Monday, September 12, 2011

Panduan Menjahit Pakaian Lelaki

Assalamualaikum...salam sayang korang semua..pada hari ni cik sue nak memperkenalkan satu buku menjahit pakain lelaki.Selama ni kite duk buat baju wanita je kan?..ehehehehe..ok lahhh cik sue ni tak berapa nak pandai buat pakaian lelaki..cik sue buat dulu pun kenkadang je...tak selalu macam baju perempuan ehehehe...yang selalu duk buat pun baju melayu lelaki dewasa dan kanak-kanak je..
ok lah meh cik sue cerita sikit isi yang ada kat dalam buku ni...Pada pendapat cik sue buku ni sangat bagus untuk yang memula nak belajo buat seluar lelaki dan kemeja ...kiraan dan format nyer sangat jelas..cik sue faham jee wellpun sebelum ni tak pernah buat pun..sekali buat terus menjadi..Alhamdulillah..ini bermakna buku ni bagus kan?...korang boleh dapatkan kat kedai buku-buku dan juga boleh di beli secara online.Seluar dan kemeja yang ada kat dalam buku ni ada banyak jenis..dari seluar untuk yang si kurus sampai yang gemuk..semua ada duk ajo..begitu jugak dengan kemeja...harga buku ni RM21.00 je..pada cik sue berbaloi laah kan dengan harga tu...
Nanti suatu hari,insyaallah cik sue buatkan nota untuk seluar dan kemeja berpandukan dengan apa yang cik sue praktis kot buku ni kat blog yer...tapi makan masa la sikit pasal sekarang pun ada n3 post tengah beratur nak kuar hehehehehe...ikut turn...lagik pulak tengah nak beraya kekekekekekeke( tu yg sebetulnyer tu hikhikhik)





kepada sesiapa yang masih mencari buku panduan untuk membuat pakaian lelaki cik sue suggest kan buku ni..boleh check kat link bawah ni jugak selain cari kat kedai hehehehe..

http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=171





Friday, September 9, 2011

Poket Baju Melayu

Assalamualaikum..
Semalam da ajo buat kurung moden..hari ni nak penuhi permintaan kawan dekat fesbukkk..hari tu kawan cik sue kat fesbuk menghadapi masalah nak buat kocek baju melayu..kebetulan tengah bizi ngan jait baju..tak sempat le nak buat tutorial tu..jadi cik sue buat la kali ni semoga faham hihihihi..

ok laa kadang kadang kain baju melayu ada yang jenis kain licin yer tak..susah laa sangat nak jahit atau tampal poket baju tu dengan kemas dan cantik..sepertimana yang kita nak.Kepada yang masih tidak mengetahui teknik ni boleh la buat rujukan..dan kepada yang dah tahu tu Alhamdulillah..


1.Langkah pertama..korang nak kene sediakan kadbord/kad manilakad...cik sue rasa kertas ni la yg sesuai..ada orang guna kotak..terpulang lah ye..janji kertas yang sejenis dengan kadboard...dan juga GAM..gam biasa2  kertas yang biasa kita guna kat sekolah tu..

2.Korang terlebih dahulu bentukkan kadboard tadi mengikut saiz ukuran kocek yang di kehendaki..tengok gambar yerr..



3.Lepas tu korang gamkan bahagian tepi kertas tadi dan ion dengan saterika..suhu yang agak panas la jugak tapi jangan la sampai panas sangat.karang habis kain korang terbako hangus plak..agak2 ok.


4.Tadaaaa!!!..da siap pun...lepas tu boleh la tampal pada kain bahagian badan..letak di mana poket tu nak di tampalkan yer..jahit pelahan2 tepinya.sebelum tu korang boleh penitikan terlebih dahulu yer..

5.Apabila dah siap jahit...korang boleh la koyakkan dengan mencarikkan sedikit demi sedikit kertas tu tadi yang kat dalam poket..buat biar cermat supaya nampak kemas.

Teknik ni sesuai untuk kain yang jenis licin dan satin...kalau kain biasa tu tak payah laa..just gosok macam gambar no2 tu aje tanpa meletakkan gam ok...lepas tu tak payah la jahit bersama-sama dengan kertas tu...kertas tu gunakan untuk membentukkan bentuk poket sahaja...

ok laa harap korang dan kawan fesbuk cik sue tuuu faham dengan teknik ntok kali ni..ok tatatatata...

Thursday, September 8, 2011

Pola Kurung Moden

Assalamualaikumm...korang sihat?...harap semuanya sihat-sihat yer?..musim raya ni sah-sah korang sibuk dengan open hoause sana sini yerkk..jaga keselamatan anak-anak dan orang tersayang dalam duk bizy ber open hoause tu ehehehehe...
ok laa post n3 kali ni cik sue nak ajak buat pola kurung moden.Sebelum puasa hari tu,ada yang minta buat tutorial ni tapi maaf laa ketika itu cik sue sangat-sangat la sibuk dengan baju tempahan..aduhaiiiii sangat tak dapat buat.Ok tak mahu buang masa jom lah kita mula..

