Wednesday, April 20, 2011

Buat Blaouse part 1

Assalamualaikum...Salam sayang ketat gile kat korang.K hari ni kite start buat bloause macam cik sue janji dalam n3 sebelum ni.Tak mau buang masa jom...kite mula.

Peralatan yang di perlukan
Ukuran yang mesti korang sediakan:-
1.Lebar bahu
2.Ukur keliling dada
3.Ukur keliling Pinggang
4.Ukur keliling punggung
5.Ukur bidang dada depan dan belakang
6.Ukur lilit ketiak
7.Labuh baju
8.Labuh Lengan
9.Bukaan Tangan

#cik sue dah tunjuk kat n3 sebelum ni.sila rujuk kat n3 cara nak ambil ukuran.Perhatian!! ukuran yang di gunakan adalah dalam "inci"
=Kalau tak nampak,sila klik pada gambar nanti jadi besau le.
Berpandukan rajah di bawah ni,jom kita mula buat pola badan bahagian belakang dan depan.Korang nak merasa jadi arkitek?..ni la masanyer ehehehehehehe.


pola badan


POLA BADAN BELAKANG
AB - Labuh baju yang anda kehendaki
AD- 9' kalau gempal tambah lagi:ini adalah ukuran bahu ke ketiak.
DE- naikkan 4inci
AF- ukuran bahu ke pinggang , standart ukuran ialah 14'
FG- 8inci
AC- Lebar bahu bahagi dua
AH- 3.5 inci
A1=H2- 1.5 inci bentuk leher belakang
C3- Turun 1inci,garis lurus garisan H3
EI- Bidang belakang bahagi dua
DJ- ukuran keliling dada di bahagi 4 +0.5
FK- Ukuran keliling pinggang bahagi 4+1.5(1"untuk dat 0.5 untuk keselesaan)
GL dan BM- ukuran keliling punggung bahagi 4+0.5

-Sambung garis lurus 3I,
-Bentuk IJ menggunakan pembaris pembentuk
-Garis lurus JK
-Bentuk KL denagn pembentuk
-Garis lurus LM
-Dari titik M,naikkan 0.5 tandakan titik 4 dan bentukkan B4 dengan pembentuk.

DAT BELAKANG
D6=F5 -3.5inci (ntok badan gempal) 2.5( ntok badan slim2) dan 3 ( ntok badan sesedap rasa)
-Dari titik 5,buat 0.5 kekiri dan 0.5 kekanan.
-Dari titik 5 ,turun ke bawah 4.5 tanda titik 7
-Garis lurus titik2 6,5,7 sterusnya sambung titik2 kiri dan kanan tadi.

POLA BADAN DEPAN
Gunakan pola yang sama (badan belakang) dan jangan lupa gunakan pensel yang lain warna.

E8- Bidang depan bahagi 2
D9- ukuran keliling dada bahagi 4 +1

-Garis lurus 3,8
-Bentukkan 8,9 dgn pembentuk
-Garis lurus 9K

Leher Depan
A10- 4inci
10,11- 3.5inci,garis 10-11,H-11 bentukkan dengan pembentuk.

DAT DEPAN
-Dari titik 6,turunkan 1.5inci dan tanda titik 12.Sambung garisan dat.



POLA LENGAN
AB-panjang lengan
AC-turun 4inci dan garis lurus garisan .
AD-Titik tengah untuk garisan CB ( siku )
D1=D2-Adalah ukuran keliling siku bahagi 2 ( saya letak 6inci)
B3=B4-Adalah luas bukaan tangan bahagi 2 ( saya letak 7inci)

A5-Garisan ini nak kene guna formula ukuran keliling ketiak bahagi 2.Contoh= 19.5 bahagi 2 adalah 9.75 maka garisan A-5 mestilah 9.75inci.
A6-Buat garisan lurus 1.5 inci
A,6,5-Adalah garisan jatuh bahu yang perlu menggunakan formula : ukuran keliling ketiak bahagi 2 +0.5-0.25
contoh pengiraan 19.5 bahagi 2+0.5-0.25=10
Maka garisan dari titik A,6 yang merentasi titik tengah garisan tadi ke titik 5 adalah sepanjang 10inci.Untuk panduan sila gunakan benang dan ukur garisan ini,lepas tu korang ukur pulak benang tadi dekat tali inci.Sebenarnyer ada caranya tapi cik sue xgeti nak xplant kat sini .Kalau orang dah biaas jahit2 ni tahu le..

