Tuesday, June 28, 2011

Kesunyian,Kerinduan dan Kesedihan Opah

Assalamualaikumm...

Salam sayang uols..dah lama cik sue nak meluahkan perasaan sedih cik sue yang terbuku kemas ni( wah jiwang la aku nih)...bukan kisah cik sue..bukan kisah saudara mara cik sue tapi kisah seorang tua yang cik sue panggil "opah"....selama ni cik sue cedeyyy jugak dengan nasib opah ni tapi apa kan daya cik sue tak dapat nak menolong...tak mampu huhuhuhu...opah sudah tua,dah ada tanda-tanda nyanyuk...tinggal sebelah umah cik sue bersama keluarga anak lelaki tunggalnya.Cik sue kenal opah mejak pindah umah ni...dah 4 bulan laa bih-bih kurang.Setiap pagi cik sue la jadi mangsa...mangsa kene bertenggek kat depan umah tadah telinga dengar opah bercerita...naik krem jugak laa kaki ni berdiri lelama,tak sampai hati cik sue tak nak layan opah bercerita..sikit-sikit je cik sue paham opah bercerita yang lain masuk telinga kiri kuar kot telinga kanan huhuhuhu ( aku la pelakon hebat kan?) Opah sebenarnya sunyiii...dia rindu rumah dia kat kampung sana ( kat perrok nu)..menurut cerita opah,hari last kenduri untuk aruah suaminya yang baru tiga hari meninggal opah telah di bawa ke johor oleh anak lelakinya.Opah ada anak sorang je...yang lain da meninggal masa kecik-kecik..Opah adalah bidan kampung kat kampung dia tu..kalau urut untuk bersalin dan sambut kelahiran bayi..kije opah la tu.kire-kire glamour la opah kat kampung dia tu..dari cerita opah lah..dan ini di sahihkan oleh menatunya juga ( jiran cik sue ).
Mejak datang johor tinggal dengan anaknya..sekali pun opah belum di benarkan balik perok sane...Bertapa dia rindukan suami dia tersayang...kata opah lagi,dia teringin nak ziarah kubur suaminya...( tang ni cik sue cedeyyy ) tapi anaknya cakap tak de duit nak balik perokk,bzzz...( br buka warung,belom jadi CEO pun huhuhuhu)...lama-lama,opah dah tak mintak apa-apa lagi dari anak lelakinya tu...
Opah orang tua..dah tentu la topik bicaranya tak lain tak bukan pasal kehidupan dia semasa kat kampung halaman dia sana yer tak?..cerita pergi urut orang sana,orang cini...cerita ayam itik,cerita pokok ini pokok itu ( hari2 cik sue duk dgr cite sama huhuhuhu )...seminggu dua boleh la menantu dan cucu layan...lama-lama? kalau dah cerita sama je....dorang mula laa buat-buat tak layan...hati opah sunyiiii....pada siapa nak bercerita?..dah cik sue jadi mangsa baruuu huuuuuuuu....( tapi cik sue tak kesah dalam kesah ahahaha )....Setiap pagi cik sue anto cik suami pergi kije sampai luar pago..sapu sampah keliling umah dan sidai baju..time ni le opah cepat-cepat bertenggek tepi pago dapatkan cik sue untuk bercerita huuuuu cemaner cik sue nak lariiii...Pernah sekali cik sue cuba bersembunyi...tak kuar umah waktu pagi...bila dah dua tiga hari terpaksala cik sue menyerahh diri...opah kata rindu pada cik sue huuuuuuuuu...sekarang cik sue dah insafff tak buat lagi...cik sue pasrah redha jeeeee....kata opah, kalau di takdirkan dia dapat balik perrokk..dia tak mau datang sini lagi( umah anak dia ).dia akan ingat pada cik sue dan rindu pada cik sue sambil dia nangisss  huuuuu..buat aku cedeyyyy jeee.

