Friday, September 9, 2011

Poket Baju Melayu

Assalamualaikum..
Semalam da ajo buat kurung moden..hari ni nak penuhi permintaan kawan dekat fesbukkk..hari tu kawan cik sue kat fesbuk menghadapi masalah nak buat kocek baju melayu..kebetulan tengah bizi ngan jait baju..tak sempat le nak buat tutorial tu..jadi cik sue buat la kali ni semoga faham hihihihi..

ok laa kadang kadang kain baju melayu ada yang jenis kain licin yer tak..susah laa sangat nak jahit atau tampal poket baju tu dengan kemas dan cantik..sepertimana yang kita nak.Kepada yang masih tidak mengetahui teknik ni boleh la buat rujukan..dan kepada yang dah tahu tu Alhamdulillah..


1.Langkah pertama..korang nak kene sediakan kadbord/kad manilakad...cik sue rasa kertas ni la yg sesuai..ada orang guna kotak..terpulang lah ye..janji kertas yang sejenis dengan kadboard...dan juga GAM..gam biasa2  kertas yang biasa kita guna kat sekolah tu..

2.Korang terlebih dahulu bentukkan kadboard tadi mengikut saiz ukuran kocek yang di kehendaki..tengok gambar yerr..



3.Lepas tu korang gamkan bahagian tepi kertas tadi dan ion dengan saterika..suhu yang agak panas la jugak tapi jangan la sampai panas sangat.karang habis kain korang terbako hangus plak..agak2 ok.


4.Tadaaaa!!!..da siap pun...lepas tu boleh la tampal pada kain bahagian badan..letak di mana poket tu nak di tampalkan yer..jahit pelahan2 tepinya.sebelum tu korang boleh penitikan terlebih dahulu yer..

5.Apabila dah siap jahit...korang boleh la koyakkan dengan mencarikkan sedikit demi sedikit kertas tu tadi yang kat dalam poket..buat biar cermat supaya nampak kemas.

Teknik ni sesuai untuk kain yang jenis licin dan satin...kalau kain biasa tu tak payah laa..just gosok macam gambar no2 tu aje tanpa meletakkan gam ok...lepas tu tak payah la jahit bersama-sama dengan kertas tu...kertas tu gunakan untuk membentukkan bentuk poket sahaja...

ok laa harap korang dan kawan fesbuk cik sue tuuu faham dengan teknik ntok kali ni..ok tatatatata...

1 comment:

sara vallera said...

aslm, terima kasih atas panduan yg diberikan. semoga diberkati olehNya.