungkin hujan juga...ermm baru-baru ni tsunami melanda negara matahari terbit..ekoran daripada itu bencana demi bencana melanda negara yang terkenal dengan sebuah negara yang serba canggih tu.Paling terbaru,jepun di landa masalah letupan daripada tangki nuklear yang yang turut membawa kepada masalah radiasi nuklear..takut benar cik sue mendengarnya...Lagi-lagi lah cik sue ada mendapat satu sms dari no yang cik sue tak kenal.Isi sms itu berbahasa english...yang memberi arahan supaya berjaga-jaga sekiranya di kawasan kita hujan.Langkah berjaga-jaga yang di sarankan supaya kita tidak terkene radiasi yang di bawa oleh angin atau hujan.Dalam pada itu cik sue juga ada mengikuti perkembangan mengenai berita tentang radiasi yang di bawa oleh sms berunsurkan fitnah ini di tv3.Kerajaan kita menyeru rakyat malaysia supaya tidak mempercayai khabar-khabar angin ini selain merujuk kepada kepada yang pakar.Ermmm....entah lah..tapi sebagai langkah berjaga sebaiknyer kita toksah la biar la anak-anak main hujan di luar sana kan?...kalau kat pasir gudang ni toksah tunggu kebocoran radiasi la ehehehehe memang tak sihat kandungan air hujan di sini....cik sue teringat masa cik sue kecik-kecik....bestttttnyer main hujan sampai lencun satu badan,sampai kecut jari cik sue,sampai biru bibir cik sue..pun tak reti nak masuk umah.sudahnya cik sue kene sebat ahahahahaha....ehhhh pangjang la pulak n3 cik sue.ok laaa kawan-kawan,jaga keselamatan anak-anak yang bermain di luar yer...tatatatata

    Tuesday, March 15, 2011

    Buat Pola Leher Teluk Belanga

    Assalamualaikum...salam sayang buat teman-teman satu hobian ku ehehehehe....Entry kali ni cik sue nak ajak kawan-kawan yang tak pandai buat leher baju kurung.Mula-mula kite baca doa terang hati dulu ehehehehe kasi cepat faham.ok laaa kawan-kawan sebelum mencuba cik sue sarankan baca da tenung dulu gambo yang cik sue bagi ni yer...biar faham dulu lepas tu test la dekat kertas surat kabo ke kad board ker mengikut keselesaan anda lahhh..

    ok laa kawan-kawan cik sue minta maaf ler kerana tak dapat mempersembahkan gambar yang menarik...kamera cik sue,omak n pak mertua pinjam pegi makan angin kek kelantan ehehhehe..cik sue ada scanner jer...ok yer...ehehehe



    1. ambil kertas kadboard atau surat kabo...lipat dua.Garisan putus-putus tu cik sue bayangkan untuk bahagian sebelah lagi yer..kene lipat dua tauuu...nnti bile nk gunting saiz tak lari.
    2. A-B buat dalam 2cm
    3. A-C= 9cm
    4. B-C=AD  =7cm ini ukuran biasa yer kalau untuk orang gemuk kene tambah lagi laa..sama jugak dengan ukuran untuk A-C yer.
    5. Lakar kan seperti dalam gambar.Bila dah berpuas hati,boleh gunting dan buat di atas kain.
    6. Step seterusnyer anda kene baca kat entry Buat Leher Teluk Belanga yang cik sue buat pada Monday, February 7, 2011...
    7.  
    ok la kawan-kawan semoga kawan-kawan semua tidak ada masalah yer...kalau tak faham boleh tinggal komen.Nanti-nanti cik sue jawab...ok laaa adiosss...




    Monday, March 14, 2011

    Salam Isnin

    Assalamualaikum..dan satu malaysia semua.Hai kawan-kawan,harap semuanye sihat-sihat belaka.Cik sue sihat juga tapi bz sangat lagi ni nak buat tutorial jahitan..Baru-baru ini tsunami telah melanda di negara matahari terbit yang terkenal dengan sebuah negara yang serba canggih.Ermmm...secanggih mana pun teknologi yang kita ada tidak akan dapat melawan kuasa yang Maha Esa.Mudah-mudahan kita insaf dengan peristiwa yang berlaku di jepun baru-baru ini.Ok lah kawan-kawan cik sue ni telah banyak buat janji di blog ini tapi belum melaksanakanya lagi.Amatlah cik sue kesalkan kerana cik sue sibuk sangat untuk menunaikan janji-janji cik sue.Tapi akan cik sue usahakan untuk menunaikan janji cik sue itu huhuhuhuhu.Buat masa sekarang cik sue tengah tekun menjahit langsir rumah baru ini...uisssss sungguh-sungguh cik sue nak siapkannya cepat...banyak pulak bilangan daun tingkap rumah baru ini daripada rumah dahulu ermmm..ok lah kawan-kawan,adiossss...tatatatatata

    Thursday, March 10, 2011

    Cik sue kembali ehehehe

    Assalamualaikummm...Salam sejahtera kawan-kawan...rindunyer pada blog cik sue ni uhuhuhuhu...nasib baik tak der sarang labah-labah ker semak-samun ker..ada jugak orang datang menjenguk blog cik sue ni well pun tak tinggal komen apa-apa ehehehehe...Apa khabo semua harap semuanyer baik-baik belaka.Cik sue sihat la sangat-sangat.Kini rutin harian cik sue dah berubah mejak pindah umah baru ni....Pagi-pagi dah anto anak sulung sekolah,yang adiknye dah dapat bas...tgh hari pulak pegi ambil anak sekolah lagi...hermmmm baru dua minggu cik sue dah bosan dgn rutin baru ni.Jalan asyik jem ngn trafik light saje..banyak beno trafik light nak kene tempuh tu uhuhuhuhh kalau ada remote kat tangan cik sue ni nak aje cik sue sampai je kt trafik light cik sue tekan hijau ehehehehehe....Mengemas umah baru ni,boleh la di katakan dah kemas tapi masih tak sempurna lagi...ada lagi barang-barang kecil dalam stor tu bile ntah nak bawa keluar.Lepas magrib semalam cik sue baru dapat line tenet ni..abang telekom da pasang tenet dari jumaat lepas lagi tapi nk kene tunggu tiga hari katanyer baru tone masuk..tone apa pun cik sue tak paham hahahaha...Semalam cik sue habiskan masa check email je laaaa...penuh mailbox yahoo cik sue.ok laaaa teman-teman cik sue berhenti mengomel dulu lain episod cik sue kembali update n3 seperti biase yer...nntikan tauuu..tauuu..ahaksssss lama tak mengada-ngada lah ahahahahahha...