Opah sunyiii..rindu pada rumah sendiri...banyak kali opah menangis kat cik sue...cik sue faham opahhh..tapi cik sue tak boleh tolong opah..cik sue boleh tolong dengar cerita opah yang sama di ulang-ulang tu saban hari..( insyaAllah  pah,cik sue sedaya upaya tak jadi bosan huuuuuu )...

Opah tak di benarkan keluar dari pagar rumah pun..tapi cik sue pernah nampak opah kuar dari pagar bila pagar terlupa di kunci...Opah bukan g mana pun...opah duk cabut rumput kat depan umah anaknya,sambil menyemai benih lada...dah bape kali dapat hasil dahh...cik sue pun dapat opah bagi hehehehehe...

Kat dalam pago umah,keliling umah semua opah kerjakan...ada pokok terung,bendi,lada,kacang dan banyak lagi laaa termasuk la pokok bunga taik ayam huuuuu...rajin sungguh opah..opah sunyi tuuu..tak de orang layan bersembang apa lagi nak buat...basuh pinggang sebiji pun tak boleh kene mareee...apa opah nak buat?...opah sunyiiii semua bende dia tak boleh buat...sian opah...penderaan mental sungguh huuuuuu..

Hari malam senin baru ni,opah sedih lagiiiii...cik sue pun cedeyyyy..ada ke patut cucu lelakinya yang dah besau..tak pasti cucu yg mana buat...cucu lelaki ada tiga perempuan dua...lelaki satu dah 21thn,ke dua 17thn dan yag ke tiga 14thn...salah sorang ni pi buang kaca cermin yang besar lebih kurang besar muka cik sue ni...buang plak kat dalam pokok-pokok lada opah tanam...macam le tak der tempat lain..padahal tempat tu bersih opah hari-hari cabut rumput...opah sedeyy sebab opah tak boleh cabut rumput kat situ lagi...bukan kaca tu hancur pun cuma terbelah bahagi kepada tiga atau empat bahagian...opah kan dah tuaa...padahal,hasilnya siapa juga yang dapat?...

Pagi tadi opah menangis lagiii...cucu lelakinya tanam kucing mati kat atas anak-anak lada yang baru di semai opah....( macam tak der otak je dak ni erkkk)..habis pokok-pokok lada opah....peliknyerrr nape tang anak pokok opah jugak nak di tanam...banyak lagi kawasan lain yang lapang tak der pokok....padahal depo semua tahu opahnya menanam pokok lada...( cik sue agak..dorang nak dera perasaan opah laaa )...sian opah...

Cik sue teringat pada omak kat kampung...padanlah omak cik sue kalau datang umah anak-anak kat johor tak mau duk lama-lama.Paling lama pun nak seminggu aje...pastu sibuk nak balik...( bukan cik sue dera perasaan omak cam cucu opah tu...) umah sendiri lain dengan umah orang lain wellpun tu umah anak kan?

anak-anak pun kot yer lah nak jaga mak jangan le kerana takutkan di umpat orang sekeliling...yer laa anak satu je..kalau dia tak jaga sapa lagi yer tak?...jaga lah dengan ikhlas...

Cik sue ber azam,mulai hari ni nak kumpul duit banyak-banyak huuuuuuuuuu( da start la ni macam budak-budak heeeee)...untuk masa tua nanti.tak mau duk ngan anak-anak huuuuuuuuuuuuuu...kalau pangjang umo dan ada rezeki nak g bertapa kat sekolah pondok maner-maner..sekali sekala balik umah anak jenguk cucu..boleh ke aku pasang angan-angan ni heeee...ni la aku bagitau cik suami,dia boleh ketawa...kata dia,ada can la dia bukak cawangan...cesss bedebah betol ahahahahaha....

Kepada opah...Cik sue doa kan opah sihat sentiasa,sekarang ni opah dah mula lupa bape orang anak cik sue huhuhuhu...dan semoga Allah kuat kan kesabaran cik sue untuk mendengar cerita opah setiap pagi...aminnnn...








No comments: