Monday, May 9, 2011

The Kurung Pesak Gantung Part 2

Assalamualaikum...salam satu malaysia....sihat ke korang?..cik sue masih domam lagik tapi gagahkan diri bangun..daripada melepet kat latai uhukuhuk..tak sukaaa....Korang dapat apa sempena hari ibu semalam?...korang ada bagi apa-apa present tak pada ibu-ibu korang?...Di n3 kali ni cik sue nak amek kesempatan ntok ucapkan selamat hari ibu ntok diri cik sue sendiri dan jugak paling istimewa ntok ibu cik sue Puan Khatipah Jusoh...dan tak lupa jugak semua ibu-ibu kat luar sana.Mesej untuk Puan Khatipah...orang tabik spring kat mak!!..mak lah omak yg paling best kat dunia orang..mak jugak la menjadi ispirasi di kala orang menghadapi dugaan Yang Esa...Mak oh mak..tak dak kata-kata nak menggambarkan bertapa orang nak bagitau,best gile dapat omak macam mak uhuhuhuhuhuhu..semoga mak berbahagia selalu.
Ok lah korang,sempena hari ibu ni jgak cik sue nak hadiah kan korang dgn nota kurung pesak gantung ni.Semoga korang bley buat baju ntuk omak-omak korang jgak...



Oleh kerana cik sue kehabisan kertas minyak..maka surat kabo lama pun boleh lah yerk...ni ler rupanyer pola yang siap di gunting.Sebelum ni cik sue dah ajo buat pola kan?..korang dah buat blom ni?...belum?...lolllll....
ok,ni pola badan cik sue lupe nak snap..uhuhuhuh...korang gunting ler ikut pola korang yerk..

 Untuk pola pesak atas korang tak boleh potong sama macam pola bawah k.Perhatikan betul-betul gambar cik sue bagi ni.


Gambar cara pola lengan dan pola pesak bawah di potong.Bahagian tepi lurus tu sepatutnyer cik sue letak tanda star tapi luper daaaa...bahagian tu korang kene lipat k dan tak perlu di potong.Basi bawah untuk kemasan ialah 1.5 inci dan basi untuk jahitan buat 0.5inci.

Rupa kain untuk pola atas apabila sudah di potong.

Untuk mencantumkan pesak atas ada caranyer...Memula korang jahit bahagian lurus dengan kelebaran 0.5 inci dengan jahitan menyendeng pada hujungnya.Kemudian jahit tepi dan gosok..ntok korang yang tak de mesin jahit tepi korang pi la anto kedai jahit tepi dulu sebelum jahit yer.

Pinkan dulu dari bahagian tengah pesak atas dan bawah kemudian jahit.Cara jahitnyer kene buat sebelah by sebelah yer.jangan jahit terus je dua-dua belah.Tengok gambar cik sue bagi tuh.


Nahhhh..nanti jadi macam ni lah.Lepas tu korang boleh sambung kan bahagian lengan plak.Caranya,Letakkan posisi pangkal lengan baju dan pesak yang telah dijahit tadi .Cantumkan lapisan atas kain dengan lapisan pangkal lengan baju dan lapisan bawah pesak dengan cara serupa yang cantum pesak tadi k.Lepas tu korang da boleh cantumkan cantuman pesak dan lengan tadi dengan bahagian badan.Jangan lupa sebelum tu korang iron la dulu baru la kemas jahitan korang k.





ok la selamat mencuba....


Friday, May 6, 2011

Mizz Nina Possing

Assalamualaikum..korang sehak idok?..cik sue tak sehak lagi ni uhuhuhuhuh...harap korang jangan maen ujan kat luar sane yerkkk maklum le skarang cuace tak menentu.Well pun korang terasa gian nak maen ujan,korang banyak-banyakkan bersabar yerk...lagi pun korang bukan dak kecik lagi pun...apa cik sue merapu nih...ni le akibatnyer kalau otak cik sue tengah pening uhuhuhuhuh..apa-apa hal n3 kali ni cik sue tak dapat bergiat cergas lagi...sakit lagik uhuhuhuhuh...maka cik sue sekadar nak tayang baju customer cik sue yang di gayakan oleh model tetap cik sue yerkk...lupe nak pekenalkan kat korang..ni ler model cik sue,Mizz Nina nama dia..Jangan marah yer tuan baju..

Kurung Pesak Gantung




Thursday, May 5, 2011

Kubu Kuat Cik Sue

Assalamualaikumm...salam sayang korang..korang sehat ker?...cik sue di landa demam selsema nih..xder mood nak jahit dan tak de mood nak buat nota...Tapi cik sue tak reti nak lending-lending rehatkan badan...hidung dah macam hidung badut dah ni...merah dan pedih.Tisu dah nak habis sekotak dah ni..laju ajerrr si hinggus terjun tanpa had...uhuhuhuh.bersin tok sah cakap ler...ni ok skit dari semalam..sampai poning otak cik sue uhuhuhuh..ok laaa apa2 pun stakat ni aje cik sue melalut...ni nak kongsi gambo kubu tempat cik sue bertapa hari-hari...apa tujuan erkk?..ntah!!! saje-saje jerk ahaks ahaks tak de motif pun korang k.




Wednesday, May 4, 2011

Keistimewaan Wanita

Assalamualaikumm..salam sayang ketat-ketat kat korang..dah puas bercuti?...ihiksss selamat menyabut hari pekerja ntuk diri sendiri ehehehehe.ok ler cik sue cuma nak berkongsi sedikit info dengan korang...ok tatatatata..

19 KEISTIMEWAAN WANITA
1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal
tersebut, jawab baginda , ” Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang
yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.
3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku
(Rasulullah SAW) di dalam syurga.
5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu
diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan
bersedekah.Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.
9. Daripada Aisyah r.a.” Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada
anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.
10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di
udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
12. Aisyah r.a berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih
besar haknya terhadap wanita?” Jawab Rasulullah SAW “Suaminya.” ” Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya.”
13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan,
memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.
14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).
15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.
16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.
17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.
18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu
tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.
19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang
sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.