Monday, May 16, 2011

Membuat Pengalas Bahu

Assalamualaikum....Salam sayang semua.Harap korang semua sihat-sihat belaka.Beberapa hari yang lepas cik sue tak dapat nak buka blog cik sue ni,cuak jugak le rasanyer hehehehehe...mau tak cuak derrr...sia-sia belaka lah masa yang cik sue buang selama ini dekat blog sekiranyer blog yang cik sue sayangi ni lenyap begitu sahaja.Rupa-rupanya cik abang google tengah update blogger..ermmm sian abang google tak pasai-pasai cik sue marah dia hikhikhihik..Apa nak buat cik abang google oi,cik sue ni buta IT...main redah aje semuanyer tu yang kalut dan gabra tu ahahahha..Ok la mari le kite mula sesi pembelajaran kite pada kali ini yerkk..kali ni nak buat pengalas bahu..Ada respon kat email cik sue,minta ajarkan buat cara pengalas bahu...so apa lagik pi bukak kitab ler ahaksss....



Memula sediakan barang-barang seperti berikut:- spam bahu,kain lebihan baju yang mahu diletakkan spam bahu tu..kalau tak der,sila pakai plaint yerk.


Garis atau tanda pada tengah-tengah spam.Ikut pangjang mana anda mahu ukuran tu.Biasa cik sue buat 3.5 ke 4 inci..lepas tu potong serong.



Lipat kain secara serong meliputi spam bahu yang telah siap anda bentukkan tadi.Pinkan di sekeliling tepi spam bahu tadi dan bolehlah jahit tepi.Berhati-hati yerkk..dan lepas tu di sudahkan dengan menjahit sekali lagi  dengan mesin jahit biasa pada/tepi bekas jahitan tepi tadi.Selamat mencuba....



No comments: