Assalamualaikummm...cik sue harap semuanyer sihat-sihat.Cik sue?....sihat jugak tapi penatttttttt..lambatnyer nak sampai rabu depan uhuuhuhuh supaya cepat-cepat lah segalanyer selesai.Rabu depan cik sue akan berpindah ke rumah baru uhuhuhuhu cedih nak tinggal umah cik sue tinggal sekarang ni...gile tak cedihh!!! da sepuluh tahun tau cik sue duk umah ni.Nasib baik ler pindah pun tak jauh dari area pasir gudang ni dekat megah ria je ehehehehe idok hilang ler pelanggan tetap cik sue.Ok la kawn-kawan,minta maaf cik sue tak dapat nak bagi entry pasal jahitan.Cik sue betul-betul tak cukup masa.Nak packing barang pun belum selesai selesai lagi uhuhuhuh sebab tu la cik sue nak segera selesai...Ok di kesempatan ini cik sue nak bagitahu mungkin cik sue tak dapat update n3 cik sue ni seperti sediakala kerana cik sue sebok gile ehehehe.Mulai 23hb ni cik sue tak dapat online..sampai bile?..ntah la tengok keadaan atau kadar kecepatan abang-abang telekom buat kerja wiring kat umah baru cik sue nanti.Terima kasih kerana sudi mengintai n3 cik sue selama ini yer..sokongan korang amat di hargai sangat-sangat uhuhuhuh.ok babaiiii...miss n3 post.
Hanya seciputt ilmu nak berkongsi..bukan proo dan bukan otai..bukan pula nak berlagak pandai..hanya sedikit perkongsian yang boleh manfaatkan bersama..
Page
▼
Saturday, February 19, 2011
Friday, February 18, 2011
CERITA "ORANG SEBELAH"..
Assalamualikum....hai cik kak-cik kak semua..erkkk ada cik abang jgak ker?...ehehehhehehe ok la salam hari jumaat semua yer.Harap-harap ada la pengunjung kat blog cik sue yang sepi dan hening ni uhuhhuhu maklum la tak der pun orang nak buat komen kat setiap post entry cik sue..cedih ni uhuhuuhuhuh...kosongggg jerkkk uhuhuhu.Ok la hari ni cik sue nak kongsi cerita mengenai "ORANG SEBELAH".Semalam cik sue dah kongsi cerita ni dengan adik-adik cik sue dekat email.biase la dorang tu dah tahu prangai kakak nyer yang tak beberapa nak betul ehehehehe...Cerita terjadi weekend lepas.Anak sulung cik sue berumur 10thn...suka sangat ber fb..poning kepala cik sue nak layan perangainyer tu.Asyik nak kene jerit jer kerja cik sue..jerit suh makan,jerit suh sembahyang,jerit suh buat kerja sekolah semuaaaa nak kene jerit tesen2.Bangun sembahyang subuh mengadap fb,sampai petang tuuu tak rabak pulak mata dia asek duk depan pc..cik sue check memang dia tak bukak lain selain fb dan game.takut jugak cik sue , maklum la dekat intenet ni semua mak nenek ada isssss...kene pantau tu.Cik sue pikio macam mana nak mengurangkan kadar masa dia ber fb ehehehehe..teringat pulak cerita seram yang adik cik sue cerita semasa dia belajar dekat matrik muar dulu ahahahahaha...sampai sekarang adik cik sue takut kalau cik sue gatal-gatal usik dia ahahha.
Masa makan jajan dengan anak-anak,cik sue buka cerita dekat anak cik sue tu.
" bang..bang tahu tak semalam ibu chat kat fb ada org tetibe jer tegur ibu.Padahal ibu tak pernah add dia pun,dia pun tak ada request pun..tup-tup da ada bang!!.." kata cik sue dengan penuh semangat.
"yer ker bu,ibu lupa kot"....ehehehhe mang cik sue pelupa punehehehe..
