Thursday, May 19, 2011

Tulenn Bang!!..



Assalamualaikum...salam sayang korang.Beberapa hari ni cik sue bz skit,jadi belum ada masa nak buat nota jahitan.Sekadar menyelitkan beberapa teknik dan tips yang cik sue tahu ajer...korang jangan bosan plak erkk...cik sue hanya mampu merapu aje.Nanti bila dah senang cik sue akan buat n3 untuk jahitan jenis-jenis kain,macam kain susun untuk baju kurung,lipat batik,kain kembang dan skirt labuh kembang...insyaAllah semoga di permudahkan segalanya nanti.Di kesempatan ini jugak cik sue nak bagi AMARAN kepada pencedok-pencedok ilmu kat blog cik sue ni.cik sue sedar diri...bukan lah hebat sangat mana pun ilmu jahitan yang cik sue bagi ni.Korang nak copy paste ke..nak kopi tiam ker..what ever lahh..cik sue tak larang dan tak pernah sekat pun.Korang belajo lah mana yang korang mampu erkk..semuanya cik sue kasik free..cik sue dah halalkan segala yang ada kat sini.TETAPI...ada tetapinyer( mode suara mendayu-dayu ni hikhik) .....korang jangan la plak ngaku yang korang punyerkk..pi tampal kat blog korang..dah la i kasi free u lagi mau cakap u punyer..marah lah i...kalau u nak tampal sekali pown cik sue tak marah lagi..ni u pi ngaku u punyer...i kasi betis u nak drumstick plak..Bukan apa,reader-reader naik pening dan bertanya pada cik sue..tulen ker n3 cik sue ni macam cedok dari blog si polan ini ajee...Sapo laa tak terkesima..penat tauuuu i bersengkang mata depan pc ni buat nota jahit menjahit.Tujuan asal cik sue nak buka kedai jahit aje..dah pangai cik sue ni tak boleh orang banyak tanya..lagi banyak cik sue nak jawabnyer..ahahahaha...Siapa si polan tu?...biarlah rahsia,tak baik cari gaduh(aku ke cr gaduh?.ermm)..
Ok lah korang,sekian lah dahulu amaran cik sue pada kali ini ahakssss.( amaran lah sangat ahahah)..sila rajinkan jari klik iklan nuffnang cik sue sebagai kredit ntok cik sue muahahahahha (gelak evil nih)....tatattaata

Wednesday, May 18, 2011

Benang Bergetah

Assalamualikum..Salam sayang korang..korang sihat semua ker?..semoga korang sihat ler maklum ler dah bercuti kan?...ok kali ni cik sue nak cerita tang sejenih benang ni..Benang Bergetah cik sue panggil dia..Nama saintifik dia cik sue tak tahu plak ahahaha maklum la tak sekolah tinggi akakakaka.Baru-baru ni,cik sue pergi la kedai yang berhampiran dengan rumah yang baru cik sue duduk ni..Tujuannya nak cari benang ni ler..pasal stok ada sikit je lagi..Pada perkiraan cik sue,baju yang di tempah pelanggan cik sue yang memerlukan benang getah ni tidak mencukupi jadi kene lah pergi kuar beli stok baru..Alangkah terkezuuttt nyer cik sue,harga segulung benang ni RM1.90 nonn kat kedai cik sue pergi ni..Masa dekat taman mawar dulu cik sue beli singgit jer segulung tuh...geram tol cik sue kalau seposen dua tak apala boleh pejam mata..ni tinggal seposen jerk lagi nak double price..Kedainyer tak de lah hebat sangat pon..setaraf kedai runcit aje..ermm tak jadi le i beli uu...cik sue sanggup pi kat taman mawar ahahahaha...


 ok korang,ni le rupanyer benang getah tu...Setakat ni cik sue tahu dia ada dua kaler jer..hitam dan putih.Kalau korang terjumpe lain-lain kaler,bagitau ahahahaha kompom belum ada lagik.Kenapa? ntah ler cik sue pun tak tahu dia ada dua kaler ni ajer...Korang tahu guna tak benang ni?...kalau tak tahu meh cik sue ajo dengan senang hatinyer....

 Memula korang kene isikan benang getah ni pada bobbin secara MANUAL..ingat!! manual uu,tak boleh pakai gulung ikut mesin jahit.Dah tu bila dah siap,sila lihat gambar atas..nampak tak anak panah screw cik sue tunjukkan?...screw tu hendaklah di longgarkan sedikit dari biasa.Sebaiknyer kalau yang ambil upah jahit macam cik sue ni usahlah bergilir-gilir dengan benang biasa yerkk..lama-lama lust jgak mende alah tu..Adakan satu untuk benang getah ok..


Tengok gambar yer..benang getah hanya di gunakan kat dalam bobbin ajer..kat jarum gunalah benang biasa mengikut warna kain baju anda k.Benang getah pulak,tengok kesesuaian tone warna kain k.kalau cerah,pakai benang putih dan gelap guna benang hitam.

Cara jahitnyer,kene lah jahit dari bahagian luar kain...pada kebiasan kita jahit ikut dalam kain kan?...yang ni kite kene jahit dari luar kain.Satu pesanan cik sue....jahitkan dulu mana-mana bahagian yang nak di gunakan jahitan benang getah ni sebelum proses menjahit cantuman kain...paham ke idok ni uhuhuhuhu...



Ini adalah antara kreativiti yang korang boleh hasilkan dengan benang getah ni..Ada banyak lagi kreativiti korang boleh buat sebenarnya.Cik sue tak boleh upload semua sebabnyer semua gambar lama-lama dah di serang virus masa kat umah lama dulu..ermm ni aje yg tinggal ntok cik sue tunjuk k.korang boleh buat getah kat pinggang baju blouse..getah dekat belakang baju..ikut suka korang lah senang cite.Ok lah setakat ini dululah yang mampu cik sue merapu pada kali ini tatatatatatata...

Monday, May 16, 2011

Membuat Pengalas Bahu

Assalamualaikum....Salam sayang semua.Harap korang semua sihat-sihat belaka.Beberapa hari yang lepas cik sue tak dapat nak buka blog cik sue ni,cuak jugak le rasanyer hehehehehe...mau tak cuak derrr...sia-sia belaka lah masa yang cik sue buang selama ini dekat blog sekiranyer blog yang cik sue sayangi ni lenyap begitu sahaja.Rupa-rupanya cik abang google tengah update blogger..ermmm sian abang google tak pasai-pasai cik sue marah dia hikhikhihik..Apa nak buat cik abang google oi,cik sue ni buta IT...main redah aje semuanyer tu yang kalut dan gabra tu ahahahha..Ok la mari le kite mula sesi pembelajaran kite pada kali ini yerkk..kali ni nak buat pengalas bahu..Ada respon kat email cik sue,minta ajarkan buat cara pengalas bahu...so apa lagik pi bukak kitab ler ahaksss....



Memula sediakan barang-barang seperti berikut:- spam bahu,kain lebihan baju yang mahu diletakkan spam bahu tu..kalau tak der,sila pakai plaint yerk.


Garis atau tanda pada tengah-tengah spam.Ikut pangjang mana anda mahu ukuran tu.Biasa cik sue buat 3.5 ke 4 inci..lepas tu potong serong.



Lipat kain secara serong meliputi spam bahu yang telah siap anda bentukkan tadi.Pinkan di sekeliling tepi spam bahu tadi dan bolehlah jahit tepi.Berhati-hati yerkk..dan lepas tu di sudahkan dengan menjahit sekali lagi  dengan mesin jahit biasa pada/tepi bekas jahitan tepi tadi.Selamat mencuba....



