Sunday, May 15, 2011

Insan Teristimewa Dalam Hidup Cik Sue




Assalamulaikumm...Salam sayang semua,harap korang sihat-sihat semuanya.Semalam ada tengok "Bersama Mu" dekat TV3 tak?...Cik sue jarang-jarang terlepas segmen ni.Kenapa?...sebelum nih,segmen bersamamu di tv3 hanya tertumpu kepada keluarga yang miskin sahaja..Cik sue suka tengok segmen ni adalah untuk mendidik diri cik sue sendiri,semoga cik sue sentiasa beringat atas kesusahan orang lain di luar sana.Segmen bersamamu kini telah berubah,mereka lebih memberi tumpuan kepada pesakit kronik dan orang kurang upaya (OKU).Semalam...isi segmen tuh sangat menyentuh hati dan perasaan cik sue dimana segalanya cik sue lalui sama seperti mereka ( ibu dan bapa oku).cik sue tak tahu..patutkah cik sue luahkan semuanye ni dekat blog....Cik sue takut sangat-sangat nanti ada yang salah sangka mengatakan cik sue nak mintak perhatian atau meminta simpati..oooooo tidakkkkk...
Cik sue sebenarnya mempunyai seorang anak istimewa dan sangat istimewa yang mengidap SIBERAL PALSY (SEPASTIK).Nama nya Muhammad Nur Redzuan..nama glamerrrr dia Ayyepp..huhhhh nama ayyep tu dapat dari sorang ustaz semasa berubatkan dia.Ustaz suh panggil "Aliff" yang bermaksud "Satu"...lama-lama Alif dah jadi Ayyep..dah sembilan tahun dah umo dia.Hensem tak?...hikhikhik..tak kire cik sue nak kata hensem gak ahahaha.Ayyep anak ke2 cik sue...Kenapa dia jadi macam tu?...pangjanggggggggg ceritanyer.Semasa ayyep berumur 3 bulan nak masuk 4 bulan,dia terkene maningitis.Apa tuuuuu??...maningitis adalah antara penyakit berbahaya yang berisiko tinggi menyebabkan kematian kanak-kanak.Ia jangkitan kuman pada selaput otak yang berpunca daripada bakteria dan beberapa jenis virus.Antara bakteria berbahaya yang boleh menyebabkan meningitis ialah hemofilia, infleueza jenis B, strepcoccoal pneumoniae dan neisseria meningitis.Penyakit berkenaan boleh menyerang semua golongan tetapi risikonya lebih tinggi apabila ia menyerang kanak-kanak baru lahir hingga dua tahun.Antara gejala meningitis pada kanak-kanak adalah diserang demam panas mendadak diikuti sawan dan kuat merengek.Kebanyakan anak yang menghidap meningitis dijangkiti daripada adik-beradik, ibu bapa, saudara-mara serta rakan-rakan yang berada di rumah atau datang melawat.Dalam kes anak cik sue ni,dia mendapat jangkitan dari rumah pengasuhnyer dimana suami pengasuh itu suka merokok di dalam rumah dan keadaan rumahnyer yang selalu tertutup (jenis berkurung dan bertapa dalam umah).Cik sue tak mahu tuduh-tuduh,semasa kejadian berlaku tiga orang kanak-kanak kene sekali harung.anak pengasuh itu sendiri,anak sulung cik sue ketika itu setahun lebih dan ayepp berusia tiga bulan lebih.Doktor mengatakan jangkitan adalah melalui udara..dan kemungkinan besar adalah dari rokok dan udara tidak bersih.Suami cik sue tidak merokok..jadi korang pikir la sendiri.Pada hari kejadian,hati cik sue tidak tenteram dekat opis..tak tahu la kenapa.Asyik teringatkan anak,kebetulan cik sue dikehendaki keluar pergi tempat subcon.Rumah cik sue dekat je ngn pat kije masa itu,so cik sue terasa nak singgah tengok anak-anak kat umah pengasuh(sebelah umah cik sue aje)...nak di jadikan cerita,sampai kat umah pengasuh..tengok-tengok baby cik sue dah biru satu badan kene sawan.Lahhhh panik cik sue,baby tak di mandikan lagik dah dekat kul sebelas tengah hari dah dengan berbungkus lagik,kaki dan tangan masih memakai sarung yang semalam dengan keadaan rumah yang tertutup rapat semua tingkap.Cik sue terus bawa ke klinik,sampai je kat klinik ( klinik ni adalah klinik swasta di mana sakit demam anak,cik sue pergi sini jerk)..doktor tak mahu terima,katanya dah tidak boleh berbuat apa-apa dan sila lah pergi bawa ke hospital.Kebetulan pesakit tengah ramai dekat klinik tersebut...doktor tak layan pun.Cedih bercampur panik...kerana pertama kali berlaku pada diri cik sue.Cik sue bawa pergi hospital penawar pasir gudang...Dalam perjalanan sempat cik sue telefon suami bagitahu situasi cik sue.Sampai dekat penawar...doktor perempuan(xingat dah nama apa)dia kata baby dah teruk kene jangkitan dekat otak.Doktor suruh cik sue bertenang dan suami cik sue tak dapat bertenang lagik(cik sue hanya tau menangis je masa ni)doc nak bawa baby cik sue pg hospital gh naik ambulans..Oh ya anak cik sue lagik sorang tak kronik doktor kata better bawa pergi gh jugak termasuk la anak pengasuh tu tadi.Setelah doc penawar berbincang dengan pihak gh sultanah aminah ( tak tau ngn doc ke ngn nurse ke) doc penawar mencadangkan pada suami supaya bawa aje ke pakar johor tetapi kalau nak ke gh sultanah aminah pun ok.Dalam keadaan kelam kabut tuh suami buat keputusan ambil ambulans anto ke pakar johor.


Ok habis bab sedih situ nak cerita bab yang teramat sedih dan sentiasa segar dalam ingatan cik sue iaitu bab dalam ambulans.Cik sue naik ambulans dengan beberapa orang nurse penawar,suami pulak naik kereta dengan anak lagi satu...anak pengasuh tadi plak pengasuh dan suaminyer bawa g gh.Semasa naik ambulans tu sepangjang jalan cik sue tak berhenti buat air hujan....jam dah pukul dua belas lebih dan jalan jem sangat-sangat.Ambulans tak boleh bergerak laju kerana kebanyakan kereta kat atas jalan masa tu pakat buat dono dan macam tak de apa berlaku.Selain siren yang kuat itu pmandu ambulans berkali-kali memberi hon kepada pemandu yang degil supaya bagi jalan.Tapi ada satu dua jerk yang bagi jalan...sedangkan bby cik sue kat dalam ambulans tu tinggal nyawa-nyawa ikan jerkk..pakai oksigen.Nurse penawar berkali-kali mengurut belakang cik sue supaya cik sue bertenang...sesekali nurse tu terkumat kamit membaca surah apa ntah( cik sue xbape dengar) terima kasih adik /akak nurse yang berkenaan.Terasa pangjang sungguh perjalanan cik sue naik ambulans dari pasir gudang ke pakar johor pada waktu itu.Sesampainyer kat pakar johor..doktor dah menunggu.Suami?..belum sampai.Lepas cik sue menjawab beberapa soklan dr doktor cik sue di minta menuggu bahagian menunggu dekat bahagian kecemasan.Tak lama lepas tu suami sampai dan bawa masuk plak anak cik sue lagi sorang...doktor datang bagitau yang ank cik sue kene bawa ke icu.Dengan berhemah doktor memberitahu keadaan anak cik sue tersangat kritikal pd masa itu.Doktor menyarankan cik sue buat sembahyang hajat memohon pada yang Esa supaya memudahkan segala-galanya.Doktor tidak memberi harapan yang anak cik sue akan terselamat dari maut cuma doakan segalanya selamat,semuanya ketentuanNya.Waaaaahhhhh gilee cik sue tak meraungg..tak perenah cik sue dapat ayat "Power" lagu tuh...cik sue pun da lupa apa jadi ngn cik sue masa tu....
Semasa dekat icu tu cik sue tak di benarkan menunggu kat katil baby.Nak masuk pun kene tukar baju yang di sediakan..lagi pulak sorang jerk boleh masuk.Siapa lagi kalau cik sue la yang diberikan keutmaan untuk masuk tengok baby.Cik sue tak dapat menahan sebak..tapi dah tak ada air mata dah yang kuar.dah habis dah kontang tangki air mata cik sue habis di gunakan.Baby tidur lena atas katil...kat badan dia besepai-sepai wire,kat atas kepala katil,macam-macam mesin duk buat kecoh..tooottt tetettttt..bit..bit..kecoh betol.Asing sangat rasa situasi tuh uhuhuhuhuhu...katil yang baby cik sue guna tu baru aje pesakitneyr meninggal...tak tahu le sakit apa..tak pasti dan tak amek tahu pun.Baby cik sue bernafas pun pakai bantuan mesin...gilaks punyer