" mane ade bang, dia pakai nick ORANG SEBELAH ,lepas tu ibu tanyer siapa dia "..anak-anak cik sue dah melopong semua dengar, ahahahaha sambung cik sue lagi
" dia kata dia ORANG SEBELAH"..
"yer laa orang sebelah maner?..anak kak zila ker,budak-budak bujang yang menyewa sebelah ni?"..jiran sebelah cik sue la tu.
" tak..saya ORANG SEBELAH"...tiba-tiba kan bang,ibu nampak dengan ekor mata ibu macam ada lembaga duk SEBELAH ibu...ibu pun buat selambe macam tak de apa-apa ibu log of komputer,ibu bangun tutup lampu dan kipas terus masuk bilik dan pejam mata"....
"ibu tipuuuuuuuuuuuuu..." abang melalak menagis ahahahahaha.
" ni yang malas ibu nak cerita ni,ibu cerita nak suruh abang jaga-jaga kot ORANG SEBELAH tetiba tegur abang kat fb...malas la layan abng"..ehehehehe
Malamnyer abang cerita pada suami cik sue...ayahnyer tergolek ketawakan dia..lepas tu cik sue kene marah ahahahaha.
"Apa la pegi buat cerita macam tu kat abang,budak tu da la penakut"...lalalalalalallalilililililliilioioioioioioi...ehehhehehe.
Nampak perubahan,kalau saya tak menjahit maka tak ber fb la dia ahahahah pasal mesin jahit sebelah-sebelah meja komputer je kat hall atas ahahahaha.sekarang rutin abang kembali normal.Kadang-kadang bila di fikirkan tipu sunat sekali sekala ok jgak ahahahahaha...ok laaa kawan-kawan cerita ORANG SEBELAH tu bukan cerita betul,rekaan semata-mata untuk anak saya...jangan korang betul-betul di tegur ORANG SEBELAH semasa ber fb malam-malam udah le ahahahahahahahahaha....
Thursday, February 17, 2011
Nak Tengok tak?
Assalamualaikum...salam sayang teman-teman ehehehehe.Entry kali ni cik sue nak mengada-ngada sikit.Cik sue nak tunjuk baju kurung pelanggan tetap cik sue ( ngeh..ngeh,.ngehh).Nama adalah rahsia ahahaha..kan cik sue kata nak mengada-ngada tadi jangan marah yer ehehehhehe...Ok kawan-kawan baju ni baju kurung biasa je,ini adalah antara salah satu hasil tangan kerja cik sue..ikut kan hati nak cik sue snap-snap semua gambar baju yang cik sue ada ni tapi memandangkan pc cik sue belum lagi di format semula setelah di jangkiti virus,jadi hasrat cik sue terbantut seketika.Lagi pulak cik sue tengah berserabuk packing barang umah.Nak pindah umah uhuhuuhuh...jadi dengan erti kata lain jugak cik sue tak dapat update la n3 ni buat seketika waktu yer.Makan masa jugak erkk nak mengadakan intenet kat umah baru ni karang.Ermmm...nanti ciksu rindu kat n3 ni uhuhhuhuuhu...harap-harap blog cik sue tak berhabuk dengan sarang labah-labah.ok la teman-teman cik sue berhenti di sini dahulu tatatatata.
Wednesday, February 16, 2011
Nak Kedut Pinggang Getah Cantik?
Assalamualikumm...Salam sayang untuk semua teman-teman ku uhuhuhuhuh.HAri ni kite umat islam menyambut Maulidul Rasul yer...Semoga kita dapat mencontohi keperibadian Rasullah SAW kita..aminnn...
ok tercapai sudah hajat cik sue untuk buat tutorial nak pasang getah pinggang supaya kedutan getah tu nampak cantik,tak la "sebobok" ehehehe bahase ibunda ku da keluar.Tak mahu cakap banyak,cik sue sediakan pic yang tak berapa cantik ni...harap korang faham dengan penerangan cik sue ni yerk..selamat mencuba.