POLA BADAN BELAKANG
AB labuh baju di kehendaki
AC ukuran bahu ke pinggang atau ukuran standart 14'
AD 1/4 ukuran keliling dada atau ukuran standart 9'
DE naikkan 4'
CF ukuran dari pinggang ke punggung atau standart ukuran 8'
FB ukuran punggung ke labuh baju
*garis semua garisan melintang tadi

AG ukuran lebar bahu bahagi dua 
AH ukuran leher (boleh ikut ukuran leher baju kurung anda dgn meletakan pola leher di situ dan tandakan ) 
GG1 turun 1' dan buat garisan HG1
EI ukuran bidang dada depan bahagi 2 +0.5'
DJ ukuran keliling dada bahagi 4+0.5'
sambung garisan G1,I dan J...*pangjang garisan ni mestilah gunakan formula ni ~ukuran ketiak bahagi 2-0.5'
cnth ehhh : ukuran ketiak cik sue 19.5' bahagi 2-0.5'=9.25,maka garisan G1,I dan J mesti nak kene 9.25..kalau tak sama,korang kne adjust titik G1 sama ada naik sedikit atau turun sedikit...
semoga korang faham huuuuu...

CK ukurang keliling pinggang bahagi 4+1.5 ( 0.5 adalah keselesaan dan 1'untuk dat )
*sekiranya tidak suka buat dat ukurang keliling pggang +0.5 sahaja..dan garisan dada ke pinggang akan terhasil seperti garisan JK1 bukan JK..jgn panik!! ehehehe..
FLdan BM ukurang keliling punggung bahagi 4+0.5'
C1=3.5'@3'@2.5' ( bergantung kelebaran pinggang...gemuk..sederhana..kurus)
1,3=4.5' dan buat garis lurus hingga ke garisan DO
1,4 dan 1,5=0.5' sambung garisan2 3,4,2 dan 3,5,2

POLA HADAPAN BAJU
Guna pola yang sama cuma anda tukar pensil warna lain plak..kalau anda rajin,boleh la buat sekali lagi untuk pola hadapan baju secara berasingan..
semua ukuran adalah sama kecuali :-
-EN ukuran bidang dada depan bahagi 2
-DO ukuran keliling dada bahagi 4 +1
Formula untuk garisan G1,N dan O adalah : ukuran ketiak bahagi 2 +0.5'..cara adalah sama seperti pola belakang untuk menentukan pangjangnyer ok.
-2,6=turunkan 1.5'
* untuk garisan OK kalau anda tak suka buat dat akan terjadi garisan OK1

POLA LENGAN

cik sue cadangkan anda semua rujuk post n3 kat link bawah ni.Cara buat pola lengan adalah sama..


CARA MEMOTONG KAIN
Gambar kat bawah ni kecik la sikit..kalau menghadapi masalah rabun...ehehehe sah2 mang tak nampak ler..so sila klik pada bahagian gambar tersebut..karang dia jadik besauu dan nampak laa jelas..
Rasa cik sue tak perlu jelaskan apa-apa korang boleh faham dengan rajah bawah ni..

cara gunting pola badan belakang


cara potong untuk pola depan

kain yang telah di potong:bahagian belakang

* kain yang telah di potong ntok bahagian badan depan lupa nak snap daaaa...

ok laaa korang buat laa pelan-pelan..tak susah la sangat..nekad je ehehehehehe ok kalau tak faham mana-mana bahgian boleh bertanya kat bahagian komen yer..selamat mencuba..


Tuesday, September 6, 2011

Selamat Hari Raya




Assalamualikum...
ehehehhehe da lama tak menulis kat blog ni..rasa cam janggal je pulak dah...memula nak ucap "Selamat Hari Raya " kepada semua yang singgah ke sini...minta maaf kalau ada tersalah bahasa...( ler da rupa dak kecik plak ehehehe )..
Sebulan berpose..cik sue tak terasa ape...orang sebok buat amal ibadat,cik sue sebok jait menjait...Ermmm mudahan amalan yang sedikit di bulan pose baru2 ni di terima NYA...tahun depan nak kene tukar schedule nampak gaya...maklum laaa ni la tahun pertama cik sue meng "online kan" aktiviti jait menjait kat alam maya ni..tak sangka pulak dapat sambutan daa cik sue jadi kelam dan kelabut...tapi Alhamdulillah..terima kasih Ya Allah..atas rezeki Mu ini. dan terima kasih jugak laaa kepada yang sudi upah jait ngan cik sue kot online ni...

Well pun dah nak masuk seminggu kite menyambut Aidilfitri tapi cik sue baru je nak mengemas umah dan menghias umah ehehehehe...segan plak orang datang umah yg da macam hutan ni.Dalam duk bersihkan kawasan umah...baru terperasan opah tak de ( jiran sebelah umah) laaa mana pergi opah ni..kalau tak pantang nampak cik sue kat luar...cepat je dia bertenggek kat tepi pago bersembang.masa bulan pose hari tu sekejap-sekejap je cik sue layan opah..sian laaa orang tua tu mesti dia sunyi tahap gaban tu...eeeee berdosanyer akuu huuuuuu...cik sue tak boley layan pasal sibuk nak jaittt aje.Rupa-rupanyer opah da balik perokkk...la haii mesti opah gembira sangat-sangat akhirnya dapat laa juga dia ziarah kubur aruah suami dia...Alhamdulillah...tapi cik sue rasa sedih plak...opah pernah kata ,kalau dia dapat balik perok sane dia tak mau datang johor lagi dah.dia nak mati kat sana tak mahu duk menumpang umah anaknyer lagii...dia kata lagi nanti dia akan rindu anak cik sue "Adam" dia rindu kat cik sue.....huuuuu...Ya Allah,kau berikan lah nikmat kesihatan kepada opah..semoga opah gembira di perok sane..

ok laaa cik sue pun tengah tak der idea nak sembang ape lagik...lepas ni insyaAllah cik sue sambung buat post untuk tutorial jahitan plak...skang pun tengah jahit lagi ni...rezeki lepas raya ehehehehe...ok tatatatata