A7- ukuran ketiak bahagi 2 - 1.Buat garis lurus.Garisan ini di bahagi kepada tiga dan tandakan titik2 itu.
A8-Buat garisan lurus 1.5inci
A,8 dan 7 Ukuran ketiak bahagi 2 - 0.5 - 0.25.Untuk Membuat garisan ini sila tengok gambar yer..Sama je ngan yang sebelah dia cuma laluan titik tu berbeza.Sila mabil perhatian dekat situ k.

-Sambung garisan lurus 7,2 dan 5,1
-Bentuk garisan 2,4 dan 1,3 dengan pembentuk
-E4 -naikkan 0.5 inci dan betukkan  B4....begitu juga untuk yang sebelah lagi...



Kesimpulan Formula Untuk Lengan









solosaiiii buat pola...ok dah tak larat dah cik sue ni ekekekeke...korang blajo dulu yer nanti cik sue buat n3 untuk gunting dan cara jahit plak.



43 comments:

fara said...

A,6,5-Adalah garisan jatuh bahu yang perlu menggunakan formula : ukuran keliling ketiak bahagi 2 - 0.25
contoh pengiraan 19.5 bahagi 2-0.25=9.5
Maka garisan dari titik A,6 yang merentasi titik tengah garisan tadi ke titik 5 adalah sepanjang 10inci.

salam cik sue.. soalan ni..berdasarkan ayat yg sy copy tu, cccontoh pengiraan tu camne leh dapat =9.5 tu yw.. pastu mcmana garisan titik A,6 merentas titik 5 tu leh jadi 10 ye..

soalan ke 2, kat mane titij E ye pada pola lengan tu.. tq

Unknown said...

Wsalammm..
hehehehe minta maaf itu semua kesilapan cik sue menaip...ok akak da repair nota akak ni..mana yg tulisan merah tu..itulah yang akak repair mana yang tertinggal..sory lagik...sebagai nk ucap terima kasih kat fara..akak bagi tambahan nota lengan kat bawah tu yer..tq fara...

Queen Fezz said...

salam. . hai cik sue. . kta dh try ukur baju kurung moden kat blog ni. . dah potong pun. . ada lar 5 jam baru siap. . hehehheh. . very useful!! dok tgh bersemangat nk jahit baju tp kta xfaham lar tang lengan tu. . pening memikir rupabentuk dia. . . kta nak tau pola lengan camner rupa dia sbb kta "0" dlm jahitan ni. . haisshhh tang lengan lak tersangkut!! plz help me. . o_O mekacih. .

Queen Fezz said...

ok dah fhm. . aduhhh pening memikir mlm td.. patot lar tak fham. . kta tgk yg kesimpulan. . o_O

Unknown said...

alhamdulillah..hehehee...

Anonymous said...

Assalam cik sue, kat bahagian tgn ni sy tak faham la, klu tgok kat bhgian kesimpulan formula utk lengan E-D kena masuk berapa inci ye, begitu juga dgn D-B, C-F, dan F-Z.. tulung3...

Unknown said...

wsalam..untuk garisan itu awak kene pandai2 agak..buat2 ukur..garisan tu mesti nk sama dgn fmula awk guna jawapannyer..ukur dgn tali inci secara menegak..atau macam kita belajar kat sek dulu..pakai tali eheheh sebenornyer tak tahu nk xplain kat awak ni ahhh...lau tak sama jawapan fmula dgn hasil ukuran..padamkan buat lagi asalkan garisan itu melalui titik tgh B serta D dan ttk tengah C serta titik F...buat la melengkung cemana tinggi dan cemana rendah awak nak asalkan ukuran tu sama ngn jawapan fmula awak guna dan melalui ttk yg cik sue bagitau tadikk---isss sshnyer nk bagi tau ni huuuuu

Anonymous said...

Salam cik sue ku sayang....

Nak tanya nie....

1) kat pola belakang (badan). Ini yg sy faham...C3 tu "turun bahu" yg membentuk garisan H3.
Kalau utk pola depan bagaimana pulak sukatan nye: sama jugak turun 1" mcm pola depan? atau turun 0.5"?

Sy belajar "turun bahu" utk pola depan dan belakang berbeza ukuran. Contoh depan 3", blkng 4" turun.

2) pola lengan.
first of all... sy ucapkan terima kasih banyak2 kpd cik sue yg bermurah hati menerangkan mengenai lukis pola utk lengan. soalan2 dan jwpn ciksue kat komen2 tu jugak banyak menolong sy faham utk lukis lengan. Thank you so much cik sue!
*happy n excited dah ni nak start lukis pola utk sendiri..:-)

Ni part nak tanya:
A6 = A8 = 1.5".
Apa fungsi 1.5" tu?

Saya tak pernah lukis/buat mcm tu 1.5" utk pola lengan saya. Sy ukur/lukis je straight dari A melengkung ke 5. Ini yg cikgu sy ajar.

Harap cik sue tak marah sy bnyk soklan... Sajer je nak pastikan awat berbeza cara lukis.

p/s sy baru je belajar 2 bulan lepas..dah "ketagih" nak jahit baju. Dlm kelas, berani lah potong/jahit coz cikgu ada. Luar kelas, sy tak confident sangat.

Rina.

Unknown said...

wsalam ...

hehehehe tak pe lagik banyak soklan bermakna lagik menunjukkan awak betul2 berminat dan cik sue suke ngn org yang seriusss minatnya jahit hehehehe...jgn tak tahu tapi segan nak bertanya..ahhh payoh tuu..

ok jawapan ntuk soklan
1.untuk pola yg ni cik sue khususkan utk para pembaca yg bermula dari zero..maksudnya utk org yg mang tak tahu buat pola langsung..jadi cik sue guna pakai fmula ni pasal dl cik sue nk pahamkan dr sdrik pun guna cara ni...lepas ni boleh pergi ke post utk pola kurung moden ok...
jawapan utk no satu ni sebenarnya kalau awak da pernah belajar dan pandai bermain ngn pola ia tak semestinya guna pakai fmula cik sue bagi ni..ikut keselesaan awak..kalau awak dah jumpa satu2 fmula yg menghasilkan hasil jahitan yg kemas dan selesa d pakai..elok laa guna fmula itu sahaja..yg lain toksah pikir ahahaha...

fmula cik sue bagi ni nnti akan mengajar kita supaya pandai main adjust2 pgjanjang keruk tu nnti nak bagi sama..tapi lau dah pandai abaikan sahaja..


2.sama jugak..sebenarnya akak pakai fmula ni utk memula faham aje..lau awak dah boleh agak..awak boleh je tak payah pakai 1.5" tersebut...kadang pembaca dia mang tak tahu nk agak langsung..mcm cik sue bagitau tadi...dorang bermula dgn zero..cik sue pun buat nota nk suh dorang faham macam mn cik sue dulu2 kala lau baca tak reti nk agak..lau main fmula bule buat ahahha...

Teruskan belajar buat pola...kalau awak da mengusai pola kurung moden/blause....insyaallahhhh pesen apa pun yg datang awak boleh buat..yg ptg kuasaiiii cara buat pola...kalau tahu jait je pun tak de guna jugakk lau pola tak tahu nk buat..mesti tau mesti pandai buat pola..cayok2...

izryn said...

maaf...nk tnya, ape maksud ukur bidang dada depan dan belakang...iaitu ukurn diambil dari mana ke mana yer...maaflah, sya budak baru belajar....

Unknown said...

izryn...bidang dada tu bahagian atas dada..yang lapang tu ehehehe..ok copy link ni pastu serch ok...kat sana awak paham apa tu bidang dada..

Unknown said...

sory izyn..tertinggal link ahahaha ok nah link tersebut..

http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/04/panduan-mengambil-ukuran.html

izryn said...

hehe...tima kasih ea...ukuran ni bole tak guna untuk princess cutting...

