Assalamualaikumm dan salam sejahtera kawan-kawan.Semalam pc cik sue di serang virus...cedih sangat tak boleh update entry.Cik sue dah sediakan ramuan-ramuan nak buat tutorial cara pasang getah pinggang yang cantik kedutanya.Tapi ntah mengapa pc cik sue tak boleh buka google...cik sue tak faham.Mungkin cik sue ada tergodek kat maner-maner dan terjangkit virus kat intenet uhuhuhuhuh.sekarang terpaksa lah cik sue menumpang dekat laptop suami cik sue ni.Dekat laptop ni cik sue terpakse dounwload banyak program yang suami cik sue tak kasi dounwload program yang cik sue nak pakai tu uhuhuhuhuh,,,maklum le takut jadi apa-apa kat laptop dia ni.laptop ni banyak fail yang dia buat kije kat opis..ermmm jadi terbantut la hasrat cik sue nak buat tutorial tu tadi,Tapi tak mengapa lah kot-kot ada rezeki esok-esok cik sue bagi tutorial tu di lain episod entry yerk...ok la berbalik pada tajuk entry kite hari ini,cik sue nak kongsi sedikit info yang di petik dari BERITA HARIAN sabtu 12 feb 2011 untuk renungan kita bersama yer.
Sejarah hari kekasih adalah budaya kristian untuk memperingati hari kematian tragis paderi,St Valentine yang di bunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II(268-270M)
Sejarah hari kekasih adalah budaya kristian untuk memperingati hari kematian tragis paderi,St Valentine yang di bunuh oleh seorang Raja Romawi yang bernama Raja Claudius pada II(268-270M)
- Nabi Muhammad SAW dengan tegas melarang umat islam meniru budaya Yahudi dan Nasrani yang di jelaskan dalam hadis yang bermaksud:"Nescaya kamu akan turut jejak langkah mereka (Yahudi dan Nasrani) sejengkal demi sejengkal,sehasta demi sehasta sehingga kamu akan turuti mereka walaupun mereka masuk ke lubang biawak.Lantaran sahabat bertanya:"Adakah mereka itu Yahudi dan Nasrani?.Baginda menjawab:"Siapa lagi kalau bukan mereka.
- Keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor menyatakan melalui Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor kali 1/2006,pada 21Feb 2006 memutuskan amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh islam.Roh perayaan itu mempunyai unsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh islam.
- SIDANG Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia ke71,pada 22-24 November 2005 lalu,bersepakat memutuskan amalan meraikan Hari Kekasih tidak digalkkan oleh agama Islam seperti yang dibincangkan dalam Muzakarah jawatankuasa itu.
No comments:
Post a Comment
kORANG NAK TYER APA2 TGGL LA DULU YER SOKLAN KE APA2 KE KAT RUANGAN KOMEN...NNTI CS BC DN PUBLISH KAN KOMEN KOWANG...JAWAB TU NNTI CS ADA MASA CS JAWAB EKK...