1.Mula-mula korang ukur dulu berapa ukur lilit pinggang yang nak di pasang.Lepas tu jahitkat dulu di kedua-dua hujung getah seperti gambar yer.
2.Mulakan jahitan di bawah getah,boleh tengok dekat gambar caranyer.Kalau nak senang lagi,pin kan dulu kemas-kemas supaya tak lari.Gunakan tapak zip yer.
3.Apabila selesai jahit ratakan kedutan getah dengan kain,nanti ainya akan menghasilkan kedut kain yang cantik dengan sendirinya.
4.Pin kan getah dengan peniti mengikut carak yang anda mahu.Langkah ini perlu supaya kedutan getah tadi tidak lari semasa kita menjahit getah nanti.
5.Tarik getah semasa menjahit,buka jarum peniti sambil menjahit getah sampai habis.
ok tercapai sudah hajat cik sue untuk buat tutorial nak pasang getah pinggang supaya kedutan getah tu nampak cantik,tak la "sebobok" ehehehe bahase ibunda ku da keluar.Tak mahu cakap banyak,cik sue sediakan pic yang tak berapa cantik ni...harap korang faham dengan penerangan cik sue ni yerk..selamat mencuba.
1.Mula-mula korang ukur dulu berapa ukur lilit pinggang yang nak di pasang.Lepas tu jahitkat dulu di kedua-dua hujung getah seperti gambar yer.
2.Mulakan jahitan di bawah getah,boleh tengok dekat gambar caranyer.Kalau nak senang lagi,pin kan dulu kemas-kemas supaya tak lari.Gunakan tapak zip yer.
3.Apabila selesai jahit ratakan kedutan getah dengan kain,nanti ainya akan menghasilkan kedut kain yang cantik dengan sendirinya.
4.Pin kan getah dengan peniti mengikut carak yang anda mahu.Langkah ini perlu supaya kedutan getah tadi tidak lari semasa kita menjahit getah nanti.
5.Tarik getah semasa menjahit,buka jarum peniti sambil menjahit getah sampai habis.
Monday, February 14, 2011
HARI KEKASIH
Assalamualaikumm dan salam sejahtera kawan-kawan.Semalam pc cik sue di serang virus...cedih sangat tak boleh update entry.Cik sue dah sediakan ramuan-ramuan nak buat tutorial cara pasang getah pinggang yang cantik kedutanya.Tapi ntah mengapa pc cik sue tak boleh buka google...cik sue tak faham.Mungkin cik sue ada tergodek kat maner-maner dan terjangkit virus kat intenet uhuhuhuhuh.sekarang terpaksa lah cik sue menumpang dekat laptop suami cik sue ni.Dekat laptop ni cik sue terpakse dounwload banyak program yang suami cik sue tak kasi dounwload program yang cik sue nak pakai tu uhuhuhuhuh,,,maklum le takut jadi apa-apa kat laptop dia ni.laptop ni banyak fail yang dia buat kije kat opis..ermmm jadi terbantut la hasrat cik sue nak buat tutorial tu tadi,Tapi tak mengapa lah kot-kot ada rezeki esok-esok cik sue bagi tutorial tu di lain episod entry yerk...ok la berbalik pada tajuk entry kite hari ini,cik sue nak kongsi sedikit info yang di petik dari BERITA HARIAN sabtu 12 feb 2011 untuk renungan kita bersama yer.
Sejarah hari kekasih adalah budaya kristian untuk memperingati hari kematian tragis paderi,St Valentine yang di bunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II(268-270M)
Sejarah hari kekasih adalah budaya kristian untuk memperingati hari kematian tragis paderi,St Valentine yang di bunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II(268-270M)
- Nabi Muhammad SAW dengan tegas melarang umat islam meniru budaya Yahudi dan Nasrani yang di jelaskan dalam hadis yang bermaksud:"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke lubang biawak.Lantaran sahabat bertanya:"Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?.Baginda menjawab:"Siapa lagi kalau bukan mereka.
- Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2006,pada 21Feb 2006 memutuskan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh islam.Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh islam.
- SIDANG Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke71,pada 22-24 November 2005 lalu,bersepakat memutuskan amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalkkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah jawatankuasa itu.
Saturday, February 12, 2011
Blog?
Assalamualaikum...salam sejahtera n salam satu malaysia semua.Hari ini cik sue tak nak bukak cerita jahit menjahit sekali sekala kite sembang pasal lain yerkk.Cik sue nak bukak topik " blog "....ehehehehehe yer la korang pandang rendah kat cik sue yer ihiksss...sepupu cik sue ada tanya cik sue macam mane nak buat blog jugak,nak blog cantik,nak itu nak ini hihihihihihih...serius cik sue bagitau cik sue tak tahu buat semua itu huhuhuhuhuh.Cik sue ni pakar IT rumahtangga sepenuh masa jadi blog yang terhasil pun ala-ala aje tak secanggih blog muda-mudi.Ermmm kalau ikut kan hati cik sue nak blog macam dia orang jugak ahahaha..( tak sedo diri ni...ngeeeeee).Tapi memandangkan usia dan tema yang cik sue nak buat dekat blog,rasanya tak manis pulak nak buat blog meriah segala ahahahahaha.Cukup lah kehadiran blog cik sue ni mewarnai dan meriahkan lagi dekat dunia maya ni uhuhuhuh.Ok berbalik pada topik cemane nak bina blog?...cik sue ni memang tak ada tokoh nak buat tutorial...lagi-lagi bab dunia buat blog ni.Sumpah...cik sue tak pandai nak tutorial.Oleh itu cik sue hanya boleh boleh bagi maklumat di mana korang semua boleh dapat tutorial nak buat blog eheheheheh..tu pun cik sue tak TERSENGAJA jumpe ekekekeke..pasai jari cik sue ni memang gatai klik sane klik sini tu yang terrrjumpa ehehehehe.Melalui laman www.ciktom.com korang boleh selongkar setiap entry kat situ.Cik sue gelarkan laman ni " dunia blog yang hebat"..korang selongkar laa...setiap ilmu di situ mudah faham dan segala-gala ada mengenai blog,sampai pedih mata cik sue mengadap koputer ni tiap-tiap malam....huhuhuhuhuh blajo mengIndahkan blog ehehehehe.....Ok la kalau ada niat nak buka blog macam cik sue jangan segan-segan pi blajo dengan ciktom.Nampak gayanyer ciktom kene bagi kredit pada cik sue ni pasal dah promote gile laman ciktom ...ngeeeeeeeeee.
Friday, February 11, 2011
KAIN ELA UNTUK DI JUAL
Assalamualaikum semua, Cik sue ada buat jualan kain ela 4meter secara kecil-kecilan.Maklum la cik sue berazam nak beli mesin jahit janome yang regenyer ribu riban jadi cik sue kene lah penuhkan tabung ayam cepat-cepat.Kain-kain ini jenis kain sejuk dan selesa di pakai.Andainya ada kawan-kawan,dik nom-dik nom,atau sesapa la yang berkenan dengan 8 pasang je yang tinggal ni boleh la ambil code kain dan email cik sue dekat email ni surtimayusof@gmail.com . Kalau nak suh cik sue jahitkan terus pun boleh laa jugak ehehhehehe.