Sunday, May 15, 2011

Insan Teristimewa Dalam Hidup Cik Sue




Assalamulaikumm...Salam sayang semua,harap korang sihat-sihat semuanya.Semalam ada tengok "Bersama Mu" dekat TV3 tak?...Cik sue jarang-jarang terlepas segmen ni.Kenapa?...sebelum nih,segmen bersamamu di tv3 hanya tertumpu kepada keluarga yang miskin sahaja..Cik sue suka tengok segmen ni adalah untuk mendidik diri cik sue sendiri,semoga cik sue sentiasa beringat atas kesusahan orang lain di luar sana.Segmen bersamamu kini telah berubah,mereka lebih memberi tumpuan kepada pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).Semalam...isi segmen tuh sangat menyentuh hati dan perasaan cik sue dimana segalanya cik sue lalui sama seperti mereka ( ibu dan bapa oku).cik sue tak tahu..patutkah cik sue luahkan semuanye ni dekat blog....Cik sue takut sangat-sangat nanti ada yang salah sangka mengatakan cik sue nak mintak perhatian atau meminta simpati..oooooo tidakkkkk...
Cik sue sebenarnya mempunyai seorang anak istimewa dan sangat istimewa yang mengidap SIBERAL PALSY (SEPASTIK).Nama nya Muhammad Nur Redzuan..nama glamerrrr dia Ayyepp..huhhhh nama ayyep tu dapat dari sorang ustaz semasa berubatkan dia.Ustaz suh panggil "Aliff" yang bermaksud "Satu"...lama-lama Alif dah jadi Ayyep..dah sembilan tahun dah umo dia.Hensem tak?...hikhikhik..tak kire cik sue nak kata hensem gak ahahaha.Ayyep anak ke2 cik sue...Kenapa dia jadi macam tu?...pangjanggggggggg ceritanyer.Semasa ayyep berumur 3 bulan nak masuk 4 bulan,dia terkene maningitis.Apa tuuuuu??...maningitis adalah antara penyakit berbahaya yang berisiko tinggi menyebabkan kematian kanak-kanak.Ia jangkitan kuman pada selaput otak yang berpunca daripada bakteria dan beberapa jenis virus.Antara bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan meningitis ialah hemofilia, infleueza jenis B, strepcoccoal pneumoniae dan neisseria meningitis.Penyakit berkenaan boleh menyerang semua golongan tetapi risikonya lebih tinggi apabila ia menyerang kanak-kanak baru lahir hingga dua tahun.Antara gejala meningitis pada kanak-kanak adalah diserang demam panas mendadak diikuti sawan dan kuat merengek.Kebanyakan anak yang menghidap meningitis dijangkiti daripada adik-beradik, ibu bapa, saudara-mara serta rakan-rakan yang berada di rumah atau datang melawat.Dalam kes anak cik sue ni,dia mendapat jangkitan dari rumah pengasuhnyer dimana suami pengasuh itu suka merokok di dalam rumah dan keadaan rumahnyer yang selalu tertutup (jenis berkurung dan bertapa dalam umah).Cik sue tak mahu tuduh-tuduh,semasa kejadian berlaku tiga orang kanak-kanak kene sekali harung.anak pengasuh itu sendiri,anak sulung cik sue ketika itu setahun lebih dan ayepp berusia tiga bulan lebih.Doktor mengatakan jangkitan adalah melalui udara..dan kemungkinan besar adalah dari rokok dan udara tidak bersih.Suami cik sue tidak merokok..jadi korang pikir la sendiri.Pada hari kejadian,hati cik sue tidak tenteram dekat opis..tak tahu la kenapa.Asyik teringatkan anak,kebetulan cik sue dikehendaki keluar pergi tempat subcon.Rumah cik sue dekat je ngn pat kije masa itu,so cik sue terasa nak singgah tengok anak-anak kat umah pengasuh(sebelah umah cik sue aje)...nak di jadikan cerita,sampai kat umah pengasuh..tengok-tengok baby cik sue dah biru satu badan kene sawan.Lahhhh panik cik sue,baby tak di mandikan lagik dah dekat kul sebelas tengah hari dah dengan berbungkus lagik,kaki dan tangan masih memakai sarung yang semalam dengan keadaan rumah yang tertutup rapat semua tingkap.Cik sue terus bawa ke klinik,sampai je kat klinik ( klinik ni adalah klinik swasta di mana sakit demam anak,cik sue pergi sini jerk)..doktor tak mahu terima,katanya dah tidak boleh berbuat apa-apa dan sila lah pergi bawa ke hospital.Kebetulan pesakit tengah ramai dekat klinik tersebut...doktor tak layan pun.Cedih bercampur panik...kerana pertama kali berlaku pada diri cik sue.Cik sue bawa pergi hospital penawar pasir gudang...Dalam perjalanan sempat cik sue telefon suami bagitahu situasi cik sue.Sampai dekat penawar...doktor perempuan(xingat dah nama apa)dia kata baby dah teruk kene jangkitan dekat otak.Doktor suruh cik sue bertenang dan suami cik sue tak dapat bertenang lagik(cik sue hanya tau menangis je masa ni)doc nak bawa baby cik sue pg hospital gh naik ambulans..Oh ya anak cik sue lagik sorang tak kronik doktor kata better bawa pergi gh jugak termasuk la anak pengasuh tu tadi.Setelah doc penawar berbincang dengan pihak gh sultanah aminah ( tak tau ngn doc ke ngn nurse ke) doc penawar mencadangkan pada suami supaya bawa aje ke pakar johor tetapi kalau nak ke gh sultanah aminah pun ok.Dalam keadaan kelam kabut tuh suami buat keputusan ambil ambulans anto ke pakar johor.


