Hanya seciputt ilmu nak berkongsi..bukan proo dan bukan otai..bukan pula nak berlagak pandai..hanya sedikit perkongsian yang boleh manfaatkan bersama..

Jom Tengok!!

Monday, April 18, 2011

Buat Kemasan Leher Mata Lalat

Assalamualaikumm...salam sayang semua...N3 kali ni cik sue nak tunjuk cara buat tikam leher mata lalat.Korang boleh buat di leher baju kurung teluk belanga yer.Sedikit tips cik sue nak bagi untuk pemilihan warna benang.Warna benang yang sesuai dan sepadan memainkan peranan penting kalau nak tau.Pemilihan warna yang betul akan menyerlahkan kecantikan tikam leher yang kita buat tu.Cik sue biasenya akan memilih warna benang yang sama atau dekat-dekat nak sama dengan warna corak atau warna bunga yang ada pada kain tersebut bukan warna tanah kain.Tapi kalau kain tu plain..kene lah ikut warna tanah kain tu jugak kan ahahaha.ok lah tak mau buang masa jom ikut langkah demi langkah.Selamat mencuba..


Masukan benang 4 atau 6 atau 2 lembar ke dalm jarum.Cik sue biasa pakai 4 lembar je,simpul mati di hujung benang.Tusuk jarum seperti gambar.Bahagian dalam baju adalah menghala ke arah anda yer.



Pegang jarum dengan kuat menggunakan jari kiri.Ibu jari dan jari hantu kanan memegang benang sambil jari telunjuk memaut benang dengan tegang.



Tarik benang perlahan-lahan hingga ke pangkal jarum dan pegang simpulan denagn jari kiri anda.



Tarik dan mantapkan simpulan di pangkal jarum.Buat lilitan dua atau empat kali dengan cara yang sama seperti pada langkah ke2 hingga ke langkah gambar di atas ni.Pegang pangkal jarum dengan kuat setelah kesemua simpulan yang anda buat itu siap di gelungkan pada jarum.Pegang simpulan semasa menarik jarum dan benang keluar dari kain sehingga benang ditarik keluar sempurna.



Lakukan sekali lagi dengan menyusup jarum di seblah simpulan mata lalat pertama.Jarak di antara jahitan simpulan harus berdekatan tak mahu jauh-jauh..tak lawo.


See...ha ni gambar dari luar baju.Blurrr sikit gambo erkk tak apelah korang buat dulu nanti dapat lah hasilnyer tuh.
Kalau nak menukar benang yang dah habis susup jarum di sebalah simpulan mata lalat dan terus ke dalam basi jahitan tgk gambo atas k.


Nak sambung buat jahitan mata lalat susup jarum ke dalam simpulan mata lalat yang terakhir tadi dan teruskan menjahit.Korang juga boleh buat kemasan leher "jahitan karipap".Langkah adalah sama,cuma untuk simpulan karipap di buat 7 simpulan manakala mata lalat 4 sahaja atau kurang.Wahhhhhhh..berat ciksue nyer blog ngeh..ngeh..ngehh demi korang.Samat mencuba...


4 comments:

Nora said...

Salam cs...sy ni baru belajar...boleh tunjuk macam mana nak buat lubang butang/rumah butang...

Saya buat xcantik, ader tip tak?

Cik Sue said...

wsalm...ehehe cs dah pun buat tuto tu..cari yer :-D...selain sabar ...benang tu awak gentel dl kt ats riba ....nnti dia tk cepat kusut :-D

adah said...

salam CS boleh tolong tunjuk macamana nak sambung leher cekak musang untuk baju melayu?

Cik Sue said...

adah..awak pergi nota jahitan..dwload nota pdf tajuk " panduan mmbuat baju melayu cekak musang"...aa d sana ok :-D..good luck