Unknown said...

boleh...amek kat dat tu...ttik 6 tu lencongkan ke ttik 8 ok

sury said...

cik wann folo sini..na kbelajar jahit pulak..

Unknown said...

cik wann..sila2 :-D

siti kamariah said...

Terima kasih CS punye ilmu....saya dah buat utk cust ngan kain peplum sekali,itu pon CS pnye pola.....nak tggu apa feedback dr cust saya.

Unknown said...

sama2..siti kamariah..mudahan feedback yag bagus nnti...semoga lagik panjg rezeki kamu ehehehe..

Yaati Nor said...

CS, A5 bahagi 2 ke?A7 bahagi 3 ke?

Yaati Nor said...

CS, A5 bahagi 2 ke?A7 bahagi 3 ke?

Yaati Nor said...

oh maaf cik sue..dah baca semula dengan detail..betul la yg A7 bahagi 3..pola badan dah siap nak siapkan pola lengan..hujung minggu ni blh la potong kain..heheh tq cik sue..love u..

Anonymous said...

nak tanya ni.. cara potong mcna yer? bagi lebih setengah inci jgk ke?

Unknown said...

cara potong sama jek....pakai basi 0.75 pun ok..selamat sikit ehehehe kat keruk lgn je pakai 0.5

Anonymous said...

bahagian lengan tu dh ada basi jahitan ke belum

Donutgurl said...

Salam cik su! tetengah malam yang mulia ni, tetiba nak blaja pulak kurung moden. Semangat tengok cik su nyer blog ni..Besst!!!

Memandangkan budak baru blaja, nak tanye..Tadi tengok kat n3 pola kurung moden, tang lengan, cik su bagi contoh pola depan G1,N,O musti dapat 10.25".

Tapi untuk n3 pola lengan (belakang) ni memang takpe eh tak sama dengan pola badan tadi? sebab contoh pola lengan ni cik su bagi contoh A,6,5 musti dapat 10". Kenape kene centu eh? Sorry la cik su..cam pening plak pk kan.huhu..

Unknown said...

aaa keruk lgn pada badan dpan dgn keruk lgn pada lgn baju ada beza 0.25"...yg pada lgn lebih dari yg baju :-D...beza itu akn jadi sama bila kita cantum..dia guba kat area2 selekoh :-D

YANG said...

salm, nk tanye lau bju budk ukuran wat lengn bju AC tu brape yek

Unknown said...

wsalam..kalau budak ssh sket..cs sdrik pun lom mahir dgn ukrn budak ni..semua main anggr aje..oleh itu awak kn dapatkan model yg real :-D..ukur pada kank2 depan mt awak...:-D

Anonymous said...

Assalamualaikum cik sue. Pertama kali, terima kasih atas sgle ilmu. Byk dah sy belajar kt sini :)

Saya nk tnye pasal cara memotung. Ukuran2 cik sue ni dah termasuk lebih utk jahit tepi dan jahit atau kite kena tmbah sendiri?

Time kasih :-) :-)

Unknown said...

wsalam...pola cik sue ajo ni xde basi jahitan yer..yg ada basi keselesaan sahaja...cer tengok cara cik sue tnjuk cs potong kain ...tgk cara letak pola..cs ada buat basi kan?...pola cik sue xde basi jhtan yer..ehehehe

raihanah said...

Cik Sue,terima kasih,boleh paham sikit-sikit,kalau tak paham,nanti nak tanya lagi,cantiklah blaus yg cik sue jahit tu!

Unknown said...

ASSALAM CIK SUE.. DAH LAMA CARI BLOG YANG MACAM NI... TERIMA KASIH BEBANYAK... BLOG NI BANYAK MEMBANTU SAYA MENJAHIT BAJU ANAK2... SEKALI LAGI TERIMA KASIH CIK SUE..

Lin said...

Aaahhh..pening pening..huhu

Anonymous said...