Ok habis bab sedih situ nak cerita bab yang teramat sedih dan sentiasa segar dalam ingatan cik sue iaitu bab dalam ambulans.Cik sue naik ambulans dengan beberapa orang nurse penawar,suami pulak naik kereta dengan anak lagi satu...anak pengasuh tadi plak pengasuh dan suaminyer bawa g gh.Semasa naik ambulans tu sepangjang jalan cik sue tak berhenti buat air hujan....jam dah pukul dua belas lebih dan jalan jem sangat-sangat.Ambulans tak boleh bergerak laju kerana kebanyakan kereta kat atas jalan masa tu pakat buat dono dan macam tak de apa berlaku.Selain siren yang kuat itu pmandu ambulans berkali-kali memberi hon kepada pemandu yang degil supaya bagi jalan.Tapi ada satu dua jerk yang bagi jalan...sedangkan bby cik sue kat dalam ambulans tu tinggal nyawa-nyawa ikan jerkk..pakai oksigen.Nurse penawar berkali-kali mengurut belakang cik sue supaya cik sue bertenang...sesekali nurse tu terkumat kamit membaca surah apa ntah( cik sue xbape dengar) terima kasih adik /akak nurse yang berkenaan.Terasa pangjang sungguh perjalanan cik sue naik ambulans dari pasir gudang ke pakar johor pada waktu itu.Sesampainyer kat pakar johor..doktor dah menunggu.Suami?..belum sampai.Lepas cik sue menjawab beberapa soklan dr doktor cik sue di minta menuggu bahagian menunggu dekat bahagian kecemasan.Tak lama lepas tu suami sampai dan bawa masuk plak anak cik sue lagi sorang...doktor datang bagitau yang ank cik sue kene bawa ke icu.Dengan berhemah doktor memberitahu keadaan anak cik sue tersangat kritikal pd masa itu.Doktor menyarankan cik sue buat sembahyang hajat memohon pada yang Esa supaya memudahkan segala-galanya.Doktor tidak memberi harapan yang anak cik sue akan terselamat dari maut cuma doakan segalanya selamat,semuanya ketentuanNya.Waaaaahhhhh gilee cik sue tak meraungg..tak perenah cik sue dapat ayat "Power" lagu tuh...cik sue pun da lupa apa jadi ngn cik sue masa tu....
Semasa dekat icu tu cik sue tak di benarkan menunggu kat katil baby.Nak masuk pun kene tukar baju yang di sediakan..lagi pulak sorang jerk boleh masuk.Siapa lagi kalau cik sue la yang diberikan keutmaan untuk masuk tengok baby.Cik sue tak dapat menahan sebak..tapi dah tak ada air mata dah yang kuar.dah habis dah kontang tangki air mata cik sue habis di gunakan.Baby tidur lena atas katil...kat badan dia besepai-sepai wire,kat atas kepala katil,macam-macam mesin duk buat kecoh..tooottt tetettttt..bit..bit..kecoh betol.Asing sangat rasa situasi tuh uhuhuhuhuhu...katil yang baby cik sue guna tu baru aje pesakitneyr meninggal...tak tahu le sakit apa..tak pasti dan tak amek tahu pun.Baby cik sue bernafas pun pakai bantuan mesin...gilaks punyer sedih(masa tu la)..anak cik sue lagik sorang di masukkan wad jugak tapi wad biasa...Ok dah bape kali rabak air mata cik sue ni duk taip post ni huhuhuhuh(cam mengimbau masa lalu la plak)...Masa berlalu..baby cik sue menunjukkan reaksi positif..hari demi hari satu persatu wire kat badan dia berkuranggan..paling cuak semasa doktor nak hentikan mesin pernafasan dia..alhamdulillahhh...dia berjaya bernafas sendirinyer..Cik sue dan suami berkampung