Wednesday, March 16, 2011

Kesan Tsunami

Assalamualaikum..salam sejahtera dan salam satu malaysia teman-teman ku....Hari ni cik sue nak borak pasal cuaca.Cuaca di megah ria untuk beberapa hari ni asyik hujan dan ribut kuat aje...cuaca dah tak menentu kan?..ermmm cik sue pasti di kawasan lain pun mungkin hujan juga...ermm baru-baru ni tsunami melanda negara matahari terbit..ekoran daripada itu bencana demi bencana melanda negara yang terkenal dengan sebuah negara yang serba canggih tu.Paling terbaru,jepun di landa masalah letupan daripada tangki nuklear yang yang turut membawa kepada masalah radiasi nuklear..takut benar cik sue mendengarnya...Lagi-lagi lah cik sue ada mendapat satu sms dari no yang cik sue tak kenal.Isi sms itu berbahasa english...yang memberi arahan supaya berjaga-jaga sekiranya di kawasan kita hujan.Langkah berjaga-jaga yang di sarankan supaya kita tidak terkene radiasi yang di bawa oleh angin atau hujan.Dalam pada itu cik sue juga ada mengikuti perkembangan mengenai berita tentang radiasi yang di bawa oleh sms berunsurkan fitnah ini di tv3.Kerajaan kita menyeru rakyat malaysia supaya tidak mempercayai khabar-khabar angin ini selain merujuk kepada kepada yang pakar.Ermmm....entah lah..tapi sebagai langkah berjaga sebaiknyer kita toksah la biar la anak-anak main hujan di luar sana kan?...kalau kat pasir gudang ni toksah tunggu kebocoran radiasi la ehehehehe memang tak sihat kandungan air hujan di sini....cik sue teringat masa cik sue kecik-kecik....bestttttnyer main hujan sampai lencun satu badan,sampai kecut jari cik sue,sampai biru bibir cik sue..pun tak reti nak masuk umah.sudahnya cik sue kene sebat ahahahahaha....ehhhh pangjang la pulak n3 cik sue.ok laaa kawan-kawan,jaga keselamatan anak-anak yang bermain di luar yer...tatatatata

No comments: