Thursday, September 29, 2011

Pola Kurung Menyusu

Assalamualaikumm...

Banyak betul dugaan nak siapkan tutorial kali ni hehehehe...lambat ehh?..sory...cik sue tengah di landa musibah ehehehhe..ok laa da tak mau buang masa.. yop kita mula..
ok laaa cik sue cuma bagi pola dan cara nak cantum yang bahagian dalam baju ( alas baju ) dan cara belah leher baju sahaja yer..yang lain tu cik sue tahu korang da tahu buat baju kurung kan? so sama aje laaa..


Tebuk Leher Baju


01,02 = 0.5 cm
03 = pangjang leher baju ( ukur pangjang sampai pusat anda k )

cara jahit adalah sama seperti leher teluk belanga..jahit seperti biasa dan jahit tindih..tak lawo la nak tikam leher ehehehhee.


Pola Alas Baju 



AB = Labuh yang anda kehendaki ( biasa cik sue buat bawah perut sikit je )
AC = 3/4 lebar bahu 
CD = 2.5 ke 3 inci 
AE = labuh kan 2 ke 3 inci dari titik 0 kat rajah pertama tu..
DB  sama ukuran AC


Cara Cantum 



Cik sue rasa,korang faham tengok rajah yang ni kan?...ni laa cara nak cantum bahagian dalam baju tadi dengan baju kurung kita buat tadi...
bahagian bahu jahit betul-betul di garisan bahu atau di tengah-tengah jahitan spam bahu...bahagian bawah pula  sambungkan getah selebar 0.25 inci sepangjang 2.5" lebih kurang...jahit di bucu D ( rujuk rajah no2 ) dan hujung lagi satu jahit pada basi baju kurung ...




ok laa itu sahaja lah semoga korang faham...kalau nak tengok yang dah siap sebagai rujukan sila laa klik kat link bawah yer...tatattata

http://kedaijahitku-jahit.blogspot.com/2011/09/baju-kurung-menyusu.html


Tuesday, September 27, 2011

Simple Skirt

Assalamualaikum..
Sebelum tu nak minta maaf sebab lambat update blog eheehhehe ( ada org kesah ker??...kikikikikiki)..ok laaa sebenarnya ntah nape laaa sibuk bebenor cik sue belakangan ni...minggu lepas jumaat malam anak sulung cik sue patah tangan...akibat nak jadi tarzen..panjat kusi dan jatuh terjelempuk..patah tangannya..huuuuu melepak cik sue kat hospital dari kul 9mlm gitu sampai kul 3pagi baru sampai omah...aduhaiiiii da laaa sabtu nak buat open house...nak di batalkan...da jemput2 org hermmm terpaksa redah aje laaa...sebelah malamnyer pulak nak g sekolah pulak,anak perempuan cik sue plak ada tarian kat sekolah sempena satu malaysia...aduuuuu hai lagi...mang sibuk sangat...
ok laaa nanti cik su buat kan n3 ntok cerita kejadian yang menimpa anak cik sue tu yeeerr...untuk kali ni cik sue nak tunaikan permintaan dari "kak zaa" yang nak buat skirt kain lyra...untuk kak zaa,cik sue minta maaf yer sebab terpaksa ceduk dari blog lain...nanti dah ada masa cik sue buat dari nota cik sue yer...ok kak zaa boleh tengok kat blog ni..klik kat link yang cik sue kasi ni tauu...

http://showtellshare.blogspot.com/2011/07/simple-brown-skirt.html



ok tatatattata...



Friday, September 23, 2011

Baju Kurung Menyusu

Assalamualaikum...

Korang sihat?..Alhamdulillah...dah seminggu juga cik sue tak update blog...bz sangat sebenarnya...baru-baru ni,omak cik sue datang dari kg (trg).Kami asyik menyembangggg aje sampai banyak kerja terbengkalai ahahahahaha...esok plak cik sue ada buat makan-makan sikit kat umah cik sue tu yang tersangat lah sibuknyer..yer laaa nak mengemas,nak itu nak ini..uishhhh mang banyak kerja laaa..tapi sempat pulak ber fessbuk huuuu...
ok lahh kali just layan gambo baju kurung menyusu yang cik sue snap....bukan apa,cik sue skang dah masuk kelab ahahhahaha ( kelab jait kat fesbukk youlssss!! )...ada orang bertanyakan pasal kurung menyusu ni..kebetulan tengah ada sepasang baru siap...ada pulak kamera kat omah ehehehehehe..so korang layan laaa..tutorial..karang2 la yer...bz ehehehehehe ..ok tatatata






