Friday, September 9, 2011

Poket Baju Melayu

Assalamualaikum..
Semalam da ajo buat kurung moden..hari ni nak penuhi permintaan kawan dekat fesbukkk..hari tu kawan cik sue kat fesbuk menghadapi masalah nak buat kocek baju melayu..kebetulan tengah bizi ngan jait baju..tak sempat le nak buat tutorial tu..jadi cik sue buat la kali ni semoga faham hihihihi..

ok laa kadang kadang kain baju melayu ada yang jenis kain licin yer tak..susah laa sangat nak jahit atau tampal poket baju tu dengan kemas dan cantik..sepertimana yang kita nak.Kepada yang masih tidak mengetahui teknik ni boleh la buat rujukan..dan kepada yang dah tahu tu Alhamdulillah..


1.Langkah pertama..korang nak kene sediakan kadbord/kad manilakad...cik sue rasa kertas ni la yg sesuai..ada orang guna kotak..terpulang lah ye..janji kertas yang sejenis dengan kadboard...dan juga GAM..gam biasa2  kertas yang biasa kita guna kat sekolah tu..

2.Korang terlebih dahulu bentukkan kadboard tadi mengikut saiz ukuran kocek yang di kehendaki..tengok gambar yerr..



3.Lepas tu korang gamkan bahagian tepi kertas tadi dan ion dengan saterika..suhu yang agak panas la jugak tapi jangan la sampai panas sangat.karang habis kain korang terbako hangus plak..agak2 ok.


4.Tadaaaa!!!..da siap pun...lepas tu boleh la tampal pada kain bahagian badan..letak di mana poket tu nak di tampalkan yer..jahit pelahan2 tepinya.sebelum tu korang boleh penitikan terlebih dahulu yer..

5.Apabila dah siap jahit...korang boleh la koyakkan dengan mencarikkan sedikit demi sedikit kertas tu tadi yang kat dalam poket..buat biar cermat supaya nampak kemas.

Teknik ni sesuai untuk kain yang jenis licin dan satin...kalau kain biasa tu tak payah laa..just gosok macam gambar no2 tu aje tanpa meletakkan gam ok...lepas tu tak payah la jahit bersama-sama dengan kertas tu...kertas tu gunakan untuk membentukkan bentuk poket sahaja...

ok laa harap korang dan kawan fesbuk cik sue tuuu faham dengan teknik ntok kali ni..ok tatatatata...

Thursday, September 8, 2011

Pola Kurung Moden

Assalamualaikumm...korang sihat?...harap semuanya sihat-sihat yer?..musim raya ni sah-sah korang sibuk dengan open hoause sana sini yerkk..jaga keselamatan anak-anak dan orang tersayang dalam duk bizy ber open hoause tu ehehehehe...
ok laa post n3 kali ni cik sue nak ajak buat pola kurung moden.Sebelum puasa hari tu,ada yang minta buat tutorial ni tapi maaf laa ketika itu cik sue sangat-sangat la sibuk dengan baju tempahan..aduhaiiiii sangat tak dapat buat.Ok tak mahu buang masa jom lah kita mula..

POLA BADAN BELAKANG
AB labuh baju di kehendaki
AC ukuran bahu ke pinggang atau ukuran standart 14'
AD 1/4 ukuran keliling dada atau ukuran standart 9'
DE naikkan 4'
CF ukuran dari pinggang ke punggung atau standart ukuran 8'
FB ukuran punggung ke labuh baju
*garis semua garisan melintang tadi

AG ukuran lebar bahu bahagi dua 
AH ukuran leher (boleh ikut ukuran leher baju kurung anda dgn meletakan pola leher di situ dan tandakan ) 
GG1 turun 1' dan buat garisan HG1
EI ukuran bidang dada depan bahagi 2 +0.5'
DJ ukuran keliling dada bahagi 4+0.5'
sambung garisan G1,I dan J...*pangjang garisan ni mestilah gunakan formula ni ~ukuran ketiak bahagi 2-0.5'
cnth ehhh : ukuran ketiak cik sue 19.5' bahagi 2-0.5'=9.25,maka garisan G1,I dan J mesti nak kene 9.25..kalau tak sama,korang kne adjust titik G1 sama ada naik sedikit atau turun sedikit...
semoga korang faham huuuuu...

CK ukurang keliling pinggang bahagi 4+1.5 ( 0.5 adalah keselesaan dan 1'untuk dat )
*sekiranya tidak suka buat dat ukurang keliling pggang +0.5 sahaja..dan garisan dada ke pinggang akan terhasil seperti garisan JK1 bukan JK..jgn panik!! ehehehe..
FLdan BM ukurang keliling punggung bahagi 4+0.5'
C1=3.5'@3'@2.5' ( bergantung kelebaran pinggang...gemuk..sederhana..kurus)
1,3=4.5' dan buat garis lurus hingga ke garisan DO
1,4 dan 1,5=0.5' sambung garisan2 3,4,2 dan 3,5,2

POLA HADAPAN BAJU
Guna pola yang sama cuma anda tukar pensil warna lain plak..kalau anda rajin,boleh la buat sekali lagi untuk pola hadapan baju secara berasingan..
semua ukuran adalah sama kecuali :-
-EN ukuran bidang dada depan bahagi 2
-DO ukuran keliling dada bahagi 4 +1
Formula untuk garisan G1,N dan O adalah : ukuran ketiak bahagi 2 +0.5'..cara adalah sama seperti pola belakang untuk menentukan pangjangnyer ok.
-2,6=turunkan 1.5'
* untuk garisan OK kalau anda tak suka buat dat akan terjadi garisan OK1

POLA LENGAN

cik sue cadangkan anda semua rujuk post n3 kat link bawah ni.Cara buat pola lengan adalah sama..