kat pakar johor lama la jugak...Cik sue duk icu sebulan dan wad biasa setengah bulan jaga baby..suami plak jaga anak sorang lagik kat wad biasa dekat dua minggu..selebihnyer ulang alik laaa dari umah jaga anak kat umah dan melawat cik sue dan baby kat hospital.Perkhhhhh...bila time bayo billl....Boleh beli kancil sebijik tunai derrr...Nasib baik laaa kami ada Pak insurans..pun tak cukup cover hikhikhik selebihnya sendiri bayo.Selepas kuar dari wad kami kene bawa lah baby ayepp pergi pakar johor untuk rawatan lanjutan plak..selain tu kami berubat cara tradisonal la..merata-rata pergi.Dengar je orang bagitau ada orang boleh ubatkan pesakit saraf ni kami pergi.sampai ujung selangor sana hikhikhik..Ermmm apa dah jadi dengan pengasuh tadik yerk?...selepas tu cik sue dah tak hantar kat umah dia,cik sue tak berdendam pun dekat dia...anak dia dan ank cik sue lagi sorang selamat dan kini sihat.Anak pengasuh tu hanya tua setahun dari anak sulung cik sue..cuma baby ayep aje laahhh dah jadi baby oku..all about saraf..yang telah rosak dekat otaknyer yang mengawal bahagian pergerakan anggota.Dia tidak pekak,boleh faham,boleh nampak,boleh senyum dan ketawa serta menagisss...cuma tidak bolek bergerak itu aja...sian diaa kan..kan..
Cik sue berhenti kerja semasa umur ayyep setahun...dah lapan tahun dah ni jadi GM kat umah hikhikhikhik.Tak sanggup cik sue nak anto kat mana-mana pengasuh lagik..taska lagik laa.dia asyik menangis nak balik...ada yang hanto umah pengasuh satu hari jerkk..lepas tu pengasuh cakap tak nak jaga..dia kuat menangis..sampai umah ok jerk ahahahaha...dia nak suh mak dia jadi GM lah tu..The last pengasuh(nama di rahsiakan ahahah) gg depan ayyepp nan dua batang yang tumbuh boleh patah.Korangggg bayangkanlahhh rasa kesakitannye tuh gg baru..baby tak sampai setahun boleh tercabut.issshhh..ishhhhh pengasuh tak cakap dan cik sue tak mau tanyer...sendiri mau pikir laaa...Pada malam itu cik sue menagis sepuas-puasnyerrr kenapa la dorang kejam sangat...ci cabut gg dorang apa rase...Selang beberapa hari cik sue nekad berhenti kerja.Tak peduli laaa apa nak jadi sekali pun...Baru Akhir tahun lepas gg ayyep nan dua batang tu tumbuh kembali setelah sekian lama.


Pangjang sungguh la n3 hari ni..layak jadi cerpen tak?...eehehehe..itu baru bab jaga...Tapi sekarang paling senang jaga ayyep ni..tak melawan kata,senyummm  jerkkkk kala cik sue bercakap dengan dia...tak de nak terbang sana terbang sini bak lipas macam abang n adik ppuanyer tu...Makan hanya lah nestummm neslac campur susu tepung duth lady je..lain tak mau..kalau idok dia mogok tak makan..tak boleh panas,suka tengok tb dan dengar lagu..minuman kegemaran dia coca-cola float dan minuman yang berlemak dan bermanis cth milo ais taburr.Tak suka berada di luar rumah lama-lama.Nak gi jalan susah ler..tapi its ok ibunye setia menjadi penunggu rumah hikhikhikhik...Ok lah korangssss...lain kali cik sue citer lagik pasal anak istimewa cik sue ni yerkkk..korang da tidur ker atas keyboard tuh?...bangun!!!! sila sambung klije anda...tak pasai cik sue tak jahit hari ni wahahahahha...