CODE :007
DIGITAL SILK 1 MALAYSIA-STONE
4 METER
RM42.00
CODE 008
ITALIAN SILK SRIP
4 METER
RM40.00
CODE 020
ITALIAN SILK SRIP
CODE 012
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
4 METER
RM 48.00
CODE 016
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
CODE 017
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
CODE 022
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
CODE :007
DIGITAL SILK 1 MALAYSIA-STONE
4 METER
RM42.00
CODE 008
ITALIAN SILK SRIP
4 METER
RM40.00
CODE 020
ITALIAN SILK SRIP
4 METER
RM40.00
CODE 010
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION
4 METER
RM 48.00
CODE 012
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
4 METER
RM 48.00
CODE 016
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
4 METER
RM 48.00
CODE 017
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
4 METER
RM 48.00
CODE 022
ITALIAN EXCLUSIVE ROMA COLLECTION-STONE
4 METER
RM 48.00
Thursday, February 10, 2011
MASA OH MASA
Assalamualaikum..Salam sejahtera semua , semoga kalian sihat-sihat hendaknyer.Hari ni cik sue tak tahu nak tulis apa dekat post entry , sebabnyer otak cik sue tak berfungsi dengan elok di saat ini ehehehehe.Beberapa hari ini cik sue sibuk sikit,jahitan agak banyak..tak sempat nak snap-snap gambar.Proses nak upload gambar-gambar tu ke dalam entry ni makan masa yang membuatkan cik sue berkira sikit tu ehehehe.tak per nanti-nanti bila jahitan cik sue dah agak lege boleh la cik sue mengadap komputer ni berkongsi hasil jahitan cik sue yer...Oh yer lupa nak cerite ceriti..Cik sue ada la beli kain ela 4meter sebanyak 10 pasang..nak buat baju kurung dan baju kurung pesak gantung untuk di jual kelak..Maklum la tukang jahit macam cik sue ni kene prepare awal-awal nanti boleh la cik sue concentrate pada upah jahitan baju aje.Nanti tak menang tangan cik sue di buatnyer.Ok itu sahaja dulu di salam entry hari ini..tunggu-tunggukan post entry pasal kain ela cik sue yer..sekarang duk dalam proses upload yang memakan masa ehehehehe..cik sue ni pakar IT rumahtangga sepenuh mase ehehehe tu yang lambat macam siput ekekekeke..ok tatatata jumpa lagi.
Wednesday, February 9, 2011
Antara Koleksi Cik Sue Sayang
Assalamualaikum..salam sejahtera kawan-kawan,semoga semuanyer sihat-sihat belaka.Salam entry kali ni cik sue nak tunjukkan beberapa buku rujukan yang cik sue pakai guna semasa belajar menjahit.Maklum lah cik sue ni tak dapat pergi jumpa maha guru macam orang lain.Kebanyakan cik sue habiskan masa dengan mengadap buku-buku ni,sampai naik muak buku ni tengok muka cik sue ahahahaha..kadang-kadang bila cik sue terkeluar dari sarang,baru la cik sue menuntut pulak dengan tok guru ( kakak ipo ehehehe ).Ok la kawan-kawan semua,untuk jadikan rujukan cik sue boleh suggest kan buku-buku seperti yang cik sue bagi ni.Banyak lagi sebenarnya buku-buku jahitan di kedai yang cik sue nampak.Tapi takkan cik sue nak borong semua pulak ehehehe.Basicnya sama sahaja cuma olahan saje yang berbeza.Nota dari DIY yang paling cik sue suka..Notanya lengkap dan sangat mudah di fahami.Kalau nak buku nota ni tak der jual kat kedai buku,kene order online ehehehe.Kat maner?...korang boleh pergi dekat azimadiyshop.blogspot.com.Yang terbaru buku dari Salikin Sidek...best jugak buku tuhh.Paling suka sebab ada lakaran nak buat baju pahang riau..best..best..Ni cik sue dah study tinggal nak pi beli kain dan praktikkan pulak.Tak sabo dah ni ehehehe...kene korek tabung ayam lagi ni..aiiii bile nak penuh cegini ehehehe.ok kekawan semua selamat menuntut ilmu tatatata
Monday, February 7, 2011
Buat Leher Teluk Belanga
Assalamualaikum...Salam sejahtera semoga sihat-sihat semuanye.Hari ni cik sue nak ajak buat leher teluk belanga cara cik sue..cara orang lain tak tahu lah.Cik sue rasa cara ni senang sikit dari cara yang mak cik sue ajarkan memula cik sue belajo buat baju kurung dulu-dulu.ok tak mahu cakap banyak..kite teruskan ayooooohhh..hehhehehe.