As'salam CS.

berpuluh kali saya renung, dan saya tenung, dah sampai hafal dah ayat camne nak buat polar lengan tu, tapi sampai sudah tak paham.

saya cukup fail bab buat keruk lengan tu, memang tak reti, dari belajo menjahit dulu.

time blajo, saya mengelat.
mintak kawan tolong lukiskan polar lengan.

tapi tulah, bila dah mengelat, nak buat sendiri sampai sudah tak reti.
T________T

nak mengadu je sebenarnya.

baju-baju saya buat semua berhenti kat lengan je.

jadi la blouse tak berlengan.
blouse tak siap T_T *nanges*

camne nak dapatkan konfiden buat polar lengan ni CS?

Najihah Solehah said...

salam ciksu.. untuk pola lengan tu kan..EC dan CZ bape inci eh?

saye pening duk pikiq dr td..hihih...

harap dpt reply asap..hhih

thanks ciksu

Johana said...

Assalam CikSue..nk tnya pasal pola tgn tuh. Nape A65 & A87 beza ye? ada depan ngan belakang lengan ker?
1 lg, B4 tuh dicungek ke dlm sket banding ngan BE ya? ke sama je panjang B4 & BE.tq

Anonymous said...

assalamualaikum cik sue..
tq atas pola-pola yg ada kt blog ni. nk try buat sendiri.x larat dh nk mgupah.lau mjadi alhamdulillah dpt le bjimat ckit.lau x,upah le jwbnye...apa2pon tq byk2...

Inspirasi Hatiku said...

cik su, sy nak tnya..pola lengan blous ni blh digunakan juga untuk kurung moden kan

Unknown said...

wsalam..

Najihah sory akk baru reply...akk bz main cilok2 je buat posting..jawab soklan tggu ada kelapangan..eheheh..

ok awak buat dulu garisan melntang pangjng mana apun...lepas tu amek tgh2 buat CA..awak amek tali inci..letak tali inci yg mula no 1 tu dekat A...awak pandai2 lah letak selebih tali inci tadi secara tegang ke garisan melintang tadi...acu kan pada gariasan tu sampai dapat nilai llt ketiak awak bahagi dua..cth lah kene kat E..tndakan E...buat lah yg lain tu jugak...adei lahh makcik pun mcm tak paham dgn penerangan makcik ni akakakaka


johana..
aaa lgn ni saya buat belakang dan depan tak sama..depan kita ada dada..belakang kita ada bongkok tulang belakang..ini memberi kesan kepada ketidak selesaan keruk lengan kita tu nanti...biasa pola lgn macam ni sesuai utk kebnayakan blouse dan baju fensyen...
B$ tu tak yh buat tak pe..luruskan aje..samakan aje..nnti dah last nnti dia mcm terconget lebih kat situ..jadi awak trim kedian pun ok..

ispirasi..aaa utk semua baju pesen2...:-D


ok cik anom pla..

ramai org ada masalah tang nak buat keruk lgn ni...nak dgn tak nak cuba lah sekali duk diam2 hadap buat pola lgn tanpa gguan..cuba faham btl2..sebenarnya tak susah..nampak ssh je tu yg buat kite tak de mood...cuba buat buat mcm mn pun..tekad..pasti awak sdrik pun boleh buat pomule sdrik..saya dl mcm tu..akernya saya pandai huwawawa..

yg lain2..sama2 xde hal cs kongsi apa yg cs tahu dan alamalkan..ok lepas ni cs buat lgn satu belah je...yg ni agak senang sikit lah tapi nk kene tahu buat garisan dada..wajib..okeh..so tggu cs buat post pola lgn yg sebelah aje..

Unknown said...

Salam cs...nk tnya knape garis pola lengan blkg A87 lebih pendik dpd A65 tp di pola baju garisan lgn blkg 3I9 lebih panjang dpd garis pola depan 38J...mohon pencerahan.. Tksh

marissaislam said...
This comment has been removed by the author.
putbest said...

Cik sue nak tanye kenapa bahagian lengan tu kena naik 0.5 inchi?
Lagi satu soalan kalau nak buat lengan muat2 je cam mana nak bagi ukuran yang selesa ye.

Unknown said...

As salam . Cik sue . Mcm mana erk . Kan kat atas polar tu kita lukis kan . Kita lukis brdasarkan pmbaris inci ke ? Saya x tahu kak , ni first tym nak tahu menjahit .