Thursday, May 5, 2011

Kubu Kuat Cik Sue

Assalamualaikumm...salam sayang korang..korang sehat ker?...cik sue di landa demam selsema nih..xder mood nak jahit dan tak de mood nak buat nota...Tapi cik sue tak reti nak lending-lending rehatkan badan...hidung dah macam hidung badut dah ni...merah dan pedih.Tisu dah nak habis sekotak dah ni..laju ajerrr si hinggus terjun tanpa had...uhuhuhuh.bersin tok sah cakap ler...ni ok skit dari semalam..sampai poning otak cik sue uhuhuhuh..ok laaa apa2 pun stakat ni aje cik sue melalut...ni nak kongsi gambo kubu tempat cik sue bertapa hari-hari...apa tujuan erkk?..ntah!!! saje-saje jerk ahaks ahaks tak de motif pun korang k.




Wednesday, May 4, 2011

Keistimewaan Wanita

Assalamualaikumm..salam sayang ketat-ketat kat korang..dah puas bercuti?...ihiksss selamat menyabut hari pekerja ntuk diri sendiri ehehehehe.ok ler cik sue cuma nak berkongsi sedikit info dengan korang...ok tatatatata..

19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

Tuesday, May 3, 2011

The Kurung Pesak Gantung Part1

Assalamualaikumm..salam sayang smuwooo...hari ni hati cik sue ada senang sikit.Sempat ler buat nota untuk kurung pesak gantung ntok korang semua.Jom kite mulakan dengan buat pola yerk...bukan apa,korang bley gunting terus je kat kain kalau dah pandai.Nota buat pola ni cik sue sasarkan pada yang baru nak mula blajo buat baju kurung ni k.Jom kite mula....



#Tanda star tu maknanye bahagian itu kene di lipatkan

Kite bermula dengan pola badan.
AB,CD -adalah ukuran lebar bahu
AC,BD -adalah labuh baju yang di kehendaki


Lengan

1,2=3,4 -adalah ukuran pangjang lengan
1,3 - luas ukuran lilit ketiak di bahagi dua + 0.5.Garis lurusgarisan 3,4 dan 2,4
3,3A - dalam 2.5 inci ke 3 inci tandakan 3A
4,4A - masukkan 0.5inci dan buat garisan 2,4A
3A,4A - Bentukkan menggunakan pembaris pembentuk

Pesak

AB - Labuh baju - kelebaran pangkal lengan +0.5
AC - 3.5 inci ke 5 inci ,bergantung pada saiz badan la.kalau slim river 3inci cukup dah..kalau sihat sikit boleh buat 5 inci .
C,C1 - naikkan 0.5 buat garisan A,C1
AD - 6inci
DE - 2.5 ke 3 inci
**Beza ukuran AC dan DE ialah 1inci..cth kalau DE=2.5 maka garis AC=3.5
**Ini adalah formula yg cik sue buat sendiri ( bahagian ni je)...korang boleh ikut kalau nak...kalau tak nak,boleh ikut mana2 formula yang anda tahu..

E,E1 - naikkan 0.5inci dan buat garis D,E1
E,E2 - turunkan 0.5inci dan buat garis D,E2
BF - 8nci ke atas atau ikut suka mau kembang stakat mana.jangan over kembang lak karang jadi apa plak..
Garis garisan E2,F


Cara Nak Gunting

Sebelum ni cik sue dah ajo cara nak gunting dekat buat blous part 2 k..sila rujuk sane.Untuk pola pesak atas korang tengok pic cik sue lukis segala bagai kat bawah ni k.Basi sekeliling untuk yang baru nak blajo boleh buat 1inci.



ok lah rasanyer dah tak de apa-apa dah kut.Kalau korang tahu mana-mana yang nak di tambah boleh la tinggalkan komen.Sama-sama kita kongsi yerkk...cara nak jahit,uolllss kene la tunggu part 2 plak yerk...longeh dah pinggang cik sue nih.ok samat mencuba..











Monday, May 2, 2011

Maafkan Aku



Assalamualaikum..Salam sayang kalian,hari ni cik sue sedih sangat.Nape?...biarlah korang nak ketawakan cik sue pun...cik sue tak peduli.Semalam cik sue balik kg( umh mertua).Pada kebiasaanya kami akan singgah dahulu di pasar borong pandan membeli ikan n sayur bagai untuk di bawa balik ke rumah mertua nanti.Seperti biasa,cik sue duk dalam keta jer..jarang ikut suami masuk pasar dan memang cik sue tak pernah pergi belanja barang dapur pun.Tak malu nih bagitau...bawang sekilo pun cik sue tak tahu harganyer bape,harga pasaran saham ikan dan ayam yang banyak naik dari turun tu pun cik sue tak pernah tahu.Harga sekilo gula pun tak tahu jugak uhuhuhuh...Bukan cik sue kerekk tak mahu tolong suami belanja dapur tapi memang den nyer suami tak kasi masuk paso.Hujan lebat gile oiii...wah sempat cik sue pergi melancong  ke ober sea ( dalam mimpe jerkk).Bila dah selesai belanja dapur tuh singgah jap isi perut kat kedai makan dan terus balik ke kluang sana.Sampai dah malam.dalam kul dua belas dah.Anak-anak semua kene usung masuk umah sorang-sorang pasal dah tak bley bangun lagi dah.Esok pagi-paginya lepas subuh,mak mertua cik sue duk kerjakan siput sedut...bersih-bersihkan dan potong dia nyer ekor."beli mana ni bu?" tanya cik sue...ler kan ker uda beli semalam ni?(uda tu suami cik sue ler)....lorrrr...nak masak apa ni bu?...nanti kau masak lemak cili api yer..ibu ada taten pagi ni,tgh hari plak nak gi kenduri kawen plak.Kau masak la lebih-lebih kurang yer...Dengan kelat nyer cik sue wak muka..Aku?...uhuhuhuhu...siput sedut?...uhuhuhuh cik sue tak pernah hayat mengerjakan,memasak,memakan or what ever la yang bersangkut paut ngan siput sedut....Masa nak masak tuh,siput-siput tuh masih aktif dengan aktiviti nak larikan diri..lahhhh cemana nak masak ni.tak sampai hati laaa....sorang pun tak der kat umah..suami dan anak-anak pi gunting rambut kat kedai.Adoooyaaaa...denagn sedih gilenyer cik sue masak siput-siput tu sekalian...sambil masak sambil cik sue  memohon maaf pada siput-siput tuh kerana terpaksa melaksanakan tugas cik sue yang maha berat tuhhh..(tugas membunuh siput dengn kejam)..masa mengacau tuh cik sue maen jeling aje..terbyang di mata cik sue siput-siput tu melambai-lambai tangan meminta pertolongan..uwaaaaaaaaaaaaa....sedih sangat.Akhirnya selesai sudah memasak siput-siput itu.Cik sue jadi moody,tak do slero nak makan.Pak mertua pun tak sanggup makan macam cik sue jgak...yang makan hanya mak mertua ajer..dia kata sedap..uwaaaaaaaaaaaaaaa....tak kesah ler sedap ke tak..tapi cemana yerkk nak matikan siput-siput tu sebelum dimasak?...atau memang orang masak dia hidup-hidup?seumur hidup cik sue ni la pertama kali "ber urusan " ngn siput.Maafkan aku siput-siput....