Mula-mula buat lakaran leher anda pada kain alas leher yang telah di saterika pada kain yang nak buat leher tu nanti.Apabila dah siap seperti gambar sebelah ni,gunting dan jahit tepi.
Nampak tak hasil seperti gambar atas ni.Terlebih dahulu anda kene lipat badan baju kurung kepada 4 bahagian dan gosok biar nampak garisannya tu.Letakkan potongan pola leher tadi di tengah-tengah tanda lipatan badan baju kurung tadi.Pastikan garisa lintang bersilang pada pola leher dan baju berada pada kedudukan yang sama.Tekan dengan peniti supaya tidak lari.
Pinkan seperti yang saya tunjuk kat gambar sebelah ni yer.Lepas tu jahit keliling leher hingga selesai dan tebuk di tengah-tengah leher tadi dengan pemotong/gunting or what ever..Berhati-hati yer.
Tadaaaaa...siap dah..Gunting la tirus atau V di setiap penjuru serong yer kasi cantik gitu.Dah tu gosok lagi...lepas tu terpulang pada anda nak teruskan buat tikam mata lalat,belut ke or jahit tindih saje.Ok jangan lupe cuba kalau yang belum tahu teknik ni.Kalau dah tahu tu ehehehhe boleh la komen atau tunjuk cara yang lagi praktikal kat sini.boleh kita kongsi.
Tadaaaaa...siap dah..Gunting la tirus atau V di setiap penjuru serong yer kasi cantik gitu.Dah tu gosok lagi...lepas tu terpulang pada anda nak teruskan buat tikam mata lalat,belut ke or jahit tindih saje.Ok jangan lupe cuba kalau yang belum tahu teknik ni.Kalau dah tahu tu ehehehhe boleh la komen atau tunjuk cara yang lagi praktikal kat sini.boleh kita kongsi.
Sunday, February 6, 2011
Bila benang tak sangkut...
Assalamualaikumm....Bertemu kita sekali lagi di entry pada hari ini ehehehe...hari ni cik sue nak bagitau la apa yang patut kita buat kalau tiba-tiba benang mesin jahit kite tak lekat.Ye la kawan cik sue ada masalah yang sama dengan mesin jahitnyer yang mungkin sudah sekian lama tersimpan ehehehe jangan mare kawanku..Pertama sekali kite buka bahagian Bobbin case tu...amek kuarkan bobbin dan bersihkan segala habuk...check kot-kot ada potongan benang yang terlekat di situ.Minyakkan bahagian sarung yang taruk bobbing case tu..bila dah bersih tukar jarum baru dan setkan ketegangan benang mengikut kesesuain kain yang nak di jahit.kalau tak lekat jugak haaa tengok dekat bobbing case tu kan ade cam punat pulas skru kecil kan...pulas pakai ujung mata pisau pun boleh.Pulas kasi longgar atau pun ketat sedikit..Kebiasaanyer saya longgarkan sikit.Cuba la try kawan ku yer ehehhehe.Cik sue nak bagi tutorial pun tak ader gambo yang sesuai nak upload kat sini.Mungkin lain kali Cik sue cuba cari bahan untuk memberi penjelasan yang lebih jelas untuk episod-episod akan datang yer.
Thursday, February 3, 2011
Patut ker?...
