Assalamualaikumm..
Sebenarnyer kan..ramai dan lama sudah pembaca minta buat tuto untuk pola jubah :-D...aissss demi mu follower ku..wellpun daku tak senang hati mengingatkan baju2 ku banyak lom siap..kuatkan semangat ..demi mu follower ku tih tih tihhh ( jiwang jap :-D )..jom mula..
1.Jubah biasa/jubah stail lama.atau jubah A shape .:-D
Pola Depan
AB = labuh jubah
AC = ukuran lebar bahu bahagi dua
CE = turun 1"
ADO = tekap bulan leher baju anda :-D ( kije den yg malas kikikiki )
Garis garisan D,E
AF = 1/4 x lilit dada anda
FG = naikkan 4"
GH = bidang dada depan bahagi 2
FI = ukuran lilit dada bahagi 4 + 1"
Ambil pembaris sesiku...ketemukan point E,H dan I pada satu garisan...tengok gambar bawah ni sebagai panduan :-D
AJ = 15" ( ni saiz biasa,tggi 165cm leh pakai ni..lau anda rendah kurangkan lah 14" ke...)nk tepat lagik ambil ukuran real anda..iaitu dari pangkal leher ke pinggang...
JK = turun 8"
KL = ukuran lilit punggung bahagi 4 + 0.5"
BM = ukuran lilit punggung bahagi 4 + 5" atau lebih dan suka hati anda heeee...
MN = naikkan 1" dan ambil pembaris pembentuk dan bentukkan..tengok rajah yer agak2 le korang serongkan tu :-D
Ambil pembaris lurus dan gariskan point I,L dan M
Pola belakang
-Gunakan pola yang sama cuma ubah dua garisan jek...selain keruk leher
keruk leher AP = 1" bentukkan A,P dan D
GQ + 0.5" dari garisan asal GH
FR - 0.5" dari garisan asal FI
Bentukkan E,Q dan R dengan cara yang sama menggunakan pembaris sesiku..
Garis garisan lurus R,L dan M
2.Jubah Moden
Pola Depan
AB = labuh jubah
AC = lebar bahu bahagi 2
CF = turun 1"
SDE = tekap bulan leher anda, garis garisan DF
AG = 1/4 lilit dada anda
GH = naikkan 4"
HK= bidang dada depan bahagi 2
GL = lilit dada bahagi 4 + 1"..bentukkan F,K dan L dengan pembaris sesiku macam CS ajo kat atas okeh
AI = 15 "
IJ= turun 8"
IM= lilit pinggang bahagi 4 + 0.5"
JN = lilit punggung bahagi 4 + 0.5"
BO = lilit punggung bahagi 4 + 4.5" atau sesuka hati anda
OP = naikkan 1"...benttukkan..
garis denga pembaris lurus point L dan M
garis garis garisan M,N dan O
Pola belakang
-Punnn sama gak,guna pola yang sama cuma ubah tang lekuk leher...AS turun 1" dan bentukkan ASD..
-HQ tambah 0.5" dari garisan HK
-GR tolakkan 0.5" dari garisan GL bentukkan F,Q,dan R...
-garis garisan R,M,N dan O
Dat..
-Untuk jubah moden kita nak taruk dat yerkkk..dat belakang sahaja..kalau suka boleh jugak buat dat depan..
-ni dat belakang ni tau...
G1 = 3.5"
3,2 = 4.5"
garis lurus 1,3 dan 2
dari point 3..buat 0.5" ke kiri dan ke kanan 0.5"..bentukkan dat belakang
Pola lengan
Macam biasa korang amek la langkah buat pola lengan dekat link ni...tuto yg pernah cs buat..sama jek okeh ..
okehhh selesai sudah..dari pola asas jubah ni korang boleh kretipkan lagik design2 jubah yang cantik2...CS harap korang berjaya baut jubah hasil tuto CS ni..maafkan mana yang terkurang yerkkk...ok tatata