sebelah dalam baju






Sunday, September 18, 2011

Pola Kain Lipat Belah Dalam

Assalamualaikum

Kali ni nak share buat kain lipat depan terbelah kat bahagian dalam lipatan depan kain plak.Sebenarnya dah lama sangat tak buat kain jenis patern ni...Nak buat nota ni terpaksa lah cik sue belek buku tengok semula formula yang di gunakan dan cuba praktis melakar pola kat kertas surat khabar lama yang d cantum eheheheh...kebetulan ada kain lebihan baju..maka dapatlah satu kain jenis ni dekat anak ponpuan saya.Tapi lupa plak nak snap langkah demi langkah..( pasal kamera xde kat umah ehehehehe )..ok la jom kita mula...

Melukis Pola
 Pola Belakang

AB Ukuran labuh kain
 AC Labuh punggung 9'
CD ukuran keliling punggung bahagi 4+0.5
buat garisan menegak ke atas DE dan ke bawah DF
AG ukuran keliling pinggang bahagi 4+1'(dat)
FH masukkan ke dalam 1'atau 2' 

 Pola Hadapan ( Sebelah Kanan )
 AB ukuran labuh kain
AC labuh punggung 9"
CD dan CD' ukuran keliling punggung bahagi 4+0.5
 buat garisan menegak ke atas DE dan ke bawah DF,begitu juga D'F'
AG ukuran keliling pinggang bahagi 4+1(dat) begitu juga ukuran AG'
 FH masukkan 1' atau 2' ( mesti sama ukuran dengan pola belakang yer )
DI =3' ke 5'
BJ= 3/4 ukuran HB,lakarkan garis IJ


 Pola Hadapan (Sebelah Kiri)
 AB ukuran labuh kain
 AC labuh punggung 9'
CD keliling punggung bahagi 4+0.5
buat garisan menengak ke atas DE dan ke bawah DF
AG keliling pinggang bahagi 4+1(dat)
FH masukkan 1' atau 2' ( mesti sama dengan dua lagi pola tu yer )
AA',CC',BB' =2' ke 3'
B'I =5CM ke 7CM ( cm yer bukan inci ) bentukkan HI



 Gambar tiga keping kain yang akan terhasil apabila siap di gunting



Lukisan ini sahajalah yang dapat cik sue berikan bayangan pada korang.Macam ni leee lebih kurang patern kain yang terhasil nanti..harap-harap korang faham dan boleh buatnyer....


## lupe laaa ( adeeeee aje yg lupe huuuu ) kat rajah-rajah yang cik sue buat tu tak de nampak kat mane nk lukis dat kan?...sebelum2 ni cik sue dah ajar tempat dat kat kain kat mana kan?..so korang guna lah jugak kat kain ni yerr...tengah2 antara garisan AG dan AG' yer pangjang ke bawah 4'...sory terlupe ehehehehehe...

ok tatatatata jangan lupe klik iklan cik sue sampai lobam hakhakhakhakhak...



Saturday, September 17, 2011

Ahli Baru

Assalamualaikum....

Apa??...cik sue tambah ahli kuage baru ker?..biar betikk...eheheehehe..dok ehhhh..mane ade,adam kecik lagi hihihihihihihi...ni haaaa blog lain ada shoutmix cik sue pun nak jugak hakhakhakhak...sebelum ni bz tak de masa nak ngodeh sane sini..semalam gatai pulak dah tangan ni ( padahal kerja tengah banyak ahahaha )..maka "Ter" buat la shoutbox tu..korang nak chat bule laa lepas ni yerrr....korang tau ke mana nak cari?...ehehehehe yang ni dia main sembunyi sikit...ok tatattatatata..











Friday, September 16, 2011

Hari Malaysia

Assalamualaikummm..


Salam satu Malaysia....

Sayang sangat kat Malaysia...rasa bersyukur di lahirkan sebagai warga Malaysia..akan ku tanamkan "Rasa Bersyukur" di jiwa raga anak-anak ku....aminn..

Thursday, September 15, 2011

Member Baru..

Assalamualaikumm...