Salam sejahtera dam salam pagi khamis kekawan semua.Pagi-pagi ni nak buka story blog sikit.Sebelum ni tidak pernah ada account mana-mana blog pun.Cik Sue cuma suka-suka hati je bukak blog ni tetapi tidak ada sekelumit pun ilmu blogging di dada uhuksss...semuanyer main redah ajer..Cik sue ni suri rumah tangga sepenuh masa dan ada la amek upah jahit sikit-sikit kek omah...yer laaa buet penuhkan tabung ayam Cik sue karang nak beli mesin jahit sulam pulak ehehehe...Dengan habit/habib/habik suka menyelongkar dan menggodek..erkkk mane satu ejaannyer tu blur plak pagi ni....maka tertubuh la blog kedaijahitku-jahit ini.Well pun masih tunggang langgang lagi Cik sue tak berputus asa nak meng up-grade kan blog cik sue ni.Dalam godek-godek tu cik sue terjumpe blog CikTom..Putih biji mata kak nom bile selongkar ciktom nyer blog.Bertapa banyak ilmu blogger yang di curahkan oleh CikTom dekat blog dia.cik sue menitiskan air mata memanjatkan kesyukuran kerana tidak sengaja terjumpa blog CikTom uwauwauwa...tak der la sampai menitis air mata,acah jer.Sejak dari itu cik sue jadi anak guru kepada ciktom yang hebat itu..cik sue blajo up-grade kan blog cik sue yang ntah apa-apa pada mulanyer.Sekarang dah pandai pasang iklan nuffhang ehehehe..Yang paling gembira ciktom datang jejak cik sue.oye..oye..oye..mekasih ciktom,i love u lah ahaksss..
ok lah ni lagi satu cerita..cerita yang sebenarnyer yang cik sue nak cerita kat entry ni ihihihihih...cik sue petang tadi pergi kedai jual alat-alatan jahit menjahit yang biasa cik sue pergi beli stok.cik sue terjumpa kawan lama cik sue..yang boleh di katakan sifu cik sue blajo jahit la jugak.Berbual la sekejap...sembang punyer sembang cik sue tercerita la yang cik sue bukak blog kebanggaan cik sue ni..Cik sue ajak la kawan tadi tu join jahit secara online...yer laa selain boleh tolong kawan boleh la jugak meringankan beban cik sue jahit baju yang agak banyak yer tak hehhehehe...Nak tahu apa reaksi dia?...kawan cik sue boleh gelak sampai tergolek atas jalan tuh...ihihihihi tak de la tergolek cik sue tambah perisa je tu.awaitttt tak layak ke cik sue nak bukak blog uhuhuhuhuu..apa dose cik sue sampai kuar ayo mato dia gelakkan cik sue ni!!!!...Bila dah sampai rumah tetiba ada msg kat hp.Kawan cik sue tadi tu minta address blog.Cik sue bagi la...apa ingat cik sue koman sangat ker uhukssss....entah kawan cik sue tu datang intai ke tak blog ni..tak der la pulak jejak dia tinggal.Harap-harap dia datang dan jangan pandang sebelah mata dan bagi sedikit sokongan pada cik sue uhuhuhuhu
Ok itu aje cik sue nak berkhutbah pepagi buta ni.siang hari nanti nak balik kampung umah mak mertua.Anak-anak pulak balik kampung cik sue kat trg...ehehehe pos anak ikut pakcik dorang balik.Apa-apa pun kekawan selamat tahun baru china dan selamat bercuti.Jaga keselamatan diri dan anak-anak yer ..tatatata jumpa lagi di lain entry.
Wednesday, February 2, 2011
Mesin Jahitku
Assalamualaikumm..