CARA MEMOTONG KAIN
Gambar kat bawah ni kecik la sikit..kalau menghadapi masalah rabun...ehehehe sah2 mang tak nampak ler..so sila klik pada bahagian gambar tersebut..karang dia jadik besauu dan nampak laa jelas..
Rasa cik sue tak perlu jelaskan apa-apa korang boleh faham dengan rajah bawah ni..

cara gunting pola badan belakang


cara potong untuk pola depan

kain yang telah di potong:bahagian belakang

* kain yang telah di potong ntok bahagian badan depan lupa nak snap daaaa...

ok laaa korang buat laa pelan-pelan..tak susah la sangat..nekad je ehehehehehe ok kalau tak faham mana-mana bahgian boleh bertanya kat bahagian komen yer..selamat mencuba..


Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualikum...
ehehehhehe da lama tak menulis kat blog ni..rasa cam janggal je pulak dah...memula nak ucap "Selamat Hari Raya " kepada semua yang singgah ke sini...minta maaf kalau ada tersalah bahasa...( ler da rupa dak kecik plak ehehehe )..
Sebulan berpose..cik sue tak terasa ape...orang sebok buat amal ibadat,cik sue sebok jait menjait...Ermmm mudahan amalan yang sedikit di bulan pose baru2 ni di terima NYA...tahun depan nak kene tukar schedule nampak gaya...maklum laaa ni la tahun pertama cik sue meng "online kan" aktiviti jait menjait kat alam maya ni..tak sangka pulak dapat sambutan daa cik sue jadi kelam dan kelabut...tapi Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..atas rezeki Mu ini. dan terima kasih jugak laaa kepada yang sudi upah jait ngan cik sue kot online ni...

Well pun dah nak masuk seminggu kite menyambut Aidilfitri tapi cik sue baru je nak mengemas umah dan menghias umah ehehehehe...segan plak orang datang umah yg da macam hutan ni.Dalam duk bersihkan kawasan umah...baru terperasan opah tak de ( jiran sebelah umah) laaa mana pergi opah ni..kalau tak pantang nampak cik sue kat luar...cepat je dia bertenggek kat tepi pago bersembang.masa bulan pose hari tu sekejap-sekejap je cik sue layan opah..sian laaa orang tua tu mesti dia sunyi tahap gaban tu...eeeee berdosanyer akuu huuuuuu...cik sue tak boley layan pasal sibuk nak jaittt aje.Rupa-rupanyer opah da balik perokkk...la haii mesti opah gembira sangat-sangat akhirnya dapat laa juga dia ziarah kubur aruah suami dia...Alhamdulillah...tapi cik sue rasa sedih plak...opah pernah kata ,kalau dia dapat balik perok sane dia tak mau datang johor lagi dah.dia nak mati kat sana tak mahu duk menumpang umah anaknyer lagii...dia kata lagi nanti dia akan rindu anak cik sue "Adam" dia rindu kat cik sue.....huuuuu...Ya Allah,kau berikan lah nikmat kesihatan kepada opah..semoga opah gembira di perok sane..

ok laaa cik sue pun tengah tak der idea nak sembang ape lagik...lepas ni insyaAllah cik sue sambung buat post untuk tutorial jahitan plak...skang pun tengah jahit lagi ni...rezeki lepas raya ehehehehe...ok tatatatata





Friday, August 5, 2011

Mahu Tutorial Buat Baju Kurung?

Assalamualaikummm...

aikkkk cik sue dah kembali ker?...ehehehehe belum sepenuhnyer,just nak mengada-ngada je..ok dalam penyepian cik sue beberapa minggu yang lepas banyak stat popular keyword yang mencari tutorial buat baju kurung...sebenarnya dalam cik sue duk jait baju pelanggan tu cik sue ada snap beberapa gambar untuk bahan buat tutorial tersebut...tetapi cik sue mang tak de masa nak hadap koputer lama-lama...karang ada baju orang tak siap ahahahaha da cik sue kene pelangkung karang aakakakaka...
dalam masa yang sama,hati ku ini gundah gulana memikirkan nasib pencari tutorial hituuuu ( apa laaa nk aku kesah ekkk isss3 ) semalam just google perkataan "kedaijahitku-jahit" aje..saje jeee nak tengok saham trafiq blog muahahhaha....ekkkk rupa2nyer trafiq bloq cik sue boleh laa tahan jugak ranking nyer tu muahahaha ( aku nk berlagak ).Dalam banyak2 tersenarai tu ada laa nama blog cik sue yg tak seberapa ni tersenarai jua...cik sue klik usharrr jugak bberapa blog lain yg tersenarai tu...salah satunyer , blog yang satu ni....wahhhhhh ada tutorial buat baju kurung secara terperinci!!!!.....blog dia sangat bagus..dan jiwa dia pun sama ngn jiwa cik sue...suka jait dan tuan blog tak loket buat tutorial...suka..suka..suka...
Oleh itu ,n3 pada kali ni cik sue nak korang pun terjah blog tersebut untuk blajo buat baju kurung yang korang inginkan tu....belum terlambat untuk korang buat baju untuk raya nanti ok...

ok laaaa...jom g sergah blog tu hehehehe

                              http://my.crazyartzone.com/?p=356


ekkkk!!!..selongkar sikit blog tu terjumpa plak tutorial buat blouse macam kawan cik sue ajokan pada cik sue dan telahpun cik sue belagak kat n3 post bertajuk "buat baju baru"...ahahahhaha best2...kalau korang tak jelas dengan cara cik sue mengajo korang di cadangkan refer pada blog tersebut dengan klik link bawah ni k.

                             http://my.crazyartzone.com/?p=311