Semalam sempat pulak cik sue blogwalking..da lama tak jejalan cari tutorial yang berkenan di hati ehehehehe...sambil meng upload kan gambar-gambar yang nak buat tutorial kat blog ni ehhh sempat pulak cik sue terjumpa satu blog yang penuhhhhhh dengan tutorial jahitan...tapi omputeh punyer....cantik-cantik sungguh skirt budak-budak yang duk ada kat blog tu dengan tak buang masa cik sue terus je jadi follower blog berkenaan ehehehe..





kebetulan cik sue tengah sibuk dengan tempahan ni,so kali ni cik sue pun nak ajak korang pergi jalan kat blog tu jugak laaa...jomm klik link bawah!!!

Wednesday, September 14, 2011

Aktiviti Harian Opah

Assalamualaikum...

Opah dah balik sebenarnya dari rumahnya kat perok sane...ehehehehe ingatkan da tak balik johor...hermm kalau duk sane,tak de sape nak jaga dia kata menantunyer ( jiran cek sue ) yer laaa kalau duk sorang-sorang,sakit pening karang sapa laa nak jaga yerkk...hati seorang yang da tua camtu laaa..kalau boleh dia tak nak anak menantu susah kerana jaga dia..anak menantu pulak tak mahu orang tua tidak terbela yer takkk...dah menjadi tanggungjawab kita sebagai anak..hermmm omak cik sue ni karang mauu ke dia duduk ngan cik sue ni karang bila masa dah tiba nanti uhuuuuuuu...bak kata orang tua-tua..emak bapak kalau anak sepuluh boleh di bela dan di jaga sampai semua berjaya..tapi belum tentu yang sepuluh tu boleh jaga ibu atau bapa yang seorang tu..huuuuu
Ok lah just layan beberapa gambo yang cik sue snap tadi ehehehehhee..bile opah dah ada maka giat laa aktiviti opah menanam pokok lada dan tanaman lain kat tanah yang sekangkang kere tu...so layannnn...



 Kat belakang umah..penuhhh dengan pokok lada...gambar d ambil dari dalam pago cik sue hehehehe kire mengendap la ni kikikikikikik

Yang ni plak kat depan umah ( laman ) huhhh mang opah rajin kan?..kalau cik sue tanam tu boleh jee tapi idup ke tak pokok tu semua?..ehehehehehe satu pun tak hidup ekekeke melainkan cik sue pergi tanam dekat kedai jual pokok2..kompom hidup ekekekeke balik tinggal rutin siram jekkk...

belakang umah cik sue hihihihi yang subur....
Ni laa pokok yang cik sue tak tanam tapi subuuurrr je mangjang...tiap2 bulan bayo orang potong ekekekeke ekkkk suburnyer jugak pokok herba ni ( bukan pokok pisangg daaa )

Seluar Pinggang Getah Kanak-Kanank

Assalamualaikum...
Kali ni kite buat seluar pangjang budak-budak plak yer...buat seluar melayu boleh nak buat seluar tido pun boleh...sama aje budak lelaki dengan perempuan pun...kali ni cik sue nak ikut ukuran yang di ambil pada seluar contoh...Cik sue tahu,yang rajin godeh nota kat blog cik sue ni kebanyakkan nya adalah yang baru nak masuk atau baru nak berjinak-jinak dalam dunia jait menjait ni kan...jadi cik sue bagi yang simple-simple kasik korang semagat tu naik ehehehehehe....

Cara Mengambil Ukuran

ukuran cawat seluar
ukuran cawat untuk tutorial ni saya ambil separuh ye..terpulang pada anda nak ambil ukuran penuh atau separuh macam cik sue ni.

ukuran lebar peha



pangjang seluar


lebar/luas kaki seluar

Melukis Pola

tanda * adalah tanda kene lipat
AB pangjang seluar tolak dengan lebar getah
AC ukuran cawat seluar ( bahagi 2 kalau anda mengambil ukuran cawat penuh )
CD ukuran lebar peha
DE 1.5'
EF naikkan 1.5' dan buat garis menegak EG yang selari dengan AC
-Bentukkan lekuk FD

BH lebar luas kaki seluar,garis garisan lurus HD
-Sila ambil perhatian yer..di atas garisan AG cik sue ada buat garisan putus2 kan?..itu adalah garisan basi untuk jahit getah seluar nanti..korang buat la ukuran lebar getah + 0.75' 



CARA NAK CANTUM

Apabila da selesai menggunting..akan terhasil dua keping keratan kain seperti kat atas ni ( dapat ke idok korang imaging yerk?..ehehehe) korang pergi jahit tepi dulu k.
-Cantukan AB dan A'B' ,DC dan D'C' ( jahit dari A ke B yer ,sampai dekat B tu jangan jahit sampai habis..tinggal kan 0.5 inci begitu jugak yang lagi sebelah )
-Cantumkan pakai peniti BC dan EE',B'C' dan FF'...dah yakin dengan apa yang kita nak buat tu boleh la mula menjahit  dari BC dan EE',B'C' dan FF'....jahit ulang untuk bahagian bawah cawat seluar tu ..maklum laaa budak-budak lasak sikit dari kite orang dewasa ni..karang tak de la cepat terngangaa ehehehe...

ok la itu sahaja dan semoga berjaya...

Tuesday, September 13, 2011

Mengukur dan Buat Leher Baju Kurung

Assalamualaikum...
N3 kali ni pun ntok memenuhi permintaan pengunjung yang paling rajin duk menjelajah kat blog ni..iaitu cikk/puan peace..ok cik peace hari tu ada masalah buat leher baju anak yang tak muat kan?..Sebenarnya kalau nak tebuk leher tu tak leh laa main redah aje..semuanya bermain dengan ukuran dan formula...ok kite layan tutorial kali ni yer..pada sesapa da tahu tu baguss!!...


Cara Mengukur

yang penting tuan badan selesa dgn ukuran tu

dari belakang
Melukis Pola



tanda * tu,tanda kene lipat


AB= 0.5" -0.75"
AC,BD = 1/6 ukuran leher
CE = 1/4 ukuran leher
EF = AC dan BD

Bentukkan ,boleh rujuk gambar atas...yang ni boleh main agak-agak bulat dia tu..gambar kat bawah tu pulak apabila dah siap lukis dan di buka lipatan bulan yang telah siap di gunting...
Apabila dah di gunakan,simpan untuk di gunakan pada lain waktu..cik sue cadangkan korang pakai kad manilakad supaya tak cepat terlipat atau renyukk..tandakan sekali bulan tu untuk baju umo berapa tahun..lain kali tak yah laaa buat lagi..kan2..jimat masa ehehehehe...

Monday, September 12, 2011

Nak Makan Apa Yerkk!!

Assalamualaikummm...

hari ni pose dah masuk yang ke empat (pose ganti hikhikhik),tinggal 6 hari lagik..kena ganti awai2 sebelum terlambat..mana tau esok2 dah padamm..hihihihii..tapi yang tesen ni nak masak ape laaa hari ni...kalau perut ku seorang bley laaa berbuka ngan nasi putih dan ikan goreng panas-panas(pebret tu hihihihi) ni cik suami sebok nak join jugak..kene laaa masak spesel skit kan...ermmmm nak masak apee laaa nih...





Panduan Menjahit Pakaian Lelaki

Assalamualaikum...salam sayang korang semua..pada hari ni cik sue nak memperkenalkan satu buku menjahit pakain lelaki.Selama ni kite duk buat baju wanita je kan?..ehehehehe..ok lahhh cik sue ni tak berapa nak pandai buat pakaian lelaki..cik sue buat dulu pun kenkadang je...tak selalu macam baju perempuan ehehehe...yang selalu duk buat pun baju melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak je..
ok lah meh cik sue cerita sikit isi yang ada kat dalam buku ni...Pada pendapat cik sue buku ni sangat bagus untuk yang memula nak belajo buat seluar lelaki dan kemeja ...kiraan dan format nyer sangat jelas..cik sue faham jee wellpun sebelum ni tak pernah buat pun..sekali buat terus menjadi..Alhamdulillah..ini bermakna buku ni bagus kan?...korang boleh dapatkan kat kedai buku-buku dan juga boleh di beli secara online.Seluar dan kemeja yang ada kat dalam buku ni ada banyak jenis..dari seluar untuk yang si kurus sampai yang gemuk..semua ada duk ajo..begitu jugak dengan kemeja...harga buku ni RM21.00 je..pada cik sue berbaloi laah kan dengan harga tu...
Nanti suatu hari,insyaallah cik sue buatkan nota untuk seluar dan kemeja berpandukan dengan apa yang cik sue praktis kot buku ni kat blog yer...tapi makan masa la sikit pasal sekarang pun ada n3 post tengah beratur nak kuar hehehehehe...ikut turn...lagik pulak tengah nak beraya kekekekekekeke( tu yg sebetulnyer tu hikhikhik)





kepada sesiapa yang masih mencari buku panduan untuk membuat pakaian lelaki cik sue suggest kan buku ni..boleh check kat link bawah ni jugak selain cari kat kedai hehehehe..

