Salam sejahtera dam salam pagi khamis kekawan semua.Pagi-pagi ni nak buka story blog sikit.Sebelum ni tidak pernah ada account mana-mana blog pun.Cik Sue cuma suka-suka hati je bukak blog ni tetapi tidak ada sekelumit pun ilmu blogging di dada uhuksss...semuanyer main redah ajer..Cik sue ni suri rumah tangga sepenuh masa dan ada la amek upah jahit sikit-sikit kek omah...yer laaa buet penuhkan tabung ayam Cik sue karang nak beli mesin jahit sulam pulak ehehehe...Dengan habit/habib/habik suka menyelongkar dan menggodek..erkkk mane satu ejaannyer tu blur plak pagi ni....maka tertubuh la blog kedaijahitku-jahit ini.Well pun masih tunggang langgang lagi Cik sue tak berputus asa nak meng up-grade kan blog cik sue ni.Dalam godek-godek tu cik sue terjumpe blog CikTom..Putih biji mata kak nom bile selongkar ciktom nyer blog.Bertapa banyak ilmu blogger yang di curahkan oleh CikTom dekat blog dia.cik sue menitiskan air mata memanjatkan kesyukuran kerana tidak sengaja terjumpa blog CikTom uwauwauwa...tak der la sampai menitis air mata,acah jer.Sejak dari itu cik sue jadi anak guru kepada ciktom yang hebat itu..cik sue blajo up-grade kan blog cik sue yang ntah apa-apa pada mulanyer.Sekarang dah pandai pasang iklan nuffhang ehehehe..Yang paling gembira ciktom datang jejak cik sue.oye..oye..oye..mekasih ciktom,i love u lah ahaksss..
ok lah ni lagi satu cerita..cerita yang sebenarnyer yang cik sue nak cerita kat entry ni ihihihihih...cik sue petang tadi pergi kedai jual alat-alatan jahit menjahit yang biasa cik sue pergi beli stok.cik sue terjumpa kawan lama cik sue..yang boleh di katakan sifu cik sue blajo jahit la jugak.Berbual la sekejap...sembang punyer sembang cik sue tercerita la yang cik sue bukak blog kebanggaan cik sue ni..Cik sue ajak la kawan tadi tu join jahit secara online...yer laa selain boleh tolong kawan boleh la jugak meringankan beban cik sue jahit baju yang agak banyak yer tak hehhehehe...Nak tahu apa reaksi dia?...kawan cik sue boleh gelak sampai tergolek atas jalan tuh...ihihihihi tak de la tergolek cik sue tambah perisa je tu.awaitttt tak layak ke cik sue nak bukak blog uhuhuhuhuu..apa dose cik sue sampai kuar ayo mato dia gelakkan cik sue ni!!!!...Bila dah sampai rumah tetiba ada msg kat hp.Kawan cik sue tadi tu minta address blog.Cik sue bagi la...apa ingat cik sue koman sangat ker uhukssss....entah kawan cik sue tu datang intai ke tak blog ni..tak der la pulak jejak dia tinggal.Harap-harap dia datang dan jangan pandang sebelah mata dan bagi sedikit sokongan pada cik sue uhuhuhuhu
Ok itu aje cik sue nak berkhutbah pepagi buta ni.siang hari nanti nak balik kampung umah mak mertua.Anak-anak pulak balik kampung cik sue kat trg...ehehehe pos anak ikut pakcik dorang balik.Apa-apa pun kekawan selamat tahun baru china dan selamat bercuti.Jaga keselamatan diri dan anak-anak yer ..tatatata jumpa lagi di lain entry.
6 comments:
seronok baca celoteh kak sue...heheheh
Seronok?..Cik sue bebel sengsorang jerkk kat sini.
hahaha.
ni baru jumpa kisah2 awal tertubuhnya blog cek su..
mcm2 cerita adaaaaaaa... :)
apapun tahniah ciksu, kerana tetap 'istiqamah dlm perjuangan' :)
Mudah2an Allah membukakan seluas2nya pintu rezekinya utk mu.... Aminnnn...
toceeee kakayaya
Tahniah cik sue.akak puji smgt cik sue.dulu pun akak suka berblog..tapi entah bila mcm2 masalah dah lupa...blog pon dah berkubur sb bertahun meninggalkanya.sekarg cuba tinjau2 blog org lain utk pulihkan semangat.tmkasih dik
Sebenarnya saya pun macam hampir terkubur gak dalam satu ketika hukkk..tapi kerana ada je yg bertanya masalah jait saya kuatkan semangat nak bagi jawapan..tgk la blog saya ni..kuno jek ahahahaha...nk cari nota pun org ssh..saya xbape geti IT..dan xde masa sgt nak godeh cantikkan blog..aisss semuge akak bina balik semangat akak utk berbelog dan utk tujuan kebaikan..cayokk2
Post a Comment