Salam sejahtera dan salam satu malaysia semua...ihiksss ada ker orang datang jenguk blog ku ini..buat-buat cam ada la yerk..entry kali ni nak memperkenalkan mesin jahit ku yang pertama daku ada.Beli sendiri derr...tak mintak duit hubby pun uhuhuhuhhu.Jenama Brother LS-2125..ada tapak zip,butang.2 jarum n 2 benag .banyak lagi dia punya kelebihan.Memula dapat mesin ni,ewahhh bersemangat waja aku nak menjahit..kalau boleh semua bende yang aku boleh jahit nak di jahitkan...Mase beli mesin ni tak pandai jahit lagi pun waima baju kurung tu pun tak tahu jahit.Segala-galanya bermula aku ni mang kijernyer suka mengodek.aku godek sini godek sana..belajo ikut instruction yang ada dalam kotak mesin jahit ni...Akhirnye aku terpandai sendri nak kelolakan mesin jahit ni tanpa tunjuk ajo mane2 sifu ehehehehe...( lalalal lililili lululu )..
O.k la jauh pulak pergi melalutnyer...tak mau cite lagi kisah-kisah silam ahahaha.ok apa yang mesti ada kat korang kalau nak meminatkan diri dalm needlework ni adalah mesin jahit...mesti nak ada dia.ala beli yang second jer dulu..karang korang da mahir ahhhh kumpul la duit korang,boleh la beli yang lagi up-grade.Saya pun tgh kumpul duit ni nak beli mesin jahit lagi canggih yang boleh sulam ihiksssss...bile la tabung ayam aku nak penuh ni mihahahahaha.
Salam sejahtera dan salam satu malaysia semua...ihiksss ada ker orang datang jenguk blog ku ini..buat-buat cam ada la yerk..entry kali ni nak memperkenalkan mesin jahit ku yang pertama daku ada.Beli sendiri derr...tak mintak duit hubby pun uhuhuhuhhu.Jenama Brother LS-2125..ada tapak zip,butang.2 jarum n 2 benag .banyak lagi dia punya kelebihan.Memula dapat mesin ni,ewahhh bersemangat waja aku nak menjahit..kalau boleh semua bende yang aku boleh jahit nak di jahitkan...Mase beli mesin ni tak pandai jahit lagi pun waima baju kurung tu pun tak tahu jahit.Segala-galanya bermula aku ni mang kijernyer suka mengodek.aku godek sini godek sana..belajo ikut instruction yang ada dalam kotak mesin jahit ni...Akhirnye aku terpandai sendri nak kelolakan mesin jahit ni tanpa tunjuk ajo mane2 sifu ehehehehe...( lalalal lililili lululu )..
O.k la jauh pulak pergi melalutnyer...tak mau cite lagi kisah-kisah silam ahahaha.ok apa yang mesti ada kat korang kalau nak meminatkan diri dalm needlework ni adalah mesin jahit...mesti nak ada dia.ala beli yang second jer dulu..karang korang da mahir ahhhh kumpul la duit korang,boleh la beli yang lagi up-grade.Saya pun tgh kumpul duit ni nak beli mesin jahit lagi canggih yang boleh sulam ihiksssss...bile la tabung ayam aku nak penuh ni mihahahahaha.
Tuesday, February 1, 2011
Banjir..
Salam sejahtera dan salam satu malaysia semua...pagi ini sejuk sekali,sampaikan anak-anak semua liat nak mandi.Sudah beberapa hari hujan tidak henti-henti turun dekat pasir gudang ni..dekat masai dengar cerita dah ada pusat menempatan untuk mangse banjir...uhuhuhuhu tak pegi lagi tengok ni maklum la hujan je.malas nak bebasah-basah kat luar sane tu...lagi pulak time-time cegini best la sangat-sangat duk dalam selimut mihahahaha.Tapi apa kan daya tempahan baju banyak nak di jahit...tepakse la tengok je selimut tu hehehehe..nanti bila jahitan dah clear skit akan ku balas segala dendam ku ahahahahaha...ok la itu sahaja bebelan daku pada entry kali ni.Selamat mengharungi musim banjir...jaga keselamatan anak-anak kite.