Hanya seciputt ilmu nak berkongsi..bukan proo dan bukan otai..bukan pula nak berlagak pandai..hanya sedikit perkongsian yang boleh manfaatkan bersama..

Jom Tengok!!

Monday, February 7, 2011

Buat Leher Teluk Belanga

Assalamualaikum...Salam sejahtera semoga sihat-sihat semuanye.Hari ni cik sue nak ajak buat leher teluk belanga cara cik sue..cara orang lain tak tahu lah.Cik sue rasa cara ni senang sikit dari cara yang mak cik sue ajarkan memula cik sue belajo buat baju kurung dulu-dulu.ok tak mahu cakap banyak..kite teruskan ayooooohhh..hehhehehe.



Mula-mula buat lakaran leher anda pada kain alas leher yang telah di saterika pada kain yang nak buat leher tu nanti.Apabila dah siap seperti gambar sebelah ni,gunting dan jahit tepi.




Nampak tak hasil seperti gambar atas ni.Terlebih dahulu anda kene lipat badan baju kurung kepada 4 bahagian dan gosok biar nampak garisannya tu.Letakkan potongan pola leher tadi di tengah-tengah tanda lipatan badan baju kurung tadi.Pastikan garisa lintang bersilang pada pola leher dan baju berada pada kedudukan yang sama.Tekan dengan peniti supaya tidak lari.


Pinkan seperti yang saya tunjuk kat gambar sebelah ni yer.Lepas tu jahit keliling leher hingga selesai dan tebuk di tengah-tengah leher tadi dengan pemotong/gunting or what ever..Berhati-hati yer.




Tadaaaaa...siap dah..Gunting la tirus atau V di setiap penjuru serong yer kasi cantik gitu.Dah tu gosok lagi...lepas tu terpulang pada anda nak teruskan buat tikam mata lalat,belut ke or jahit tindih saje.Ok jangan lupe cuba kalau yang belum tahu teknik ni.Kalau dah tahu tu ehehehhe boleh la komen atau tunjuk cara yang lagi praktikal kat sini.boleh kita kongsi.

8 comments:

Anonymous said...

Salam Sue. Carani memang saya amalkan.Praktis dan lebih cantik leher kite...

Cik Sue said...

wsalam..aaaa memula dulu ikut cara mak ajo..uihhh mati akal di buatnyer bile sampai tang tebuk leher ni...nak aje mengelat suh org buat ahahahaha..bila da terrrrjumpe teknik ni..satle masalah huuuu

Anonymous said...

SALAM.. cik sue, sy xfaham la yg gunting tirus @ V di setiap penjuru serong tu..dan gambar terakhir ni.. leh terangkan x

Cik Sue said...

wsalam...gunting tirus V tu maksudnyer...daripada jahitan keliling leher yg kite buat kan?..ada basi dalam suku inci atau setengah inci ( terpulang pd kamu )basi tu kite gunting tajam seperti huruf "V"...jgn v tu jenis v yg lebar tapi jenis yg tirus..maksudnyer tajam..gunting keliling jahitan leher tadi laa..terutama kat bahagian2 serong atau lekuk...supaya bila kite nak kemaskan leher nanti dia tak sebobok dan cantik...cuba awak perhatikan betul2 gambo tu..cik sue buat V kan?..keliling leher...dan tak melepasi garisan jahitan keliling leher tu...

Anonymous said...

cik sue, ada problem belahan leher kat ujung tu bila jahit tak cantik. memula tu dah jahit 0.5cm, siap lukis 'V' baru jahit. bila terbalik kan dah tindih kot kain atas tu, tak cantik..paham tak??

Cik Sue said...

hermm..belahan leher kat hujung bawah kan?..bukan yg kat taruk butang kan?yg tu tak payah 0.5cm...gunting serapat mungking dan pastikan tak kene jahitan nnti putus..
kalau kat taruk butang tu mang cik sue pakai 0.5cm jarak dari tgh..lepas tu potong plak serapat dan pastikan juga tidak mengenai jahitan...

cintapolisas said...

cik sue, nk cara jahit leher v....tolonglah..huhu...dah cr byk entri tp x jumpe

Cik Sue said...

cintapolisas..ok2 mang da rezeki awak..cik sue tgh buat baju berleher v...kang ada tuto sabo nah...