Assalamualaikum dan salam sejahtera wahai teman-teman sehobian ku..Hai...tak lupa juga salam satu Malaysia buat semua.Kali ni cik sue nak cerita pasal kerosakkan yang biasa terjadi kepada mesin jahit.Dulu-dulu cik sue pun tak tahu nak handle masalah-masalah ni..asyik nak pergi hantar kedai jeee...rosak sikit anto kedai..rosak sikit anto kedai..apek kat kedai tu pun jemu tengok muka cik sue ahahaha.Pernah sekali tu,di awal pembabitan cik sue dalam dunia jahitan...Cik sue selalu sangat hantar mesin cik sue di kedai menjual dan pembaiki mesin yang terletak dekat dengan kota masai...jauh jugak la kalau dari umah cik sue yang lama tuu...sekali hantar service mau kene rm50..ermmm tapi kerana minat sangat cik sue tutup mata je laa rm50 tu ahahahaha...satu hari cik sue pergi la amek mesin yang dah siap di service tu...patah balik ke rumah semula.Sampai umah tengok benang tak lekat..wahhhhh marah betul cik sue.Telefon kedai,tauke suruh bawa ke kedai mau tengok..sampai kedai , tokey bukak mesin....aiyyaaaa!!! lu munya benang putuih ,lekat lu tala belsih looo...sambil tunjuk pada cik sue...Ehehehehe cik sue tersenyum malu...nasib baik tokey tak caj lagi ahahahaha....hanya terlekat benang yang tak sampai satu inci tu cik sue terus angkut balik kedai ahahahha...ok la kawan-kawan cik sue sekarang dah matang dalam dunia kelebek-kelebek mesin jahit.Ok di sini cik sue kongsikan bersama kawan-kawan semua yer...
Jahitan berkedut
- Benang atas atau bawah ketat.
- Gigi mesin terlalu tinggi.
- Benang atas dan bawah terlalu longgar.
Jahitan longgar
- Skrew di bahagian gelendong longgar.
- Skrew di bahagian imbangan benang longgar
Jahitan melompat
- Jarum tumpul.
- Bahagian lekuk di mata jarum haus.
- Bahagian lekuk di lubang jarum menghala kanan.
- Benang tidak sesuai dengan jarum.
- Bahagian lekuk di mata- Jarum tumpul.
- Kedudukan jarum tidak naik sepenuhnya.
Benang putus
- Masuk benang di bahagian yang salah.
- Benang agak ketat.
- Benang di gelendong ketat.
Jahitan berkedut
- Benang atas atau bawah ketat.
- Gigi mesin terlalu tinggi.
- Benang atas dan bawah terlalu longgar.
Jahitan longgar
- Skrew di bahagian gelendong longgar.
- Skrew di bahagian imbangan benang longgar
Jahitan melompat
- Jarum tumpul.
- Bahagian lekuk di mata jarum haus.
- Bahagian lekuk di lubang jarum menghala kanan.
- Benang tidak sesuai dengan jarum.
- Bahagian lekuk di mata- Jarum tumpul.
- Kedudukan jarum tidak naik sepenuhnya.
hai cik sue....cik sue sihat?
ReplyDeleteCik Sue C'hat selalu,kadang-kadang je sakit Alhamdulillah ehehehehe..
ReplyDeletecik sue, kalo (ape namer tuh erk sekuci ek, yg tempat gulung benang tuh)mase menjahit tuh die merontan -ronta dkat dlm tuh,nape ek...???
ReplyDeletekalau sekoci meolompat lompat kat dalam umh dia tu maknenyer awak tak letak cara betul dan kemas...cer check semula ...
ReplyDeleteSalam... Cik Sue, mak saya ada mesin singer lama 3343... dah dua tiga kali repair.. katanya gear rosak... nie rosak balik coz benang bawah tak lekat... bila call org singer dia kata kena tukar gear lagi... sekali tukar time tu kena RM250... Camne yek nak baiki sendiri...Tolong ajarkan boleh tak?
ReplyDeletewsalam...huk nita...kalau bab enjin cik sue mana ler tau..kene bergantung pada tecnition jugak lee...cik sue tahu nk tukar tension benang dan sikit2 yg berkaitan ngn jaitan..lau main gear bagai idok la cik sue tahu huuu..
ReplyDeletesalam. jahitan sy longgar bahagian bawah je. bahagian atas okey. tu termasuk dalam kategori jahitan loggar jugak kan?
ReplyDeleteWsalam munirah..
ReplyDeletepada kebiasaanya ada masalah dgn bahagian jahitan bawah munirah nk kene check perjlanan benang kat area atas..maksudnyer sama ada tension benang tak sesuai ..atau aliran benang tak betul...kalau masalah bahagian jahitan atas pula munirah nk kene check area bawah..maksudnyer aera dalam sekoci tu ke..sama ada sekoci longgar atau sekoci tak d letak dengan betulll...
Salam,
ReplyDeleteMesin jahit sy skrg menolak kain ke belakang ketika menjahit, kenapa yer?
Salam Cik Sue, saya ader mc jht singer 968 with 3 needle position. Prob is, 2 drpd position itu jahitannya x lekat langsung. Why? Please help. Urgent.
ReplyDeleteKlu jarum mesin jahit tepi patah,brp ye servis?
ReplyDeletebabyQ..
ReplyDeletemb kene panggil tecnitiaon la tu :-D...setting larik kot hehehe
hartini..sory akk baru nk jawab nih huuu..mb lalauan benang salah kot..cuba check sekoci bersih tak..kadang setting lah juga kn check tu..lalauan benang tu penting...
cik anom..kalau jarum patah awak g je beli jarum kat kedai..simpan buat stok..belajar pasang jarum sdrik..tak susah..dan menjimatkan awak..
assalamualaikum...sya nak mintak tlong ckit tntang msalah msin jahit saya...sya mnggunakan msin jahit singer 8020..bila sya mnjahit,benang bawah sllu longgar dan benang atas kadang2 tertarik..apa puncanya?
ReplyDeleteassalamualaikum. cik sue. saya nak tanye la. mesin jahit saya bile jahit kain, dia melangkau-langkau,
ReplyDeletekejap dia rapat, kejap dia jarang,
macam mana nak betulkan,..puas saya belek2, tak boleh jugak..da lah nak raye..aduhaii..haha
Assalam cik sue saya nak tanya kenapa mesin jahit saya die jahit kebelakang? masalah nye ape ye? TQ
ReplyDeleteAssalam...cik sue...knape gigi penolak tu x tolak kain semasa menjahit..?
ReplyDelete