http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=171





Friday, September 9, 2011

Poket Baju Melayu

Assalamualaikum..
Semalam da ajo buat kurung moden..hari ni nak penuhi permintaan kawan dekat fesbukkk..hari tu kawan cik sue kat fesbuk menghadapi masalah nak buat kocek baju melayu..kebetulan tengah bizi ngan jait baju..tak sempat le nak buat tutorial tu..jadi cik sue buat la kali ni semoga faham hihihihi..

ok laa kadang kadang kain baju melayu ada yang jenis kain licin yer tak..susah laa sangat nak jahit atau tampal poket baju tu dengan kemas dan cantik..sepertimana yang kita nak.Kepada yang masih tidak mengetahui teknik ni boleh la buat rujukan..dan kepada yang dah tahu tu Alhamdulillah..


1.Langkah pertama..korang nak kene sediakan kadbord/kad manilakad...cik sue rasa kertas ni la yg sesuai..ada orang guna kotak..terpulang lah ye..janji kertas yang sejenis dengan kadboard...dan juga GAM..gam biasa2  kertas yang biasa kita guna kat sekolah tu..

2.Korang terlebih dahulu bentukkan kadboard tadi mengikut saiz ukuran kocek yang di kehendaki..tengok gambar yerr..



3.Lepas tu korang gamkan bahagian tepi kertas tadi dan ion dengan saterika..suhu yang agak panas la jugak tapi jangan la sampai panas sangat.karang habis kain korang terbako hangus plak..agak2 ok.


4.Tadaaaa!!!..da siap pun...lepas tu boleh la tampal pada kain bahagian badan..letak di mana poket tu nak di tampalkan yer..jahit pelahan2 tepinya.sebelum tu korang boleh penitikan terlebih dahulu yer..

5.Apabila dah siap jahit...korang boleh la koyakkan dengan mencarikkan sedikit demi sedikit kertas tu tadi yang kat dalam poket..buat biar cermat supaya nampak kemas.

Teknik ni sesuai untuk kain yang jenis licin dan satin...kalau kain biasa tu tak payah laa..just gosok macam gambar no2 tu aje tanpa meletakkan gam ok...lepas tu tak payah la jahit bersama-sama dengan kertas tu...kertas tu gunakan untuk membentukkan bentuk poket sahaja...

ok laa harap korang dan kawan fesbuk cik sue tuuu faham dengan teknik ntok kali ni..ok tatatatata...

Thursday, September 8, 2011

Pola Kurung Moden

Assalamualaikumm...korang sihat?...harap semuanya sihat-sihat yer?..musim raya ni sah-sah korang sibuk dengan open hoause sana sini yerkk..jaga keselamatan anak-anak dan orang tersayang dalam duk bizy ber open hoause tu ehehehehe...
ok laa post n3 kali ni cik sue nak ajak buat pola kurung moden.Sebelum puasa hari tu,ada yang minta buat tutorial ni tapi maaf laa ketika itu cik sue sangat-sangat la sibuk dengan baju tempahan..aduhaiiiii sangat tak dapat buat.Ok tak mahu buang masa jom lah kita mula..

POLA BADAN BELAKANG
AB labuh baju di kehendaki
AC ukuran bahu ke pinggang atau ukuran standart 14'
AD 1/4 ukuran keliling dada atau ukuran standart 9'
DE naikkan 4'
CF ukuran dari pinggang ke punggung atau standart ukuran 8'
FB ukuran punggung ke labuh baju
*garis semua garisan melintang tadi

AG ukuran lebar bahu bahagi dua 
AH ukuran leher (boleh ikut ukuran leher baju kurung anda dgn meletakan pola leher di situ dan tandakan ) 
GG1 turun 1' dan buat garisan HG1
EI ukuran bidang dada depan bahagi 2 +0.5'
DJ ukuran keliling dada bahagi 4+0.5'
sambung garisan G1,I dan J...*pangjang garisan ni mestilah gunakan formula ni ~ukuran ketiak bahagi 2-0.5'
cnth ehhh : ukuran ketiak cik sue 19.5' bahagi 2-0.5'=9.25,maka garisan G1,I dan J mesti nak kene 9.25..kalau tak sama,korang kne adjust titik G1 sama ada naik sedikit atau turun sedikit...
semoga korang faham huuuuu...

CK ukurang keliling pinggang bahagi 4+1.5 ( 0.5 adalah keselesaan dan 1'untuk dat )
*sekiranya tidak suka buat dat ukurang keliling pggang +0.5 sahaja..dan garisan dada ke pinggang akan terhasil seperti garisan JK1 bukan JK..jgn panik!! ehehehe..
FLdan BM ukurang keliling punggung bahagi 4+0.5'
C1=3.5'@3'@2.5' ( bergantung kelebaran pinggang...gemuk..sederhana..kurus)
1,3=4.5' dan buat garis lurus hingga ke garisan DO
1,4 dan 1,5=0.5' sambung garisan2 3,4,2 dan 3,5,2

POLA HADAPAN BAJU
Guna pola yang sama cuma anda tukar pensil warna lain plak..kalau anda rajin,boleh la buat sekali lagi untuk pola hadapan baju secara berasingan..
semua ukuran adalah sama kecuali :-
-EN ukuran bidang dada depan bahagi 2
-DO ukuran keliling dada bahagi 4 +1
Formula untuk garisan G1,N dan O adalah : ukuran ketiak bahagi 2 +0.5'..cara adalah sama seperti pola belakang untuk menentukan pangjangnyer ok.
-2,6=turunkan 1.5'
* untuk garisan OK kalau anda tak suka buat dat akan terjadi garisan OK1

POLA LENGAN

cik sue cadangkan anda semua rujuk post n3 kat link bawah ni.Cara buat pola lengan adalah sama..


CARA MEMOTONG KAIN
Gambar kat bawah ni kecik la sikit..kalau menghadapi masalah rabun...ehehehe sah2 mang tak nampak ler..so sila klik pada bahagian gambar tersebut..karang dia jadik besauu dan nampak laa jelas..
Rasa cik sue tak perlu jelaskan apa-apa korang boleh faham dengan rajah bawah ni..

cara gunting pola badan belakang


cara potong untuk pola depan

kain yang telah di potong:bahagian belakang

* kain yang telah di potong ntok bahagian badan depan lupa nak snap daaaa...

ok laaa korang buat laa pelan-pelan..tak susah la sangat..nekad je ehehehehehe ok kalau tak faham mana-mana bahgian boleh bertanya kat bahagian komen yer..selamat mencuba..


Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualikum...
ehehehhehe da lama tak menulis kat blog ni..rasa cam janggal je pulak dah...memula nak ucap "Selamat Hari Raya " kepada semua yang singgah ke sini...minta maaf kalau ada tersalah bahasa...( ler da rupa dak kecik plak ehehehe )..
Sebulan berpose..cik sue tak terasa ape...orang sebok buat amal ibadat,cik sue sebok jait menjait...Ermmm mudahan amalan yang sedikit di bulan pose baru2 ni di terima NYA...tahun depan nak kene tukar schedule nampak gaya...maklum laaa ni la tahun pertama cik sue meng "online kan" aktiviti jait menjait kat alam maya ni..tak sangka pulak dapat sambutan daa cik sue jadi kelam dan kelabut...tapi Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..atas rezeki Mu ini. dan terima kasih jugak laaa kepada yang sudi upah jait ngan cik sue kot online ni...

Well pun dah nak masuk seminggu kite menyambut Aidilfitri tapi cik sue baru je nak mengemas umah dan menghias umah ehehehehe...segan plak orang datang umah yg da macam hutan ni.Dalam duk bersihkan kawasan umah...baru terperasan opah tak de ( jiran sebelah umah) laaa mana pergi opah ni..kalau tak pantang nampak cik sue kat luar...cepat je dia bertenggek kat tepi pago bersembang.masa bulan pose hari tu sekejap-sekejap je cik sue layan opah..sian laaa orang tua tu mesti dia sunyi tahap gaban tu...eeeee berdosanyer akuu huuuuuu...cik sue tak boley layan pasal sibuk nak jaittt aje.Rupa-rupanyer opah da balik perokkk...la haii mesti opah gembira sangat-sangat akhirnya dapat laa juga dia ziarah kubur aruah suami dia...Alhamdulillah...tapi cik sue rasa sedih plak...opah pernah kata ,kalau dia dapat balik perok sane dia tak mau datang johor lagi dah.dia nak mati kat sana tak mahu duk menumpang umah anaknyer lagii...dia kata lagi nanti dia akan rindu anak cik sue "Adam" dia rindu kat cik sue.....huuuuu...Ya Allah,kau berikan lah nikmat kesihatan kepada opah..semoga opah gembira di perok sane..

ok laaa cik sue pun tengah tak der idea nak sembang ape lagik...lepas ni insyaAllah cik sue sambung buat post untuk tutorial jahitan plak...skang pun tengah jahit lagi ni...rezeki lepas raya ehehehehe...ok tatatatata