sedih(masa tu la)..anak cik sue lagik sorang di masukkan wad jugak tapi wad biasa...Ok dah bape kali rabak air mata cik sue ni duk taip post ni huhuhuhuh(cam mengimbau masa lalu la plak)...Masa berlalu..baby cik sue menunjukkan reaksi positif..hari demi hari satu persatu wire kat badan dia berkuranggan..paling cuak semasa doktor nak hentikan mesin pernafasan dia..alhamdulillahhh...dia berjaya bernafas sendirinyer..Cik sue dan suami berkampung kat pakar johor lama la jugak...Cik sue duk icu sebulan dan wad biasa setengah bulan jaga baby..suami plak jaga anak sorang lagik kat wad biasa dekat dua minggu..selebihnyer ulang alik laaa dari umah jaga anak kat umah dan melawat cik sue dan baby kat hospital.Perkhhhhh...bila time bayo billl....Boleh beli kancil sebijik tunai derrr...Nasib baik laaa kami ada Pak insurans..pun tak cukup cover hikhikhik selebihnya sendiri bayo.Selepas kuar dari wad kami kene bawa lah baby ayepp pergi pakar johor untuk rawatan lanjutan plak..selain tu kami berubat cara tradisonal la..merata-rata pergi.Dengar je orang bagitau ada orang boleh ubatkan pesakit saraf ni kami pergi.sampai ujung selangor sana hikhikhik..Ermmm apa dah jadi dengan pengasuh tadik yerk?...selepas tu cik sue dah tak hantar kat umah dia,cik sue tak berdendam pun dekat dia...anak dia dan ank cik sue lagi sorang selamat dan kini sihat.Anak pengasuh tu hanya tua setahun dari anak sulung cik sue..cuma baby ayep aje laahhh dah jadi baby oku..all about saraf..yang telah rosak dekat otaknyer yang mengawal bahagian pergerakan anggota.Dia tidak pekak,boleh faham,boleh nampak,boleh senyum dan ketawa serta menagisss...cuma tidak bolek bergerak itu aja...sian diaa kan..kan..
Cik sue berhenti kerja semasa umur ayyep setahun...dah lapan tahun dah ni jadi GM kat umah hikhikhikhik.Tak sanggup cik sue nak anto kat mana-mana pengasuh lagik..taska lagik laa.dia asyik menangis nak balik...ada yang hanto umah pengasuh satu hari jerkk..lepas tu pengasuh cakap tak nak jaga..dia kuat menangis..sampai umah ok jerk ahahahaha...dia nak suh mak dia jadi GM lah tu..The last pengasuh(nama di rahsiakan ahahah) gg depan ayyepp nan dua batang yang tumbuh boleh patah.Korangggg bayangkanlahhh rasa kesakitannye tuh gg baru..baby tak sampai setahun boleh tercabut.issshhh..ishhhhh pengasuh tak cakap dan cik sue tak mau tanyer...sendiri mau pikir laaa...Pada malam itu cik sue menagis sepuas-puasnyerrr kenapa la dorang kejam sangat...ci cabut gg dorang apa rase...Selang beberapa hari cik sue nekad berhenti kerja.Tak peduli laaa apa nak jadi sekali pun...Baru Akhir tahun lepas gg ayyep nan dua batang tu tumbuh kembali setelah sekian lama.


Pangjang sungguh la n3 hari ni..layak jadi cerpen tak?...eehehehe..itu baru bab jaga...Tapi sekarang paling senang jaga ayyep ni..tak melawan kata,senyummm  jerkkkk kala cik sue bercakap dengan dia...tak de nak terbang sana terbang sini bak lipas macam abang n adik ppuanyer tu...Makan hanya lah nestummm neslac campur susu tepung duth lady je..lain tak mau..kalau idok dia mogok tak makan..tak boleh panas,suka tengok tb dan dengar lagu..minuman kegemaran dia coca-cola float dan minuman yang berlemak dan bermanis cth milo ais taburr.Tak suka berada di luar rumah lama-lama.Nak gi jalan susah ler..tapi its ok ibunye setia menjadi penunggu rumah hikhikhikhik...Ok lah korangssss...lain kali cik sue citer lagik pasal anak istimewa cik sue ni yerkkk..korang da tidur ker atas keyboard tuh?...bangun!!!! sila sambung klije anda...tak pasai cik sue tak jahit hari ni wahahahahha...








8 comments:

ciksalia said...

salam cik sue... =)

petame skali terima kasih byk2 hehe sbb sudi follow blog lia smula wlupn lgsung xde info beguna lagi di blog yg baru nie...hehehe blog lame terpkse di removed wa.......

kedua untuk entry cik sue ni...
tabahkan hati yer cik sue...
lia fahami situasi cik sue lia fhm sgt..adik lia dulu meninggal dunia akibat kecuaian org lain...dah takdir Allah Lebih menyayanginya...

Cik Sue said...

mekasih lia...cik sue cool kat luar..kat dalam tuhan aje yang tahu hikhikhikhik..

zuwariah said...

sabar banyak2 kak sue... semakin banyak dugaan yang kita dapat... semakin banyak pahala kita... Itu maknanya Allah sayang kat kita...

Cik Sue said...

IsyaAllah...semoga kesabaran sentiasa di limpahi selagi hayat di kandung badan ni...

noor said...

Salam perkenalan cik sue...mula2 tqvm coz follow blog sy yg x seberapa..sy baru lg berbloging ni dan blog cik sue ni byk bg inspirasi kt sy.
Baca entry cik sue yg ni buat sy tersentuh sgt2. Sebenarnya sy pun dpt anugerah yg sama cam cik sue. Semoga kita diberikan kekuatan dan kesabaran menjaga anugerah teristimewa ini.

Cik Sue said...

Noor..
Salam perkenalan jugak..rupanyer kita satu dunia istimewa..hanya insan seperti kita yang tahu hati dan perasaan kita huuu...yer semoga kita sering tabah dan kuat dgn insan istimewa kita punyai ini-mood jiwang huuuu

MizaEija said...

As salam.. cik sueee....!!!
Sedih... sob sob sob..
Moga CIk sue sekeluarga tabah ye.
Ayepp insan istimewa, Allah swt anugerahkan beliau untuk uji cik sue sekeluarga.. topap pahala berganda2 tu kalau kene ngan caranya.
ye tak? hehehe..

p/s: miza, org baru yg rajin melekat kt sini. Cik Sue terima kasih banyak2 ye dengan ilmu jahitan yg cik sue ajarkan kat sini. Allah je dapat membalasnya.. luv U bebeh.. ahaks =p

Cik Sue said...

wsalam...kihkih anda org yg ke berapa yg khatam baca novel cs ni ekekekeke..terim akasih :-D